Kita selalu mengarah tetapi kita lupa, anak ini akan bertindak seperti mana apa yang dia nampak dalam kehidupan sehariannya.
Jadi layak ke kita marah jika kita sendiri sebagai mak ayahnya tetap buat perkara yang anak tak patut tiru?
Untuk renungan bersama, jemput baca perkongsian Puan Farizal Radzali ini. Masih belum terlambat untuk kita baiki mana yang silap demi masa depan anak-anak.
Anak Buat Kerana Dia Lihat Apa Yang Ada Persekitarannya
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jarang kita dengar ibu bapa nak anak mereka jadi jahat. Kita sediakan yang terbaik buat mereka, kita sanggup bersusah payah demi memenuhi kehendak mereka.
Namun adakala anak-anak kita masih berada di tahap yang lemah, di tahap yang tidak memuaskan hati kita. Sampai adakala kita marahkan mereka, ungkit segala pengorbanan kita demi nak menjadikan mereka insan berguna.
Kita lupa, ada perkara yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ada perkara yang tak boleh diajar dengan hanya berkata-kata. Ada perkara yang anak-anak buat kerana mereka lihat kita buat.
Kita menyuruh mereka siapkan kerja sekolah, tapi kita memasang tv di hadapan mereka.
Kita menyuruh mereka membuat kerja rumah, tapi kita duduk bermain telefon.
Ads
Kita menyuruh mereka bercakap dgn lembut, tapi kita sendiri menengking mereka.
Kita menyuruh mereka berkawan baik dgn semua org, tapi ibu ayah bertengkar di depan mereka.
Kita menyuruh mereka solat sebaik terdengar azan, tapi kita masih menonton tv.
Kita menyuruh mereka menghormati ibu ayah tapi ibu tak hormat ayah dan ayah tak hormat ibu.
Kita menyuruh mereka minta maaf jika buat salah, tapi kita sendiri tak peduli bila dah buat salah terhadapnya.
Ads
Kita bandingkan diri kita semasa di usianya dulu, tapi kita lupa bandingkan tekanan mereka di zaman ini dgn zaman kita.
Kita menyuruh mereka jangan membazir dgn peralatan mewah, tapi kita sendiri sering bertukar handphone berjenama kerana mengejar teknologi terkini.
Kita berdoa kepada Allah agar anak-anak kita dilindungi dari anasir jahat, tapi kita sendiri menonton perkara jahat di media sosial.
Kita sogok anak-anak dgn cerita superhero luar negara sampai anak-anak kita kenal siapa mereka, dari mana asal usul mereka & apa kuasa mereka, superman, spiderman, transformers, ahli avengers semuanya tapi kita tak kenalkan siapa nabi dan rasul, nama malaikat dan tugasnya.
Ads
Kalau tak kerana wujudnya pelajaran Pendidikan Islam di sekolah, mungkin anak-anak kita tak kenal siapa mereka. Bahkan kita pun terpaksa struggle nak recall balik apa tugas setiap malaikat.
Ayuh kita cuba semula. Tiada istilah terlewat, Allah itu Maha penyayang, sebab tu Dia selalu beri kita peluang kedua. Pasti ada peluang kedua ketiga dan seterusnya. Samada kita nak sedar atau tak saja. Andai sedar pun, samada kita nak ambil peluang tu atau tak.
Andai kita dah buat segalanya, cara lembut, cara keras, cara tegas, cara kasih, tapi anak-anak kita masih tak capai tahap yang kita nak, percayalah dia juga mahu untuk jadi anak terbaik buat kedua ibubapanya. Ada jalan hidup yang telah Allah aturkan untuknya.
Dan yang paling penting, jangan bandingkan anak-anak, jangan bezakan kasih sayang terhadap setiap anak.
Jangan pandang rendah pada anak yang lemah. Kerana mungkin dialah yang akan menjaga kita di hari tua kelak.
Jangan terlalu pandang tinggi pada anak yang berjaya. Kerana akibat kesibukannya nanti, belum tentu dia mampu menjaga kita di hari tua kelak.
Anak itu amanah. Jangan bangga punyai ramai anak, tapi banggalah bila punyai anak, walau seorang cuma, tapi mampu bawa kita ke Syurga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiada siapa tahu bila datangnya saat kematian itu. Hari ini masih sempat bergelak tawa, esok lusa mungkin ditakdirkan menemui Sang Pencipta.
Sebab itulah mak ayah kena sentiasa bersiap sedia dengan perancangan untuk keluarga demi jaminan masa depan anak-anak, lebih-lebih lagi di pihak ayah sebagai ketua keluarga.
Zaman sekarang serba-serbi memerlukan duit dan sumber kewangan yang kukuh adalah sangat penting. Fikirkan…Jika ditakdirkan meninggal dunia esok hari,
i. Adakah anak-anak mampu untuk berdikari tanpa anda disisi? Bagaimana dengan masa hadapan mereka?
ii. Bagaimana pula dengan segala hutang piutang yang ada? Siapakah yang akan melangsaikannya?
iii. Pendidikan anak-anak?
Tanggungjawab sebagai mak ayah sangat berat. Kita harus memastikan masa depan anak-anak tetap terpelihara dan terjamin meskipun selepas ketiadaan di dunia ini. Salah satu cara mudah adalah dengan melanggan produk yang berasaskan konsep Hibah Takaful.
Hibah Takaful (dari segi syarak) adalah pemberian atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Contoh, suami boleh menghibahkan rumah yang diduduki kepada isteri agar isteri and anak-anak dijamin mempunyai tempat tinggal dan perlindungan selepas kematian suami.
PruBSN Warisan adalah pelan perlindungan yang direka khas bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan buat orang yang tersayang dalam bentuk hibah sekiranya perkara yang tidak diingini (seperti Kematian / hilang upaya kekal dan menyeluruh) menimpa anda.
Dalam semua pelan takaful yang ada, PruBSN Warisan merupakan satu pelan khas berkaitan pelaburan yang memberikan perlindungan yang tinggi.
Dengan PruBSN Warisan, anda dan orang yang anda sayangi dilindungi daripada hidup yang tidak terjamin supaya warisan anda akan terbina dengan teguh.
Manfaat PruBSN Warisan
(a) Sara Hidup Keluarga
Dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM250,000, kesejahteraan orang yang disayangi pastinya dilindungi sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku.
(b) Hibah
Lindungi masa depan orang tersayang dengan menamakan mereka sebagai penama. Mereka akan menerima jumlah perlindungan tanpa prosedur pusaka yang rumit. Dengan warisan yang ditinggalkan, hutang juga boleh diselesaikan untuk meringankan beban.
(c) Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan Yang Tinggi
Dapatkan perlindungan sehingga RM1,500,000 dan nikmati proses aplikasi mudah tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan*.
*Bergantung kepada umur dan tahap kesihatan orang yang dilindungi.
Masih ramai mak ayah di luar sana yang belum tahu mengenai Hibah dan PruBSN Warisan kan? Jangan tunggu sehingga semuanya sudah terlambat. Jom kita langgan PruBSN Warisan hari ini untuk masa depan yang lebih terjamin.
Coretan Bonda Rozita Ibrahim mengenai teguran mesra buat anak-anak agar menjaga mak ayah sakit di laman Instagramnya mengundang sebak netizen. Coretan itu lahir dari hati seorang ibu yang mengharapkan anak-anak sudi merangkul dan menjaga andai satu hari mereka mula jatuh sakit.
Dalam posting tersebut, Bonda Rozita berpesan agar anak-anak tidak membuang gambar-gambar masa kecil kerana masa tidak akan berulang kembali. Hanya menerusi gambar itulah dapat dikenang zaman kanak-kanak bersama mak ayah.
Sila hadam perkongsian Bonda Rozita ini, semoga ianya mampu menjentik hati kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
Anak, dulu kamu dalam perutku. Dewasa kamu dengan tenaga dan tangisanmu keutamaan kami setiap detik. Kamu semua tak dengar dan lihat kesukakaran kami. Marah dan bebel kami yang anak-anak lihat itu sayang dan amatlah kelelahan kami bekerja untuk keselesaan kamu.
Kalau nak diingatkan dulu…tangan inilah menjaga dan mencari nafkah untuk kamu. Badanmu dah tak boleh nak didukung seperti dulu. Makin panjang badanmu…makin dewasa kamu tak dapat ku kejar lagi ku cubit atau marah lagi.
Yang mampu kami buat ialah memimpin dengan nasihat keagamaan dan kami menangis kecewa, tetap mengharap kebaikan dengan berlimpahan doa dari jauh saja. Bila anak-anak semakin membesar, tingginya saja dah sama dengan badan kami. Tak dapat kami nak memegang bahu anak.
Lama kelamaan si anak pun semakin tinggi badan dan semakin kuat. Mak pula makin lemah dan uzur. Sudikah agaknya mereka mendukung kami tua, hodoh, uzur dan semakin membongkok. Risaunya kami kalau tua dipimpin seperti budak kecil. (Janganlah umurku menyusahkan anak-anak).
Saat mak ayah mula jatuh sakit…sudikah sebagai anak merangkul dan menjaga kami seperti kamu kecil. Suatu saat nanti tiba giliran si anak memandikan orang tuanya (kematian). Ingatlah bahawa tangan yang dingin itu pernah menyentuh kepala dan badanmu dan selalu mendoakan kamu.
Tangan yang disentuh itulah yang pernah memimpin kamu ke jalan benar. Tolonglah ingat…ketika kamu memegang bahu mereka, ingatlah bahawa dagumu pernah menyentuh bahu si tua ini sewaktu mereka mendukung kamu…
Perkongsian Bonda Rozita mengundang sebak di kalangan netizen.
Sentiasa Doakan
Ujarnya lagi, mak ayah tidak lelah berjuang membesarkan anak-anak sebaiknya dan memberi kecukupan dalam setiap anak-anaknya. Doa sentiasa mengalir dalam setiap nafas mereka. Anak yang soleh dan solehah pasti merasakan mak ayah berlian di hati mereka.
Di akhir bicara, wanita anggun ini menitipkan pesanan agar anak-anak sentiasa ingat pengorbanan orang tua dan mendoakan mereka ke syurga . Semoga Allah sentiasa menjaga dan menyayangi mak ayah kita dunia akhirat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya dalam mendidik anak-anak, mak,ayah perlu jadi raja berpendirian, barulah anak jadi rakyat yang taat. Sebagai mak,ayah rasanya tidak perlu untuk mengikut segala kemahuan anak.
Tidak salah jika mak, ayah mahu berbincang dengan anak-anak tentang sesuatu perkara namun jangan keterlaluan. Sehingga membuatkan anak-anak merasakan mereka “raja”.
Ikuti perkongsian Mohd Yazid Ismaildan jadikan inspirasi buat mak,ayah dalam mendidik anak-anak yang semakin membesar:
Jangan selalu tanya soalan approval kepada anak-anak. Terutamanya yang masih bersekolah. Mereka akan rasa semua benda perlu ikut citarasa mereka, nanti mereka akan jadi raja di rumah.
Contoh soalan approval:
Nak ummi masak spaghetti hari ni?
Along nak hadiah apa untuk birthday?
Nak tak kita pergi pantai esok?
Soalan approval bunyi macam comel dan mesra, tapi jika diulang bertahun-tahun ia akan menyemai sifat bos pada anak-anak, suka ikut kepala sendiri.
Nasib baik di sekolah cikgu tak amalkan tanya soalan approval. Cikgu terus bagi kerja tanpa tanya persetujuan. Sebab tu anak-anak lebih mudah taat di sekolah berbanding di rumah.
Ibu bapa perlu jadi raja yang berpendirian, barulah anak akan jadi rakyat yang taat. Nak buat sesuatu tak perlu dapatkan persetujuan anak-anak.
Nak masak apa pun masaklah. Anak akan makan sebab dah tak ada pilihan lain. Mereka akan suka. Jangan sampai terpaksa buat menu khas untuk setiap anak-anak. Seksa hidup nanti.
Biarlah Anak Jadi Rakyat Yang Taat
Didiklah anak-anak supaya ikut saja aktiviti yang kita rancangkan. Sekali-sekala anak-anak boleh bagi cadangan tapi tak semestinya kita ikut mereka.
Bertanya untuk berbincang tak ada masalah, tapi bukan tanya untuk dapatkan approval.
Mak ayah kita dulu-dulu mana ada tanya approval dari kita. Kita gembira saja ikut semua yang mak ayah tetapkan.
Jangan merajakan anak-anak.
-Mohd Yazid Ismail
Yang suka memerhati dan suka menulis di fb.
MW: Dalam mendidik anak-anak ini bergantung kepada mak,ayah untuk mengikut acuan yang selesa kerana setiap anak tak sama. Semuanya berbalik kepada pilihan dan setiap pilihan pasti ada impaknya.