Perhubungan di antara suami dan isteri memang penuh dengan ujian dan cabarannya.Ada masanya rumahtangga kita diuji dengan kekeliruan yang kita sendiri dapat rasakan. Bila mana hubungan perkahwinan yang ada dirasakan semakin hambar dan kurangnya rasa cinta.
Bila mana kita lihat orang lain jauh lebih ‘baik’, daripada pasangan kita sendiri. Mula mempertikaikan buruk baik pasangan yang kita miliki. Hakikatnya ia hanyalah suatu kekeliruan. Hentikan ia, tak perlu dilayan dan jangan biarkan berterusan.
Ada masa, rumahtangga kita diuji dengan kekeliruan.
Hidup berumahtangga kadangkala boleh jadi monotonous setelah bertahun tahun melalui rutin yang sama.Tiada lagi spark, suprise, mahupun highlights yang buat kita rasa hari ini lebih mengujakan dari semalam.
Lebih parah lagi, apabila kita melepaskan peluang peluang untuk menjadikan hari kita ‘berbeza’ daripada kebiasaannya dengan sengaja atau tidak, tidak mengendahkan birthday, anniversary dan sebagainya.
Ya, kita tak perlu juga celebrate celebrate wish wish ni jika kita ni jenis suami atau isteri yang memang sentiasa meraikan pasangan tak kira event. Tapi, jika hari biasa pun takde apa, hari tak biasa pun, takda apa juga. Haih…susah nak cerita!
Ujian Kekeliruan
Maka, jika kita hidup berumahtangga ini sekadar ‘melayari hidup’, maka jangan suprise lah jika kita mahupun pasangan diuji dengan ujian ‘kekeliruan’.
Apabila ada orang lain yang lebih caring dengan kita berbanding suami kita, kita mula keliru.
Apabila kita mula rasa lebih happy disamping perempuan lain berbanding isteri kita, kita mula keliru.
Apabila kita lebih kerap ditanya khabar oleh lelaki lain berbanding suami kita, kita semakin keliru.
Apabila perempuan lain lebih menyejukkan mata kita berbanding isteri kita, kita bertambah keliru.
Kekeliruan ni sebenarnya lumrah. Biasa. Normal.
Ads
Hentikan Kekeliruan
Sebab fitrahnya kita akan mudah teruja dengan sesuatu yang baru. Yang fresh. Yang segar, yang bukan rutin. Tapi, ia tidak bermakna kekeliruan itu perlu dilayan dan diteruskan. Tak berbaloi. Kerana ianya hanyalah satu kekeliruan!
Bila kita rasa yang kita dah mula keliru, back off! Hentikan. Kita kena sedar yang kita hanyalah keliru.
Kita confuse! Berundur.
Kembali pada jalan yang benar, fokus pada apa yang sepatutnya kita fokus. Pasangan kita!
Slow talk. Bincang.
We both need to hold hands again, dan kembalikan keterujaan yang dulu dulu.
Pasangan jangan melatah.
Dia hanya confuse. Bukan berpaling tadah!
Tarik dia semula cepat cepat.
Tarik nafas, kawal perasaan.
Masalahnya,
Ada pasangan yang bila dia tahu suami atau isterinya sedang bergelut dengan kekeliruan emosi, dia biar!
Sedangkan mungkin dia sedang dalam fasa keliru sahaja.
Dan tanpa kita sedar, dia keliru pun sebenarnya sebab kita!
Sebab kesombongan kita terhadap pasangan sendiri, rumahtangga yang asalnya mengimpikan syurga bersama tu boleh musnah sekelip mata. Apabila segala proses tinggal meninggalkan itu selesai, kita dah bertenang, kita dah kembali waras, dah habis fasa keliru, baru kita sedar, eh bodohnya kita.
Yang pergi bersama orang ketiga tu menyesal sebab tersedar yang itu bukan terbaik untuknya.Yang ditinggalkan ni juga menyesal sebab tersedar jikalau lah aku boleh buat lebih baik dari ini dahulu.
Pada fasa ini, jiwa anak anak sudahpun hancur.
Hati sendiri pun dah remuk!
Sabar sabarlah.
Beri peluang kepada pasangan untuk lakukan kesilapan. Beri ruang juga untuk diri sendiri baiki kelemahan.
Ads
Raikan pasangan.
Luahkan, zahirkan, tunjukkan.
Sebab,
Bila kita take for granted, abaikan, simpan simpan..
Rupanya diam diam ada orang lain di luar sana yang meluahkan.
Dia jadi tertekan!
Dia jadi confused.
Kita nak ego sangat dengan isteri dan suami sendiri kenapa?
Kan buat semua benda untuk dia pun dapat pahala?
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Diuji dengan kekeliruan itu perkara biasa. Namun, usah dilayan fokuslah pada pasangan kita dan berusahalah dalam memperbaiki hubungan dalam rumahtangga.
Pelakon kecil molek berwajah comel Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari,33 atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata pada 25 April baru-baru ini. Ia merupakan kelahiran anak ketiga bagi Sari Yanti yang sebelum ini telah memiliki dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy,8 dan Basit Al-Haq,6 hasil perkahwinan terdahulu.
Kegembiraan menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga disambut dengan penuh bahagia.Rupanya isteri kepada Mohd Nadzri Zainal Abidin,33 atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu, ada menyatakan bahawa sepatutnya kandungan dijangka lahir pada hari pertama bulan Ramadhan, namun sebaliknya ia lahir 3 minggu lebih awal dari tarikh sebenar ketika berusia 37 minggu.
Setelah 10 hari kelahiran bayi perempuan yang diberi nama ‘Dariya Inara’ ini, Sari Yanti ada memuat naik coretan perasaan, pengalaman dan berterima kasih atas sokongan, ucapan dan doa yang diterima diatas kelahiran bayi comel ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khas buat suami tersayang, keluarga, anak-anak serta para pengikut dilaman instagramnya.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Bismillahirrahmanirrahim.
Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA’ALA.-SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR. .
Pada 25/4/2018 Kakak dah selamat melahirkan anak diusia kandungan kakak 37 minggu. @dariyainaraofficial .
Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia @jepsepahtu.#anakabah
Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah.
Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam pada Rasulullah SAW. Terima kasih Sayang @jepsepahtu untuk doa, Semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat , bimbang, panic , buntu , sebak semua tu akan jadi memori yang sangat indah ❤.
Terima kasih mama. Untuk doa yang tak putus putus. Untuk air mata mama. Untuk penat lelah menunggu, Untuk kesabaran yang berpanjangan. Dan tentulah untuk melahirkan ‘anti’ hampir 34 tahun dulu.❤
Terima kasih baba,mak, abah untuk doa kasih sayang dan rasa bimbang. Alhamdulillah dah selamat.Semoga semuanya akan beroleh bahagia ❤
Terima Kasih anak-anak mama Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq – kasih sayang untuk mama selalu menjadi penguat mama. Sekarang dua-dua jadi dah jadi big brother untuk Dariya Inara. Tak sangka such a loving brother u both are ❤
Terima kasih adik beradik, keluarga dan sahabat handai yang memang tak pernah gagal untuk ada. Sayang korang semua.Dan terima kasih Awak Semua untuk ucapan dan doa yang baik-baik. Semoga Allah balas kebaikan kata kata anda semua dengan ketenangan ,rahmat dan kegembiraan.
Disamping itu, menerusi instastory Sari yanti beliau turut mengumumkan akaun rasmi yang dibuat khas untuk puteri kesayangannya ini iaitu “DariyaInaraofficial”
Sari Yanti, 34,terkenal menerusi lakonannnya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara. Manakala, Jepp Sepahtu merupakan bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 25 Februari 2017.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Jepp Sepahtu dan Sari Yanti. Semoga kelahiran bayi comel ini, mengikat kasih sayang, menambah kebahagiaan dan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat keluarga kecil ini.Selamat berpantang Sari Yanti!
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.
Malah pelakon, Daler Yusuf turut mendoakan agar Bella dan anak-anak dilindungi Allah.
“Bella you’re so matured in settling problems , tak ada drama. Semoga Allah SWT lindungi Bella dengan anak-anak dan murahkan rezeki korang!” itulah yang dicoret oleh Daler untuk Bella.
Selain Daler ramai lagi rakan artis dan juga pengikut Bella di akaun Instagramnya mendoakan terbaik buat Bella dan anak-anak.
Bella & Caprice Akhirnya Berdamai
Menerusi perkongsian di laman Instagram masing-masing, pempengaruh popular, Caprice dan Bella akhirnya mengambil keputusan untuk berdamai dan tidak memanjangkan kemelut yang berlaku.
Mereka juga telah berdamai menerusi sebuah panggilan video dimana kedua-duanya memuat naik hantaran terbaru ketika sedang mencari jalan penyelesaian terbaik.
Malah menerusi ruangan kapsyen juga Caprice menyatakan dirinya dan Bella sudah tiada apa-apa isu berbangkit.
“Bella dan saya ‘cool’. Semuanya sudah selesai,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Manakala di akaun Instagram Bella pula, dirinya turut memuat naik gambar sedang membuat panggilan video bersama Caprice dan isterinya, Farra Inalis.
Untuk rekod sebelum ini wanita didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine mendakwa Caprice turut terbabit dalam konflik membabitkan Aliff dan Bella.
Sarah mendedahkan walaupun Caprice mengetahui mengenai hubungan di antara Aliff dan Ruhainies, namun dia didakwa berpihak kepada Aliff.
Sarah turut mendakwa video berkaitan Bella dan pelakon baharu Muaz Zabir yang disebarkan melalui TikTok Edisi Umat juga adalah hasil suntingan Caprice.
Selepas itu Bella yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata juga dalam hantaran yang diulang siar semula daripada perkongsian Sarah di Instagram Story turut mendakwa Caprice mempunyai kaitan dalam kes penyebaran hubungan membabitkan dirinya dan Muaz.
Bella turut menyifatkan Caprice seolah-olah menjerat lehernya sendiri apabila cuba mempertahankan diri selain mempunyai bukti-bukti mengenai hubungan Bella dan Muaz.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarlah kan anak perempuan tetap menjadi ‘cinta hati’ seorang ayah walaupun dah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri. Jika sebelum berkahwin, anak perempuan banyak bergantung pada ayahnya sendiri, selalu dimanjakan, rasa dilindungi, menjadi penyelesai segala masalah yang ada.
Begitulah juga harapan isteri selepas berkahwin, berharap segala ‘perasaan’ tersebut di ambil alih oleh insan bernama suami. Suami diharap menjadi tempat pengganti bagi tanggungjawab ayah selama ini.Bukan hanya dalam urusan kasih sayang dan emosi, namun juga dalam membantu urusan rumahtangga.
Jemput baca catatan perkongsian oleh Mohd Fhais ini;
Kadang kala jadi suami ni bermakna kita kena jadi apa sahaja yang isteri minta.
Paip sinki rosak dia tak panggil tukang paip, tapi dia panggil suami.
Nak cat rumah dia tak panggil tukang cat, tapi dia panggil suami.
Mesin basuh rosak, di suruh juga suami yang betulkan.
Lipas dalam bilik air pun kita juga yang kena tangkap.
Itulah namanya isteri.
Dia mengadu,
Dia minta tolong,
Dia suruh kita buat macam-macam.
Suami Pengganti Ayah
Bukan sebab kita ni lelaki kena tahu buat semua kerja.Tapi dia cari kita sebab kita ni suami dia, dan suami ni ibarat pengganti ayah dia dulu.
Bagaimana ayahnya buat semua perkara untuk dia dulu, begitu juga dia harap suami akan buat.
Bagaimana ayahnya manjakan dia dulu, begitu juga dia harap suami akan manjakan dia.
Bagaimana ayahnya buat dia rasa selamat dan gembira dulu, begitu jugalah yang di harap dari suami.
Jadi tak usah mengeluh kalau isteri minta tolong buat itu ini.Itu tanda dia rasa senang dengan kita dan itu maknanya kita boleh di harap!
Tapi awas kalau isteri terlalu berdikari dan jarang minta tolong suami.Mungkin ini petanda si isteri tak percaya atau rasa suami tak boleh di harap.
Biar tak pandai buat kerja jangan tak pandai menolong.
Follow & See First ? Mohd Fhais supaya anda tak terlepas tips dan info tentang kekeluargaan, keibubapaan dan hubungan suami isteri di wall saya setiap hari.
MW: Pesanan buat para suami, usah mengeluh dan rajin-rajin lah menolong isteri dalam urusan rumahtangga. Ia bermakna isteri percaya dan menunjukkan suami seorang yang boleh diharap.Semoga rumahtangga yang dibina harmoni dan berkekalan hingga ke syurga!