‘Ada beza didik anak buat kerja rumah dan jadikan hamba.’ Nak melentur ada caranya. Betul tak? Dalam mendidik anak tak boleh salah cara nanti lain impaknya.
Memang seronok bila tengok anak orang lain dapat lakukan itu dan ini dalam membantu mak ayahnya di rumah. Jika anak itu gembira melakukan kerja rumah, tak salah. Namun bila dia berasa terpaksa dan lelah, kasihanlah.
Ada Beza Didik Anak
Kongsi Puan Wawa Syauqi, ‘Saya bangga dengan parents yang berjaya didik anak sampai mahir buat kerja-kerja rumah ni. Saya sendiri pun masih bertatih.’
Saya sangat sokong.
Bahawa anak-anak ni perlu diajar buat kerja-kerja rumah sedari awal lagi. Supaya kita tak terkontang-kanting buat kerja sorang-sorang sampai ke tua.
Dan supaya mereka jadi dewasa yang ada high sense of responsibility.
Tapi,
Hati-hati dengan pemahaman ‘didik anak buat kerja rumah’ ni.
Ada beza didik anak buat kerja rumah,
dan jadikan anak hamba untuk selesaikan segala kerja rumah.
Saya percaya dalam mendidik anak ni, kena ada seninya. Nak melentur tak boleh kurang, tak boleh lebih.
Kurang, dia tak bergerak.
Lebih, takut dia patah.
Tak salah nak didik anak buat kerja rumah dari kecil. Tapi biarlah berpadanan dengan usia mereka.
Ads
Nak Melentur
Bak kata Dr Rozanizam Zakaria ,
“Jangan dewasakan anak sebelum waktunya. Kelak beban emosi dan psikologi yang ditanggung, akan menjadi benih kepada masalah mental bila dewasa.”
Waktu kecil, anak mungkin menuruti atas dasar hormat dan takut. Bila mereka mula dewasa dan mula berkuasa, sisi gelap akan mula kelihatan.
Paling tak nak, kesan toxic cycle ini akan diwarisi generasi ke generasi.
Ada pesanan yang selalu keluar dari mulut mentor-mentor parenting :
1. Anak bukan milik kita.
Yang boleh kita perguna dan bertindak ikut perasaan.
Mereka hanyalah pinjaman. Mereka juga amanah yang akan ditanya cara kita mendidiknya.
Maka didiklah mengikut panduan agama dan saranan sains. Bukan ikut logik akal dan kehendak kita.
2. Jangan berlebihan.
Berlebihan dalam menyayangi anak. Sampai tak sanggup nak suruh anak lakukan kerja-kerja rumah.
Ads
Atau berlebihan dalam menyuruh anak.
Sampai kita lupa anak juga ada emosi untuk dipelihara. Dan ada hak untuk menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak.
3. Pertimbangkan keperluan emosi mereka.
Sebagai dewasa, ada masa kita lupa untuk rendahkan ego. Menjerkah, menyuruh dan memekik. Sampai tak sedar yang anak-anak juga ada air muka yang perlu dijaga.
Ada Caranya
Akan sampai satu masa anak akan dewasa dan rasa diri mula berkuasa.
Jangan kita lupa hakikat bahawa, bagaimana anak melayani kita pada sepuluh tahun akan datang adalah kesan dari bagaimana kita melayani mereka pada hari ini.
4. Jadilah coach, bukan bos.
Didiklah mereka dengan niat mereka jadi dewasa yang bertanggungjawab dan tinggi common sense di hari esok.
Ads
Bukan semata-mata menyuruh demi memudahkan tugas kita pada hari ini.
Kita suruh anak sana-sini. Tapi kita kat tepi dok goyang kaki.
Didikan kita mungkin membentuk bakal dewasa yang menyakitkan hati. Atau dewasa yang disenangi.
Saya doakan, mak ayah yang membaca ini dikurniakan kekuatan dan ilmu yang betul untuk mendidik anak-anak yang cemerlang di dunia. Dan bahagia di akhirat.
Mingguan Wanita : Tak salah jika mak ayah mendidik anak-anak melakukan kerja-kerja rumah, namun janganlah melampaui batas.
Suami terlalu lama bergantung hidup pada isteri. Inilah yang berlaku sekarang ini. Kebanyakan isteri bekerja dan sebahagian gajinya digunakan untuk membantu suami untuk urusan rumahtangga.
Mungkin ada juga suami berkemampuan untuk bayar semua itu. Tapi jenis isteri yang tidak kisah dan ingin berkongsi sedikit sebanyak membahagikan keperluan rumah dengan mengeluarkan wang gajinya.
Namun, ada juga suami yang lepas tangan hingga segala tanggungjawab yang sepatutnya di bahu suami diserahkan sebulat-bulatnya pada isteri.
Sekali dua mungkin tiada apa-apa bagi isteri. Tapi bila dah selalu dan isteri pula yang memikul tanggungjawab ini, ia boleh beri kesan pada isteri. Lama-kelamaan isteri boleh hilang rasa hormat pada suami sebab dia pula yang jadi ‘ketua keluarga’.
Suami Terlalu Lama Bergantung Pada Isteri, Bertanggungjawablah!
Perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini mengingatkan pada suami di luar sana supaya lebih bertanggungjawab dan jangan biarkan isteri yang uruskan segala hal-hal rumahtangga.
1. Kita jadi lelaki nie, bukan sebab kita beli beras dan ada lato lato sahaja. Kita jadi sebab lelaki itu datang dengan tanggung jawab.
2. Kita gagah, hebat, kuat, baik, ensem macam Kim Dong Jun pun. Jika tak bertanggujawab susah pasangan kita nak hormat.
3. Kita jumpa ramai, muka tak ensem, hidup sederhana tapi dialah tulang belakang keluarga. Semua dia usaha beli semua benda sampai ‘kering’.
4. Dia tak boleh beli benda benda mewah buat bini. Tapi semua benda asas keluarga dia usahakan beli.
5. Bayar kereta, rumah, makan, pakai, anak semua dia usahakan. Kadang, dia nak tukar baju setahun sekali pun susah. Sebab dia rasa bertanggujngawab.
6. Percayalah, dia akan ‘dapat’ penghormatan dari isteri.
Kawan kawan,
Lelaki ini memang itu fitrahnya.
Jika hari ini kita masih bahas, “Apa salahnya kongsi sama suami isteri”.
Benar, tiada salahnya.
Tetapi jika terlalu lama kita bergantung hidup pada isteri.
Rasa ‘hormat isteri pada kita’, akan berkurangan dan akan diam diam hilang.
Penghormatan ini bukannya diminta, tetapi diperolehi oleh sang suami bila dia menjaga keluarganya dengan baik.
Jaga keluarga kita dengan baik.
Sediakan rumah kecil yang baik dan selesa buat keluarga kita.
Kata Mary Martin,
Perkawinan adalah sebuah lembaga untuk saling menghormati dimana isteri selalu benar, dan yang salah itu selalunya menjadi suami.
Mingguan Wanita : Tak salah nak kongsi suami isteri tapi janganlah terlalu lama bergantung pada isteri. Usahalah sebab ini adalah tanggungjawab ketua keluarga.
Rata-rata orang perempuan yang dah bergelar isteri akan alami masalah ini; ‘Lepas Kahwin Je Mesti Gemuk’. Bila dah mula kena tegur dengan kawan-kawan, adik beradik malah mak ayah, mulalah anda gelabah. Cari segala macam teknik diet yang boleh diamalkan. Kadang tu sampai sanggup tak makan nasi dekat dua minggu. Tapi yang stressnya badan tetap begitu. Paling seram makin naik.
Mana silapnya ya? Anda pun tak faham kenapa dah cuba cara diet yang ditemui di facebook, IG, twitter malah website kesannya tetap ‘kosong’… tak berubah. Jangan salahkan semua itu, tapi lihat dulu kenapa hal ini (masalah naik badan) boleh berlaku pada anda. Coach Syai Aizat berkongsi 3 sebab ini yang memang anda akan buat ketika bahagia menguasai diri.
Lepas Kahwin Je Mesti Orang Gemuk?
Selalu kita lihat orang naik berat badan selepas berkahwin.Kenapa jadi macam tu?.Adakah itu side effect kahwin?
.
Okay biar syai share sikit.Sebenarnya kahwin tidak salah dan bukanlah penyebab anda naik berat badan dan ada yang kata mungkin kesan daripada “hubungan suami isteri” yang menyebabkan perempuan naik berat badan.
.
Sebenarnya ia adalah tidak benar.Cuba anda semak semula aktiviti anda seharian selepas kahwin. Apa perbezaan sebelum kahwin dan selepas kahwin?
.
Selalunya orang selepas kahwin dia akan ada satu cabaran baru iaitu ‘Rasa bebas pemakanan selepas dah ade suami’
1. Aku Dah Ada Suami Yeeah!
So masa ni aku nak makan segala-galanya sebab aku dah ade suami? dulu tak ada suami kenalah jaga body sikit..
2. Selepas Kahwin Adalah Satu Perkara Yang Paling Sweet Bila…
?makan sama sama?. Ya makan sama tu tak salah malah lebih bagus mengeratkan hubungan keluarga. Masalahnya sebelum suami balik rumah awak dah makan nasi 2 pinggan. Lepas suami balik awak makan lagi 2 pinggan.
3. Makan Lebihan Anak
‘Makanan anak makanan mak, Makanan mak makanan mak jugak’. Okay ini adalah satu lagi cabaran untuk seorang yang sudah berkeluarga.Sebab kebanyakkan makananan anak tak habis so terpaksalah si ibu atau ayah habiskan pemakanan mereka.
Apa Yang Cuba Saya Sampaikan
Apa yang menyebabkan anda naik berat badan selepas kahwin adalah akibat daripada pemakanan anda yang tidak betul bukan la side effect selepas kahwin. Sekiranya anda masih kekalkan habit menjaga kesihatan selepas kahwin anda pasti tidak akan naik berat badan.
Asal nama peperiksaan, yang bakal mendudukinya akan rasa debaran yang tak tau nak ‘habaq’. Macam ada ‘kupu-kupu’ dalam perut. Seram sejuk.
Cikgu Mohd Fadli Salleh, kongsi amalan doa yang boleh redakan rasa cemas lagi kalut dalam dewan peperiksaan itu. Lagi-lagi bulan September ini anak-anak darjah 6, bakal menduduki kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Bolehlah mak ayah minta, anak-anak amalkan doa ini. Moga urusan anak-anak kita dipermudahkanNya.
Teringat pesanan PU Salman ceramah tahun lepas, dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.
Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.
Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.
1) Sebaiknya berwuduk dahulu. 2) Ambil segelas air kosong. 3) Baca Surah Al A’la ini. 4) Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air. 5) Sambung bacaan hingga akhir ayat. 6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Sangat baik diamalkan dipagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.
Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.
Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.
Silalah #SHARE ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh, #MFS – Memberi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru. –
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!