‘Ada masalah pendengaran, tak boleh cakap & berjalan.’ Ibu tunggal alami kesukaran jaga tiga anak OKU. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sudahlah berpisah dengan suami, kini dialah ibu dan ayah dalam membesarkan ketiga-tiga anaknya yang OKU. Apatah ketiganya anaknya memerlukan pemerhatian yang khusus disebabkan masalah yang dialami.
Artikel Berkaitan: Demi Jaga Anak OKU & Emak Sakit, Gigih Sediakan 22 Jenis Masakan, Stok Lauk Persediaan Ramadan!
Kesukaran hidup seorang ibu tunggal di Bagan Datuk menjaga tiga anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Pihak MAIPk telah mengunjungi wanita itu, Saizana Ermah Hamdan, 35, yang menjaga tiga anaknya iaitu Muhammad Emariz Adam, 10; Aaira Syifaa, 5; Muhammad Afnan, 4.
Tiga beradik itu mengalami masalah pendengaran, masih belum boleh bercakap dan berjalan dan disahkan oleh doktor bahawa mereka mengalami penyakit dikenali global development delay atau perkembangan atau pembesaran lewat.
Menurut MAIPk, wanita itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,500 sebulan atas nama sendiri bagi perbelanjaan ketiga-tiga anaknya dan bantuan tersebut merangkumi pembelian susu dan lampin pakai buang.
“Wanita itu juga ada menerima bantuan kecemasan segera daripada MAIPk berjumlah RM300 pada tahun 2020 dan dalam senarai nama penerima bantuan Hari Raya Tahun 2022.
“Dicadangkan kelulusan bantuan kewangan bulanan berjumlah RM300 di bawah kelulusan segera Pegawai Baitulmal Daerah,” katanya.
Baca Di Sini:Rider Ibu Bawa Anak OKU Dibantu Rumah, Barang Keperluan Dari Ebit Lew
Menurut kenyataan MAIPk, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk, Mohd. Shahmer Mahzuz Mohd. Zin dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Luar Bandar), Ahmad Faiz Sakri menyampaikan bantuan kecemasan segera berjumlah RM300 dan beras.
MAIPk menjelaskan, Saizanah merupakan ibu tunggal yang baru sahaja berpisah dengan suaminya pada Mac lalu.
Menurut MAIPk, wanita itu kini tinggal bersama anak-anaknya di rumah milik sendiri di Kampung Simpang 3, Rungkup Bagan Datuk bersebelahan rumah ibu bapanya.
Katanya, bagi menambah perbelanjaan isi rumah, wanita itu menjalankan perniagaan dalam talian secara kecil kecilan dengan purata pendapatan bersih sebanyak RM150 dan RM200 sahaja.
“Wanita itu memberitahu anak-anaknya memerlukan pendingin hawa kerana tidak selesa dengan keadaan panas dan akan menangis serta keadaan tidak terkawal.
“Berikutan penggunaan kerap penghawa dingin, bil elektrik di rumahnya mencecah RM150 sebulan dan menyebabkan ada beberapa bulan dia tidak mampu menjelaskan bil elektrik.
Juga Di Sini: “Amanah Ini Akan DiPikul Sebaik Mungkin.” Lelaki Redha Jaga Isteri Lumpuh, Empat Anak OKU
“Keperluan utama wanita itu dan anak anaknya adalah perbelanjaan isi rumah. Wang bantuan yang diterima daripada JKM hanya mencukupi bagi perubatan anak-anaknya dan kekurangan pendapatan dalam perbelanjaan harian lain termasuk pembayaran bil elektrik,” katanya.
Sementara itu, orang ramai boleh memberi sumbangan kepada tiga beradik ini ke akaun ibu mereka, Saizana Ermah Hamdan di akaun Maybank 158387134942.
Mingguan Wanita: Semoga ibu ini terus kuat untuk menjaga anugerah yang diamanahkan Allah. Memang berat tanggungjawabnya namun insyallah ganjaran pahala besar menanti di sana pabila menguruskan anak-anak syurga ini.
Sumber : Utusan
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita