“Ada Isteri Buatlah Cara Ada Bini, Ada Suami Jagalah Akhlak Macam Ada Tok Laki!” Inilah antara pesanan daripada saudara Shauqi Hasan menerusi perkongsiannya di Facebook yang memberi kesan di hati.

Hari ini bila kita baca berita pelbagai kisah kurang enak yang berlaku terutamanya pada pasangan yang berkahwin muda. Tak kurang juga kisah rumah tangga selebriti popular yang mengharungi kemelut dalam perkahwinan hingga terpaksa naik turun mahkamah. Yang isteri menuntut cerai yang suami pula tidak mahu melafazkan talak.

Begitu juga kisah masyarakat biasa yang pelbagai kisah keretakan rumah tangga didedahkan.

“Ada Isteri Buatlah Cara Ada Bini”

Menerusi nasihat daripada saudara Shauqi Hasan ini banyak kebaikan yang boleh dijadikan panduan buat masyarakat di luar sana. Ikuti tujuh nasihat yang bermakna ini! Semoga rumah tangga kita akan aman damai dan berkekalan hingga ke jannah.

“12 tahun membina masjid. 6 orang anak. Umur pun dah 40 tahun. 7 nasihat Abang untuk anak muda yang bakal berkahwin esok lusa.

  1. Cinta tu pilihan, jodoh tu takdir: Cinta memang penting dalam hubungan, tapi jangan lupa yang kau pilih untuk dijadikan surihati tu pun adalah pilihan sendiri. Takdir memang ada, tapi macam mana kau jaga hubungan tu, itu tanggungjawab kau. HIDUPLAH DENGAN PENUH AMANAH YANG TELAH ALLAH BERI SEBAGAI SUAMI ISTERI DENGAN RESTU DARI KEDUA IBUBAPA KAU.
  2. Hormatilah pasangan kau, anggap dia tu individu yang unik. Hargai perbezaan pendapat dan kehendak antara satu sama lain. Ingat, kau dan dia dalam satu pasukan, bekerja bersama untuk capai matlamat bersama. JADIKAN KITAB DAN SUNNAH RASULULLAH SEBAGAI USWAH DAN PANDUAN. Cakap senang, tapi kalau ikut cakap Allah lagi mudah.
  3. Kawan rapat dengan pasangan: Jangan lupa, kau kena jadi BFF dia sampai mati. Buatlah benda-benda seronok bersama, gelak ketawa sama-sama, dan sokong satu sama lain dalam apa jua situasi. Persahabatan yang kuat memang boleh kuatkan lagi hubungan kalian. ASALNYA PUN KITA BERKAWAN, KAU YANG UPGRADE DIA JADI ISTERI. Jadi hargailah kawan terbaik dalam hidup kau sebagai pasangan abadi.
  4. Sembang dengan baik: Komunikasi adalah kunci dalam hubungan. Jadi, bersembanglah dengan jujur, terbuka, dan saling memahami situasi masing-masing. Dengar pasangan kau betul-betul, dan responlah dengan penuh perasaan dan keperluan kau dengan ikhlas. Kalau gaduh-gaduh pun, cuba la guna humor dan jenaka zaman bujang kau tu nak redakan situasi. ALLAH BAGI MULUT DAN TELINGA TU ADA GUNANYA, JANGAN SIA-SIAKAN SETIAP PERKATAAN YANG KELUAR DARI PASANGAN KITA.

Bercakaplah dengan ilmu. Mendengar dengan akal. Nak tegur isteri ada caranya, Allah dan Nabi dah ajar. Gunalah syuro sebagai laluan menyampaikan pandangan dan terguran.

  1. Kasi ruang peribadi: Walaupun kau berdua dah jadi sepasang suami isteri, tak bermakna kau tak boleh ada ruang peribadi. Setiap individu perlu masa untuk diri sendiri, buat hobi atau aktiviti yang dia suka. Ni boleh bantu kau jaga keseimbangan dalam hubungan. PALING BAGUS, AJAR ISTERI SUKA APA KAU SUKA MENGIKUT APA YANG ALLAH DAN NABI SUKA. Bukan ikut suka hati kau saja. Jaga batas halal dan haram.
  2. Hadapi konflik dengan bijak: Gaduh memang normal dalam hubungan. Tapi penting untuk hadapi konflik dengan bijak, elakkan perangai yang merosakkan hubungan. Belajarlah maaf-memaafkan, fahami sudut pandangan pasangan kau, dan cari penyelesaian yang untung sama-sama. MERAJUK LAMA-LAMA KAU YANG RUGI. MELAINKAN KAU BIJAK MENGGUNKAN ORANG KETIGA SEBAGAI TEMPAT RUJUKAN UNTUK MENJERNIHKAN KEADAAN. Sebab tu kena ada wali dan saksi yang menjadi penasihat sepanjang perkahwinan. Bukan masa akad nikah saja.
  3. Komitmen yang teguh: Hidup berumahtangga memang tak selalu senang, tapi kau kena hidupkan komitmen tu sampai mati. Ingat janji kau time kahwin dulu, dan hadapi cabaran bersama. Sokong dan sayang pasangan kau tanpa syarat. ITULAH KUNCI MENJADI SUAMI ISTERI BERTAQWA (KOMITED) DENGAN AMANAH.

Ada isteri buatlah cara ada bini.

Ada suami jagalah akhlak macam ada tok laki.

Ingat, setiap hubungan unik, tak ada formula ajaib yang boleh jamin kejayaan perkahwinan.

Ads

Tapi kalau kau ada komitmen, saling bertoleransi dan satu faham, sentiasa berusaha bersama-bersama dan bukan one-man show, kau boleh bina hubungan yang bahagia.

Remember this Dik, KEBAHAGIAAN TU KITA RASA DI HATI BUKAN YANG NAMPAK DI MATA.

Selamat menikmati perjalanan hidup berumahtangga!” kongsi saudara Shauqi Hasan.

Ads

“Ada Isteri Buatlah Cara Ada Bini, Ada Suami Jagalah Akhlak Macam Ada Tok Laki!”

Baca Disini : Isteri Sanggup Berhenti Kerja Bimbang Hilang Momen Bersama Anak, Pilihan Hidup Tidak Sia-Sia

Ads

Mingguan Wanita:  Bersungguhlah dalam mengajar bahagia dalam rumah tannga.

Sumber : Facebook Shauqi Hasan

Sumber Foto : CANVA

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI