Sesungguhnya wahai suami, nak faham emosi isteri itu tak pernah mudah. Bak kata suami ini, Hilmi Jailani “ada hari isteri akan bangun tidur dengan senyuman, ada hari dia akan kejut suami guna siku.”
Bukan bermakna isteri tidak suka tetapi begitulah emosi mereka. Ada turun naiknya Yang kadangkala sukar dimengertikan. Dan sebagai suami yang baik, jangan sesekali anda berusaha untuk menggali emosi isteri. Ini sebabnya.
Dah 6 tahun ada bini ni, aku mula faham yang perempuan memang ada emosi yang dia sendiri tak boleh nak explain.
Ada kala dia diam, kita tanya kenapa ni? Dia geleng kepala. Sebab dia sendiri tak boleh nak cerita kenapa dan kenapa.
Kita lelaki, syukur Allah beri emosi yang jelas dan simple. Kau ada sebab untuk suka, maka kau akan suka. Kau tak suka, maka kau akan membenci. Straight forward.
Berbeza dengan perempuan. Dia ada emosi yang sangat complicated. Ada pagi dia bangun tidur dengan senyum, menyanyi sambil tumbuk bawang kat dapur. Ada hari, dia kejut kita tidur guna siku, dan bermuram sepanjang hari.
Dan benda ni boleh berlaku tanpa apa-apa sebab.
Awas suami. Jangan terlalu menggali. Silap besar kita lelaki bila terlalu nak tahu punca dan alasan bakpe dia jadi gitu. Alasannya kita nak tahu supaya kita boleh perbetulkan salah kita.
Akhirnya apa yang jadi adalah, dua-dua orang naik angin. Yang seorang tak tahu kenapa hati dia merajuk, yang seorang lagi tak tahu apa silap dia.
Kita konon nak jadi Detektif Conan. Alih-alih, perkataan yang keluar dari mulut kita lebih burukkan keadaan.
Ini yang selalu aku praktikkan bila berdepan situasi macam ni:
Suami jangan risau sangat. Mereka normal saja, bukan alien. Itu cuma reaksi hormon mereka yang susah kita nak hurai.
Pakar kaunseling sendiri cakap, emosi perempuan yang huru-hara (tanpa sebab) tadi kebanyakannya akan sembuh dengan sendiri.
Tapi dengan syarat kau tak cetuskan masalah sekunder yang lain.
Mingguan Wanita : Kadangkala seorang isteri itu cuma perlukan sedikit ruang untuk dirinya sendiri. Bersyukur, jika ada suami yang dapat memahaminya.
Sumber/Foto : Hilmi Jailani
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW