“Ada Motor Besar Takut Kena Curi.” Biarlah Motor Kapcai Tinggal Mana Pun Hati Tenang

Share

“Ada motor besar takut kena curi.” Biarlah motor kapcai tinggal mana pun hati tenang, tak risau orang curia tau apa-apa.

Sememangnya rezeki mak, ayah Allah yang tentukan, bersyukurlah dengan apa adanya. Tak perlulah mencari pasangan hidup yang kaya, milik kereta jenama luar negara kerana ingin hidup senang.

Kaya sebelum berkahwin, tidak bermakna kaya hingga selepas kahwin. Kadang-kadang luaran tampak kaya, namun setelah tinggal sebumbung barulah tahu kisah sebenar.

Ada Motor Besar Takut Kena Curi

‘Pakwe kau tak ada kereta H (Honda)? Lemahhh….!!!’

Sebaris ayat, tapi cukup mengubah persepsi dan cara pemikiran kita. Bagi Kaknie yang sudah tua bangka ini, mana nak hairan dengan H. Asal ada kereta boleh gerak sana sini, cukup.

Bawa H memang best, tapi kalau sekadar bawa sajalah. Kalau fikir bab servis, bayaran bulanan, maintainance, kerja gaji ribu-ribu pun boleh tiap bulan korek tabung ayam juga.

Biarlah Motor Kapcai

Pemikiran sebegini terkadang boleh jadi racun dalam minda anak muda. Terlalu mengikut arus dunia, tanpa sedar, kita terus jadi hamba harta benda.

Maka, jadilah manusia biar hutang sini sana, asal boleh bergaya. Biar duit simpanan tidak ada, asal boleh tayang mewah ke mana-mana.

Sadis kadang.

Dulu awal kahwin suami kereta buruk saja. Siap mati tepi jalan. Berpeluh Kaknie dalam kereta tunggu suami repair. Sudahlah masa itu tengah mengandung. Kereta mati pula dekat jalan sunyi lorong gelap. Konon hendak cari jalan shortcut. Begitu pula jadinya.

Itu kenangan. Mengingatkan kita tentang kebesaran Tuhan. Dari Allah bagi cukup makan, Allah tambah rezeki tanpa disangka-sangka. Sekarang alhamdulillah boleh rasa kereta selesa sikit.

Tinggal Mana Pun Hati Tenang

Jangan dibangga dengan harta dunia, bila Dia nak tarik tu anytime sahaja.

Ada orang beli motor besar, sampai takut kena curi, sampai rela simpan dalam rumah, kelek masuk simpan stor. Nak bawak keluar tinggal kejap pun risau.

Lagi bagus orang pakai motor kapcai biasa, tinggal mana-mana pun takde orang intai. Hati lapang, hati senang.

Edited : statement ni untuk anak-anak muda yang baru nak menapak kat dunia. Mak-mak berkerjaya dan stabil tidak ada masalah pun. Jangan salah sangka pulak ye.

Salam Jumaat.
Salam Surah Al-Kahfi.
Annie Sukery
Mewah tidak, kaya jauh sekali.

Baca Juga Di Sini:

Ada Orang Sanggup BERHUTANG Sebab Ikut Trend dan Sekadar Suka-Suka!

Suami Isteri Sanggup Berhutang Sebab Nak Hidup Senang, Bersyukurlah Apa Yang Ada!

Terdesak Perlukan Duit, Sanggup Tipu Suami Meningal Semata-mata Untuk Dapatkan Pampasan

Mingguan Wanita : Tak salah miliki cita-cita tinggi, namun jangan terlalu mengejar harta dunia hingga sanggup berhutang. Renung-renungkan.

Sumber : Annie Sukery

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat