إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعو
Takziah kepada pelawak Hazmeer Hassan atau lebih dikenali Chot yang baru kehilangan anaknya apabila pada pukul 8.40 pagi tadi.
Menurut Chot yang juga merupakan ahli kumpulan XOXO, bayi sulungnya Muhammad Sher Harraz, meninggal dunia disebabkan masalah injap jantung terbalik pada usia empat bulan.
“Dukacita nak maklum anakanda kami Muhammad Sher Harraz telah meninggal dunia jam 8.40 pagi dan jenazah akan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubuk Cina, Melaka sebelum atau selepas Asar,” kongsi Chot.
Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Harraz. Nyata Allah lebih sayang padanya.
Penyampai radio Melaka FM ini memaklumkan berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya pada pagi Isnin.
Rehatlah di taman syurga wahai anak.. kami dalam perjalanan membawa anak syurga #muhammadsherharraz bersama ibu bapanya @chotxoxo & @jajafieyrul ke felcra Ramuan China.
2 hari sebelum ini, isterinya, SitiZafirulazzah Moh Idris ada berkongsi tentang perkembangan anaknya itu. Tulisnya dengan emosi sedih,
Allahuakbar, baru hari ni dapat merasakan semua ni.. Harraz dah lemah.
Sher Harraz yang dilahirkan pada 16 Jun lalu itu mempunyai masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan darah kurang memasuki paru-paru.
Berita tentang penyakit anaknya itu dikesan selepas setengah jam dia dilahirkan dan doktor memanggil Chot untuk menjelaskan keadaan kesihatannya.
Chot berterima kasih kepada semua pihak yang tak henti mendoakan anaknya selama ini.