Lumrah dalam rumahtangga ada pasang surutnya. Ketika dilanda ujian, berlaku konflik dan pergaduhan, ada ketikanya suami perlu memainkan peranan lebih mengalah dan turunkan ego yang ada. Kena tahu masa bila perlu mengalah dan masa bila perlu bertegas. Bukan apa, isteri ni selalunya marahnya sekejap sahaja, lebih kepada emosi dan rajuknya memang minta dipujuk oleh suami tersayang.
Perkongsian daripada suami ini, Rahman Marlis ada benarnya. Semoga menjadi panduan buat kita.
Isteri yang KERAS KEPALA dan GARANG ni sebenarnya TAK RAMAI, tapi BANYAK. Apa yang positifnya, mereka ni tegas dalam buat keputusan. Orang sekeliling nak hasut pun payah. Susah nak mempengaruhi mereka ni. Apatah lagi nak pikat hati mereka ni untuk dijadikan isteri.
The best thing here is one of them is my wife.
Perkahwinan aku baru setahun lebih. Normal untuk para suami dan isteri bergaduh kadang-kadang kan. Aku pun sekali sekala mudah melenting kalau tak kena masanya. Kita sebagai suami kena tahu masa bila perlu mengalah dan masa bila perlu bertegas. Jangan asyik mengalah. Nanti nampak yang kita tak boleh memimpin dengan baik.
Banyak Mainkan Peranan
Ada ketika perlu mengalah,aku banyak mainkan peranan. Turunkan EGO, DIAM, DENGAR dan PENDAM.
Sebab aku tahu keadaan akan jadi lebih keruh kalau aku cakap atau balas apa sahaja. Trust me. Woman always right. So layan kan saje dulu.
Suami kena ingat yang kita bukan perempuan. Kita tak kan dapat paham mereka 100%. Perkara kecil pada mata kita, terasa sangat besar pada mata mereka. Jangan melawan. Jangan ikot ego sebagai seorang lelaki pada ketika itu.
Aku ambil pendekatan untuk bertahan, bersabar. Respon yang aku dapat sangat baik dan berkesan. Isteri makin berubah dan berubah.
Turunkan Ego Tahap Paling Rendah
Mostly bila bergaduh, dia akan cuba bertenang beberapa jam. Give her some time and space. Then, normally dia dengan sendirinya akan datang dan meminta maaf. Dan waktu ni la aku sebagai suami kena turunkan lagi ego ke tahap yang paling rendah. Aku tak akan hentam atau salahkan dia. Sebab pada aku ini la masa yang sesuai untuk aku bersikap tegas pada dia, sampaikan teguran yang sepatutnya kerana hati isteri betul-betul lembut ketika itu. Then, we forgive each other.
Pernah sekali dulu berperang agak besar tapi melucukan (my wife pregnant masa ni) . Aku macam biasa la cuba mengalah. Ambil wuduk,solat. Lepas solat, tengok isteri dah tak ada kat rumah. Merata mencari. Bawah katil. Dalam peti ais. Dalam tudung saji. Belakang pintu. Luar rumah. Dalam kereta. Pun tak ada. Handphone, beg, semua ada. Rupanya dia menyorok baring bawah teddy bear. Teddy bear tu pulak memang lagi besar drp dia. Memang tak nampak la. Itu pun dia sendiri bagi hint, buat bunyi dari gelang tangan dia supaya aku dengar dan datang pujuk dia.
Aku dah on TV dah sebelum dengar bunyi gelang tu, game Liverpool dah nak start kot. Betul la orang cakap “perempuan merajuk sebab nak dipujuk”
Kenapa aku selalu mengalah?
Aku sentiasa ingat segala pengorbanan dia. Dia banyak berkorban sejak hari pertama dia bergelar isteri aku. Dia seorang yang aggressive, lasak, suka shopping, travel, independent, suka make up.
Once she became my wife, dia tinggalkan semuanya termasuk minat dia dalam modelling sehingga dia berubah jadi apa yang dia dah jadi sekarang.
Kalau aku kat tempat dia pun, belum tentu aku boleh jadi sekuat dia.
My wife membesar dari kecik di bandar besar Kuala Lumpur. Has a great job and suddenly after 4 months we married we decide untuk dia berhenti kerja, be full time housewife. Berpindah menetap di Temerloh dengan tak ada kawan-kawan, dia bersedia menerima keluarga aku, menerima environment baru dalam hidup dia.
Aku la kawan dia. Aku la sahabat dia. I could be anything for her.
So aku rasa tak boleh nak kecewakan perasaan dia.
Sebab tu aku banyak mengalah. Aku tahu jiwa dia kadang-kadang memberontak. Tapi demi kasih pada keluarga, dia bertahan. So dia jadi mudah marah. Lama kelamaan, bila dia dah dapat menyesuaikan diri dengan environment baru, aku nampak dia lebih selesa dan tenang.
A month before our first anniversary, kami di kurniakan seorang anak lelaki. Alhamdulillah. Pengorbanan paling besar seorang isteri adalah melahirkan anak untuk suami tercinta. Aku ingat lagi ayat dia lepas selamat bersalin.
“Masa doctor suruh ayu push lagi separuh anggota badan anak, sebenarnya ayu dah abis nafas,dah tak kuat. Tapi kalau ayu tak push, ayu takut anak kita mati. Jadi ayu tak fikir panjang, ayu cuba sehabis boleh. Biar la ayu hilang nyawa, asalkan anak kita bernyawa”
Aku ada kat sebelah dia,pegang tangan dia masa kat labour room. I feel it.
Aku tak sesabar dia. Aku tak sekuat dia. Untuk tempoh perkahwinan kami yang baru setahun jagung ini, aku dan dia cuba beri yang terbaik untuk keluarga kecil kami. Aku bukan suami yang baik, tapi aku nak isteri yang baik. So aku berusaha menjadi baik.
Aku pilih untuk setia dan sabar. Tiap-tiap orang yang sabar, Allah dah janji kan ganjaran.
KEEP CALM AND STAY BE A COOL HUSBAND.
Baca Lagi Di Sini: Doakan Pasangan Dengan Ayat Ini, Lembutkan Hati PANAS, Rezeki Pun Melimpah
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat suami isteri dalam melayari kehidupan rumahtangga. Ada benarnya, isteri merajuk memang minta dipujuk. Suami kena rendahkan lah ego, selalulah mengalah dan banyak mainkan peranan untuk kesejahteraan keluarga.
Sumber: Rahman Marlis
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam satu hari mesti ada saja anak yang akan buat ‘perangai’. Itu kalau seorang, kalau anak ramai, macam-macam peel ada. Gaduh dan marah dengan adik-adik yang lain. Sampai satu tahap, mesti salah seorang yang akan menangis.
Kadang-kadang, anak yang suka marah sebab dia perlukan perhatian daripada mak ayah. Namun, mak ayah jangan pula biarkan anak terus dalam keadaam seperti itu. Kena ada cara untuk mengajar atasi kemarahan anak-anak itu.
Macam mak ayah sendiri, memang marah kalau anak buat perangai. Begitu juga dengan anak-anak, sifat ini berlaku kerana terikut-ikut cara mak ayah. Jadi, lepas ini, mak ayah kena ada cara yang betul untuk ajar anak ye. Jangan biarkan anak terus dalam keadaan marah, bimbang timbul masalah lain.
Perkongsian daripada Faizatul Iman ini, boleh membuka mata mak ayah di luar sana untuk mengajar kaedah terbaik dalam mengatasi anak yang suka marah-marah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Marah Anak Buat Salah, Kalau Tak Nak Dia Terus Berbohong!
Kalau Ada Termarah Anak, Peluklah Si Kecil 20 Saat Setiap Hari
Info Lebih Menarik Di INSTAGRAM MW
Perasaan Spontan
Rupanya marah pun ada peraturan. Ini lah yang perlu kita aplikasikan dan ajar kepada anak-anak. Ilmu baru yang saya dapat daripada Puan Maznah Ibrahim. Katanya marah itu tidak salah kerana ia adalah satu perasaan spontan apabila sesuatu dirasakan ancaman.
Ajar anak-anak untuk melabelkan perasaan mereka, sehingga mereka dapat meluahkan perasaan marah, kecewa, dan kecewa. Isi penting untuk diingatkan kepada anak-anak. “Marah adalah okey” “Tidak apa-apa untuk merasa marah namun;”
Tidak boleh cederakan diri, cederakan orang lain, rosakkan barang di sekitar dan tidak boleh menyerang secara lisan atau fizikal
Contoh ayat untuk kita yang sedang marah, dan perlu untuk kita ambil masa untuk redakan kemarahan.
“Ummi juga sangat marah macam adik. Ummi pergi ke dalam bilik dulu untuk tenangkan diri sebab ibu tak nak cederakan sesiapa. Adik boleh teruskan keluarkan marah adik disini. Bila dah selesai, datang pada ibu.”
Katanya lagi, dengan ini anak tahu
1. Apa yang anak boleh buat
2. Dimana ibu dia berada
3. Anak tahu ibu dia mahu dia selamat
4. Ibu ada masa untuk bertenang
Kadang kala, tingkah laku agresif berpunca dari pelbagai perasaan tidak selesa, seperti kesedihan atau rasa malu. Oleh itu, bantulah anak kita meneroka kenapa mereka berasa marah.
Contohnya:
Mungkin mereka merasa sedih kerana janji tidak ditunaikan, tetapi mereka bertindak balas dengan marah kerana lebih mudah atau menutup rasa sakit yang mereka rasakan.
Kaedah terbaik untuk mengajar anak-anak bagaimana menangani kemarahan dengan bermula macam mana cara marah yang betul ditunjukkan oleh ibu bapanya:
1. Menunjukkan kepada mereka bagaimana kita menangani emosi anda ketika anda merasa marah.
Apabila anak-anak memerhatikan kita hilang sabar, mereka mungkin akan melakukan perkara yang sama. Tetapi, jika mereka melihat kalian mengatasi perasaan dengan cara yang lebih lembut, lebih lembut, mereka juga akan mencontohinya
2. Nyatakan masa-masa ketika kita merasa kecewa sehingga anak faham bahawa orang dewasa kadang-kadang marah juga. Tidak apa-apa untuk mengatakan,
“Ayah kecewa dan marah apabila abang memukul ayah tanpa sebab.“ Melafazkan perasaan kita akan mengajar anak-anak untuk membincangkan emosi mereka.
3. Bertanggungjawab atas tingkah laku kita ketika kita kehilangan ketenangan di hadapan anak-anak . Minta maaf dan bincangkan apa yang seharusnya di lakukan.
“Ibu minta maaf kerana abang terpaksa melihat ibu berteriak hari ini ketika ibu marah. Ibu sepatutnya berjalan-jalan untuk menenangkan diri ketika ibu marah dan bukannya menaikkan suara. “
Kanak-kanak perlu mengetahui cara yang sesuai untuk mengatasi kemarahan mereka. Daripada diberitahu,
“Jangan pukul kawan,”
Jelaskan apa yang dapat anak lakukan ketika mereka merasa kecewa atau marah dengan lafazkan menggunakan kata-kata bahawa kita marah atau kecewa atau jauhilah kawan tersebut ketika merasa marah.
Bincang dan buat anak berfikir “Apa yang dapat abang lakukan selain daripada memukul untuk redakan kemarahan abang ni?” Ianya dapat membantu anak kita mengenal pasti strategi yang mungkin bermanfaat.
Kita juga boleh membuat alat penenang yang dapat digunakan ketika mereka marah. Isi kotak dengan barang-barang yang dapat menenangkannya, seperti buku mewarnai dan krayon untuk menconteng, losyen yang berbau harum, atau muzik yang menenangkan. Melibatkan pancaindera anak dapat menenangkan fikiran dan badan.
Begitulah,
Marah is okey, namun jangan jadi tabiat suka marah marah.
MW: Marah itu perasaan spontan. Ajar anak kawal marah dan mak ayah pun kena kawal diri juga.
Sumber: FAIZATUL IMAN BINTI MAKPOL
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasanya masih ramai yang tak tahu pasal tali pusat, sebenarnya elok simpan atau tanam terus ya. Sebab sebelum ini kita dimomokkan dengan cerita yang tak betul.
Haa… mujur Puan Halimatulssaadiah Wan Jusoh ada kongsikan di status Facebook miliknya baru-baru ini, selepas hampir 5 tahun dia tak simpan dengan betul tali pusat anaknya.
Cara Yang Betul Simpan Tali Pusat Anak
Ni throwback Jumaat minggu lepas. Kesedaran dah ada dari bulan 5 bila dengar ceramah UAI, tapi tunggu pindah rumah sendiri baru nak tanam.
Klik sini untuk VIDEO tentang TALI PUSAT – UIA
Ni dah 4 bulan lebih berpindah baru teringat nak simpan betul-betul.
Apa ni?
Tali pusat anak-anak. Dari anak first lagi.
Anak 1st dah umur 4 tahun 11 bulan dah. Sikit lagi nak masuk 5 tahun.
Rupanya tali pusat anak-anak ni, kena simpan dengan betul. Dan simpan tu bukan simpan dalam uncang atau botol atau sampul duit raya, tapi perlu DITANAM.
Makruh menyimpan tali pusat anak tanpa ditanam.
Sunat disegerakan tanam.
Tanam macam biasa je, macam tanam uri. Saa bungkus dalam tisu je lepas tu tanam kat laman rumah. Nasib baik ada tanah 2 3 kangkang.
Sebab tali pusat tu, bila dah terpisah dari badan, sudah dikira sebagai bangkai. Dan makhluk-makhluk halus suka bangkai. Jadi kalau kita simpan dalam uncang, jadi magnet kepada makhluk-makhluk halus la nampak gayanya. Meremang betul, tapi benar.
Tak Payah Rendam Air Sangat!
Saya pun baru dapat kesedaran. Ikut orang lama-lama semua suruh simpan elok-elok kan, katanya boleh buat ubat (rendam dalam air dan bagi minum anak-anak) atau pun kalau simpan sama-sama semua adik beradik dalam 1 bekas, diorang jarang bergaduh.
Rupanya itu semua KARUT.
Korang ingat lagi ke mana korang simpan tali pusat anak?
Jom lerr kita pakat tanam tali pusat anak masing-masing.
1. Anak 1st, umur 4 tahun 11 bulan. Luruh hari ke 7
2. Anak 2nd, umur 3 tahun 5 bulan. Luruh hari ke 5
3. Anak 3rd, umur 1 tahun 4 bulan. Luruh hari ke 20. Paling lambat sampaikan nurse pun pelik.
Bungkus dalam tisu je tiga-tiga sekaligus.
Tanam kat laman rumah. Nasib baik ada tanah 2 3 kangkang ni.
Ni lah pemilik tali pusat tu.
Semoga hubungan ketiga-tiga mereka sentiasa rapat. Amiin
Jadi selepas ini, mak ayah pun kena tanam tali pusat anak-anak ya. Jangan terpengaruh sangat kepercayaan karut yang kononnya tali pusat ini boleh disimpan di rumah untuk rapatkan hubungan anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wahai suami, dengarlah pesanan berharga daripada Ustaz Ebit Lew akan cara menghargai pengorbanan isteri dan anak-anak ini. Terutama soal pemberian hadiah untuk mereka, yang setia menanti di rumah.
Suami, walau ke manapun anda pergi.. sentiasalah ingat akan insan-insan yang setia menanti di rumah. Siapa lagi kalau bukan isteri dan anak-anak. Balik rumah.. belikan sekali mereka buah tangan, hadiah. Jangan tak tahu cara inilah yang nabi ajarkan untuk para suami contohi.
Cara inilah juga yang Ustaz Ebit praktikkan untuk menghargai, mengasihi bidadari hatinya sempena ‘anniversary’ mereka. Kalau seorang ustaz yang kita maklum akan kesibukannya dengan kerja-kerja dakwah, boleh melakukan hal-hal romantis sebegini.
Tentu anda sebagai suami rasa tercabar. Biar pun tak mempu menempah bunga dari florist, berilah apa saja hadiah semampu kewanganmu. Semoga rezeki suami akan makin bertambah-tambah nanti.
Berilah Hadiah Buat Isteri Dan Keluarga..
Sunnah Nabi saw balik dari mana-mana beri hadiah buat bidadari dan keluarga. Tadi balik dari Johor. Cepat-cepat wasap florist. Sampai KL terus ambil dan sorokkan dari bidadari saya.
Suka sangat walau kecil kejutan buat bidadari. Sebab bunga ni tak dapat bayar pun susah bidadari saya. Dunia ini sangat singkat tapi melihat bidadari saya tersenyum ubat bagi hati ini. Senyuman mak ayah. Senyuman bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini. Terima kasih Allah.
Melihat bidadari masam 5 saat jer saya susah hati. Berusaha dan fikir apa nak buat bahagiakannya. Kadang cuma video call or call dengar bidadari saya cerita. Itu jadi ubat buatnya. Saya susah hati bila bidadari cuma reply k.
Sesekali Buat Kejutan Cinta Untuk Isteri
Jangan memandang rendah kesedihan bidadari hidup kita. Mereka dah takde sesape dalam hidup mereka. Migrain demam urus rumahtangga dan anak-anak. Mereka setia ikhlas mencintai suami. Mereka perlu seseorang dengar mereka.
Sesekali buat kejutan walau sekuntum bunga atau mesej cinta yang ikhlas. Kongsi doa dan bimbing mereka dengan solat dan sunnah Nabi saw seharian. Biar mereka bina kekuatan dalam diri anak dengan iman. Happy Anniversary.
Sumber/Foto : Ebit Lew , www.transformjiwa.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI