Muhammad Haris Mohd Ismail, 24 tahun, atau lebih dikenali dengan Haris Ismail merupakan pelakon yang sedang meningkat naik. Sebelum itu, Haris merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016.
Ramai wanita menggangap lelaki anak emak amat melecehkan dans entiasa melebihkan ibunya. Namun begitu, tanpa sedar ciri beginilah sepatutnya wujud pada setiap lelaki di luar sana.
Kebiasaannya lelaki anak emak akan lebih menghormati wanita, malahan dalam masa yang sama sangat menyanjungi wanita. Jadi sebenarnya isu anak mak bukanlah benda baru dalam masyarakat kita.
Baik orang biasa mahupun selebriti turut mengalami situasi tersebut. Malahan ada segelintir lelaki kurang gemar dilabel sedemikian, tak kurang juga ada yang berasa bangga.
Begitu juga dengan selebriti bernama PU Riz ini. Dia mengakui tidak kisah andai dilabel sebagai ‘anak emak’. Menurut Riz, sepanjang dia menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara yang dlakukan berjalan lancar.
Mingguan Wanita:
Mengapa PU Riz tidak kisah dilabel sebagai anak emak?
Pu Riz:
Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan hanya diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar ini pun, saya mahu penuhi permintaan ibu.
Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik. Saya juga akan tetap mendahulukan pendapat dan pandangan ibunya membabitkan soal jodoh, walaupun pada ketika itu saya sudah mempunyai kekasih hati.
Saya juga tidak kisah jika orang labelkan saya anak emak.
Mingguan Wanita:
Sekiranya anda mempunyai pilihan hati sendiri, kemudian ibu anda tidak merestuinya, adakah anda akan menuruti kata-kata ibu?
PU Riz:
Ibu adalah nombor satu, andai ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hati, saya akur. Bagi anak lelaki ibu adalah nombor satu. Malah taraf seorang ibu sangat tinggi di sisi Allah. Al-Quran juga menyebut ibu lebih berbanding bapa.
Bagi seorang isteri pula suami adalah nombor satu. Bagaimanapun andai bernikah nanti saya sedaya upaya mewujudkan keluarga yang hidup dalam suasana beragama.
Mingguan Wanita:
Sebelum ini anda terlibat dalam bidang sini dan kini terjun ke bidang perniagaan pula, apakah target utama anda?
PU Riz:
Food Station merupakan restoren milik saya yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral) yang sudah sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.
Sebenarnya saya mahu teruskan legasi ayah saya yang terlebih dahulu menceburi dunia perniagaan.
Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok- belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.
Mingguan Wanita:
Adakah anda bakal meninggalkan dunia seni jika perniagaan makin berkembang?
PU Riz:
Saya masih mencintai dunia seni dan setakat ini segalanya akan berjalan seperti biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik. Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.
Mingguan Wanita:
Bagaimana Riz membahagikan masa antara bidang seni dan menguruskan restoren?
PU Riz:
Sejak dari awal lagi, saya memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi masa untuk restoran ini. Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.
Saya turut berusaha mencari tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai lama yang diuruskan pihak lain.
Jika terdapat luang waktu, saya turut menganjurkan ceramah agama di restoren dalam menyuntik elemen kerohanian sambil menjamu selera.