Selalu kita dengar, seorang sangat peramah dan pasangan seorang yang pendiam. Kadang-kadang, kita hairan macam manalah pasangan suami isteri itu berkomunikasi. Sebenarnya, semua ia telah diaturkan olehNya. Suami isteri adalah pasangan yang saling lengkap melengkapi. Itulah yang membawa kebahagiaan dalam rumah tangga.
Bila berpasangan, perselisihan faham, gaduh, suka dan duka adalah asam garam kehidupan dalam rumah tangga. Sama ada mampu atau tidak suami isteri itu mengharungi bersama. Ini belum lagi bila sudah mempunyai anak.
Bercerita tentang emosi ini, boleh dikatakan perempuanlah yang banyak bermain emosi yang membuatkan lelaki atau suami pun kadang-kadang tidak faham peelnya. Jangan marah. Itulah keunikan wanita yang melengkapi hidup seorang lelaki bergelar suami.
Perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi merungkaikan istimewanya seorang perempuan.
Orang perempuan ini, makhluk misteri. Misteri sebab dia dibekalkan emosi yang bermacam. Ada waktu, dia boleh sedih tiba-tiba. Tak tahulah sedih sebab apa. Tak berapa lama, dia boleh jadi seronok, gembira. Suami buat lawak tak jadi pun dia boleh gelak.
Terkadang bila duduk sendiri, dia jadi rindu. Rindu pada orang tersayang, walhal orang tersayang itu ada dekat dengannya. Dan dia juga boleh bertukar jadi singa, sedangkan sebelumnya jadi kucing jinak.
Melengkapi
Tak pelik, sebenarnya itulah keistimewaan yang Allah SWT beri untuk seimbangkan kelemahan kaum lelaki. Kalau semua sama macam lelaki, pasti dunia jadi suram. Jadi kelam.
Buat kaum hawa yang selalu gelisah, sedih, tak tenteram jiwa, dilanda dukacita tiba-tiba… cuba baca doa yang diajarkan Rasulullah SAW ini. Jika mampu, hafazlah.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda: اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam) dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.” [Hadis Riwayat Ahmad, no. 3712]
MW: Orang perempuan nie bukanlah mengada-ngada atau sengaja berbuat begitu. Itulah sebenarnya menjadi pelengkap buat lelaki yang bergelar suami.
Cara mudah nak pujuk perempuan nie, satu je, berilah hadiah klik sini yang membuatkan hati dia kembali berbunga-bunga.
Artikel ini telah disunting dan medapat keizinan penulis
Sumber: Ustaz Farid Rashidi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenyangkan suami dengan masakan daripada air tangan isteri. Tak ada alasan untuk isteri kata tak pandai masak, sebab zaman dah makin canggih ini semuanya boleh dapat di hujung jari. Punyalah senang!
Tetapi kalau isteri dah masak, giliran suami lah kena pandai ambil hati kaum isteri. Bukan nak kena bagi hadiah mahal untuk hargai orang rumah. Buat macam yang saudara Amir Syahir kongsikan ini pun dah lebih dari cukup!
“Tak nak makan sudah. Buang je makanan ni.”
Isteri penat penat masak. Kalau kau kenyang, kau jangan la langsung tak sentuh apa yang dia masak. Makan la sikit.
Penat tahu tak masak tu. Nak fikir apa yang nak dimasak lagi. Kalau isteri dah siapkan minum petang masa kau balik kerja dan kebetulan kau ada jamuan kat ofis, kau makan la sikit apa yang dia buat. Nanti dia tak masak baru kau tahu.
Kalau kau memang dah kenyang sangat, cakap baik-baik. Jangan direct je cakap. Jaga sikit hati isteri tu.
Setiap kali isteri masak tu puji la sikit. Baru la dia rasa dihargai. Hilang penat masak tu. Kalau dia masak tak sedap sekalipun, jangan la terus komen masa tu. Nak komen mesti ada cara. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk masak.
Bantulah Isteri Mana Yang Patut
Bulan puasa ni, kadang-kadang buntu juga kaum isteri nak masak apa. Kalau dia tanya kau nak makan apa, kau cuba la bagi idea sikit. Dapat la membantu dia mencari idea nak masak.
Kalau dia masak, tak kena dengan selera kau, nanti kau marah pula. Bila dia tanya kau cakap takde idea la, ikutlah.
Saya respect betul isteri yang bekerja. Balik tu masak pula untuk suami. Layan suami macam raja. Nak nak suami yang tak suka makan kat luar. Penat pun tetap masak untuk suami.
Kalau dia bekerja, bantu lah juga dia masak. Potong sayur dan kacau dia kat dapur pun dah buat dia happy. Jangan kau sedap duk tengok TV je.
Haaa… mudah, bukan? Sebenarnya banyak sangat kelebihan bila isteri rajin masak. Jimat lah sikit kalau nak dibandingkan dengan makan luar, lepas itu bersih pun dah tentu. Lagi best waktu masak itu, suami isteri boleh buat sama-sama. Mudahnya nak ketatkan lagi kasih sayang suami isteri.
Moga kaum suami boleh hargai air tangan seorang isteri di dapur walau cuma dengan ucapan TERIMA KASIH.
Nota:
Ketika memasak, mak-mak boleh selalu membasahi lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang ertinya “Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersiaplah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kesuksesan. “Doa ini bisa melembutkan hati anggota keluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingatlah bahawa baik suami atau isteri, bukan lagi “bujang” bila dah ada pasangan sendiri. Setiap benda dan perkara yang kita buat, ada batasnya, ada hadnya dan ada DOSAnya. Jadi, hati-hati iya.
Jemput baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini sebagai peringatan buat suami isteri.
Isteri orang vs suami orang…
Sedar tak sedar, kita dah buat dosa dibelakang pasangan, tanpa pengetahuan pasangan…Perasaan yang tak sepatutnya ada pada diri orang yang dah bergelar suami ataupun isteri kepada orang lain iaitu suka pada “hak milik” orang lain tu dah ada dalam diri kita.
Bila dah tiap-tiap hari berjumpa, tiap-tiap hari kerja sama-sama, tiap-tiap hari berhubung, dia baik dan awak pulak melayan, itu puncanya timbul perasaan suka tanpa sengaja. Bukan kita tak tahu dia dah kahwin, kita tahu, then kita plak, bukannya tak sedar yang kita pun dah kawin, tapi masih nak jugak buka peluang, buka ruang untuk hadirkan perasaan “lebih dari sekadar kawan” tu pada diri seseorang yang di miliki orang lain.
Benda ni, hanya akan menyusahkan diri sendiri sebab kita dah wujudkan perasaan terlarang dimana perasaan itu tidak sepatutnya ada dalam diri kita untuk orang yang selain daripada pasangan kita sendiri…lama kelamaan, perasaan kita pada pasangan akan hilang hanya disebabkan hal ni.
Perlu diingatkan, bila dah berumahtangga, ada batas-batas pergaulan yang perlu kita jaga dengan status yang ada pada diri kita.
Bila kita tak jaga pergaulan kita, dengan siapa kita berhubung dan berkawan, maka kecenderungan untuk rumahtangga kita tu runtuh amatlah tinggi…siapa yang berkahwin untuk bercerai kan…semua berkahwin untuk sehidup semati tapi macam mana nak sehidup semati kalau kita sendiri tak tahu macam mana nak “hidup” selepas berumahtangga…?
Jadi profesional, bercakap apa yang perlu, berjumpa untuk apa yang patut, hal yang tak sepatutnya dibualkan, jangan dilayan, jangan memulakan perbualan untuk perkara yang diluar had-had kerja..Jangan buka ruang, jangan bagi peluang…pasangan bagi kita bekerja untuk cari rezeki, cari pendapatan, ringankan beban, perbaiki kehidupan, bukan buat kemaksiatan.
Ingat, kita bukan lagi “bujang” bila dah ada pasangan…setiap benda yg kita buat, ada batasnya, ada hadnya dan ada DOSAnya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan dan peringatan yang baik buat pasangan suami isteri agar faham status dan batas dalam perhubungan setelah berumahtangga dan memiliki pasangan.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesanan buat lelaki yang bergelar suami,ingatlah bahawa isteri, wanita pertama yang bertakhta dihati itulah jodoh dan pilihan yang terbaik buat kita. Ingatlah perkahwinan yang dibina menempuhi susah senang yang diharungi bersama.Jadi jangan mudah lupa diri bila dah senang dengan mencari yang kedua.
Jemput baca pesanan daripada Firdaus Shakirin ini.
Selalunya yang pertama itulah yang terbaik
Yang pertama itulah yang mula-mula susah dengan kita ketika kita tiada apa-apa. Yang pertama itulah yang mula-mula kenal diri kita saat kita bukan siapa-siapa.Yang pertama itulah yang terima kita seadanya diri kita.
Selok belok diri kita, macam mana perangai kita, apa yang kita suka makan, macam mana kita tidur, hobi kita buat apa, tabiat kita, pantang larang kita, semua dah ada dalam kepala otak yang pertama.
Dia lah selalunya pilihan yang terbaik tak kira untuk apa urusan sekalipun…dialah yang mengajar kita apa erti kehidupan.
Tapi jika kita memilih untuk menduakannya, itu bermakna bukan dia tidak cukup baik, tapi mungkin kita “kurang” nampak kebaikan yang dilakukannya.
Namun adakalanya apa yang terjadi, bila dah ada yg kedua, kita mula buat perbandingan dengan yang pertama…yang kedua tak tahu selera kita, yang kedua suka marah-marah bila kita letak pakaian merata, yang kedua suka beremosi, yang kedua tak boleh susah dan tak boleh terima ketika tengah sesak, tengah takde duit.
Lain sangat sikap dan sifatnya dengan yang pertama. Yang kedua tak sesabar yang pertama, yang kedua tak sebaik yang pertama dan yang kedua tak faham kita sebagaimana yang pertama faham.
Dibandingkan antara dua dan rasa nak kembali kepada yang pertama balik.Nak yang pertama untuk hidup semula dengan kita.
Macam ni lah, perempuan susah nk move on, tapi bila dah move on, dia susah nak terima balik…kena hadam lumat-lumat ayat ni untuk kegunaan kita dimasa hadapan.
Jadi, jika berniat untuk ada “yang kedua”, maka ingatlah nasihat saya, yang pertama itulah selalunya yang paling terbaik untuk kita…she know u better becoz she has been through more than you’ll ever know…that’s what give her an edge.
Biarlah dia jadi yang pertama dan terakhir dalam hidup kita.
Nota kaki : Dalam mencari yang sempurna, kita akan kehilangan yang terbaik.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Setuju sangat dalam berusaha mencari yang sempurna dimata, kita terlupa akan kehilangan yang terbaik dihati.
Sumber:Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI