‘Ada beza didik anak buat kerja rumah dan jadikan hamba.’ Nak melentur ada caranya. Betul tak? Dalam mendidik anak tak boleh salah cara nanti lain impaknya.
Memang seronok bila tengok anak orang lain dapat lakukan itu dan ini dalam membantu mak ayahnya di rumah. Jika anak itu gembira melakukan kerja rumah, tak salah. Namun bila dia berasa terpaksa dan lelah, kasihanlah.
Kongsi Puan Wawa Syauqi, ‘Saya bangga dengan parents yang berjaya didik anak sampai mahir buat kerja-kerja rumah ni. Saya sendiri pun masih bertatih.’
Saya sangat sokong.
Bahawa anak-anak ni perlu diajar buat kerja-kerja rumah sedari awal lagi. Supaya kita tak terkontang-kanting buat kerja sorang-sorang sampai ke tua.
Dan supaya mereka jadi dewasa yang ada high sense of responsibility.
Artikel Berkaitan: Bab Didik Anak, Hanis Zalikha Tegas Dalam Lembut “Saya Tak Garang”
Tapi,
Hati-hati dengan pemahaman ‘didik anak buat kerja rumah’ ni.
Ada beza didik anak buat kerja rumah,
dan jadikan anak hamba untuk selesaikan segala kerja rumah.
Saya percaya dalam mendidik anak ni, kena ada seninya. Nak melentur tak boleh kurang, tak boleh lebih.
Kurang, dia tak bergerak.
Lebih, takut dia patah.
Tak salah nak didik anak buat kerja rumah dari kecil. Tapi biarlah berpadanan dengan usia mereka.
Bak kata Dr Rozanizam Zakaria ,
“Jangan dewasakan anak sebelum waktunya. Kelak beban emosi dan psikologi yang ditanggung, akan menjadi benih kepada masalah mental bila dewasa.”
Waktu kecil, anak mungkin menuruti atas dasar hormat dan takut. Bila mereka mula dewasa dan mula berkuasa, sisi gelap akan mula kelihatan.
Paling tak nak, kesan toxic cycle ini akan diwarisi generasi ke generasi.
Ada pesanan yang selalu keluar dari mulut mentor-mentor parenting :
1. Anak bukan milik kita.
Yang boleh kita perguna dan bertindak ikut perasaan.
Mereka hanyalah pinjaman. Mereka juga amanah yang akan ditanya cara kita mendidiknya.
Maka didiklah mengikut panduan agama dan saranan sains. Bukan ikut logik akal dan kehendak kita.
Baca Di Sini : Demi Mudahkan Menantu, Ibu Didik Anak Lelaki Mahir Buat Kerja Rumah
2. Jangan berlebihan.
Berlebihan dalam menyayangi anak. Sampai tak sanggup nak suruh anak lakukan kerja-kerja rumah.
Atau berlebihan dalam menyuruh anak.
Sampai kita lupa anak juga ada emosi untuk dipelihara. Dan ada hak untuk menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak.
3. Pertimbangkan keperluan emosi mereka.
Sebagai dewasa, ada masa kita lupa untuk rendahkan ego. Menjerkah, menyuruh dan memekik. Sampai tak sedar yang anak-anak juga ada air muka yang perlu dijaga.
Akan sampai satu masa anak akan dewasa dan rasa diri mula berkuasa.
Jangan kita lupa hakikat bahawa, bagaimana anak melayani kita pada sepuluh tahun akan datang adalah kesan dari bagaimana kita melayani mereka pada hari ini.
4. Jadilah coach, bukan bos.
Didiklah mereka dengan niat mereka jadi dewasa yang bertanggungjawab dan tinggi common sense di hari esok.
Bukan semata-mata menyuruh demi memudahkan tugas kita pada hari ini.
Kita suruh anak sana-sini. Tapi kita kat tepi dok goyang kaki.
Juga Di Sini : Mak Ada ANAK KECIL Lalui Fasa Huru Hara, ‘Struggle’ DIDIK Anak, Itu Normal!
Didikan kita mungkin membentuk bakal dewasa yang menyakitkan hati. Atau dewasa yang disenangi.
Saya doakan, mak ayah yang membaca ini dikurniakan kekuatan dan ilmu yang betul untuk mendidik anak-anak yang cemerlang di dunia. Dan bahagia di akhirat.
Mingguan Wanita : Tak salah jika mak ayah mendidik anak-anak melakukan kerja-kerja rumah, namun janganlah melampaui batas.
Sumber : Puan Wawa Syauqi
Orang Yang Jauh Dari Bau Syurga:
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita