Ada Orang Tak Suka Mak Embun ‘Busuklah-Tak Lalu Makanlah’ Saya Suka Je Layan Borak Dengan Dia

Share

Ada orang bila terserempak dengan orang tua yang berpakaian selekeh atau buruk, mulalah menjauhkan diri. Dalam hati, fikir yang bukan-bukan, kata orang itu tak betullah, busuklah.. tapi beza dengan Siti Nafidzah Fieza (Siti Nafidzah Talam Melaka). Ketika dia didatangi wanita yang digelarnya Mak Embun, dia segera mendekat.

Nafidzah anggap orang tua selekeh ‘Mak Embun’ bagaikan mak sendiri. Ada ketikanya Mak Embun akan berkunjung ke gerai ibunya. Anak towkey gerai ini elok saja melayan Mak Embun, tak kekok malah penuh kasih sayang. Ada pengajaran yang cuba disampaikan dalam status Facebooknya itu. Sama-sama kita renungkan.

Kopi Panas Kegemaran Mak Embun

Ada org tak suka pada mak cik ni. Ada tu bila dia datang duduk di sini yang cakap busuk la, nak makan tak lalu la.. eh macam-macam lagi. Tahukah korang dia tak minta jadi macam ni. Dia juga ada perasaan macam kita. Dia juga mahu dibelai seperti ibu-ibu yang lain.

Mak cik ni memang selalu datang gerai bonda saya. Air kesukaannya kopi panas. Kalau saya ada di gerai saya yang akan buatkan airnya. Kalau makan suka makan bihun goreng. Saya panggil dia mak. Saya suka layan dia berborak sambil makan dan minum. Ada tu yang sampai tanya tu mak awak ke? Saya jawab ye dia mak saya.

Mak Embun..

Dia tidak berapa sihat. Suka jalan sorang-sorang. Kalau saya terserempak dengan dia kat mana-mana saya mesti bawa dia mana dia nak tuju. Kalau kat pasar nampak saya mesti dia dekat pada saya. Kalau bersalaman siap cium tangan saya.. nampak tak itu tandanya ingatan dia masih baik. Dia ingat orang yang melayannya.

Kalau jumpa dia awal pagi memutih bedaknya. Kalau cium dia bukan main wangi lagi. Dah tau dia suka pakai bedak pureen yang anak pakai tu.

Kadang-kadang bila fikirkan balik lebih baik ambil tahu dan jaga mak cik ni dari orang yang sihat dan cukup sifatnya. Kita ni hidup jangan terlalu memandang tingginya pelajaran, berpangkat, beharta dan cantik semata-mata. Kayanya kamu hari ini sapa tau akan datang papa kedana, Tingginya pangkat hari ini akan datang jadi pengemis dan cantiknya hari ini,akan datang ditarik balik kecantikkan itu.

Ya allah jika ini bahagian untuknya menjalani kehidupan sehari-hari berilah dia kekuatan untuk terus menghabiskan sisa hidupnya dengan tenang. Dan selagi dia ada di depan mata saya insha allah saya akan sentiasa ambil berat tentangnya.. insha allah…

Mak embun, I luv you

Sumber / Foto: Siti Nafidzah Talam Melaka

Published by
Netty Ah Hiyer