Ada Benda Kena Belajar Tahan Mulut, Itu Makanan! Jangan Sampai Menghina Rezeki Tuhan

Share

Sebenarnya ada benda kita kena belajar tahan mulut, apatah lagi itu makanan! Jangan sampai kita menghina rezeki Tuhan.

Menghina atau tidak suka makanan berbau, hanyir, tak sedap bukan saja terhenti pada sifat dan barang tetapi seolah-olah mak,ayah menghina rezeki Allah.

Jadi sebaiknya berkata sesuatu, fikirkan perasaan orang lain yang gemarkan makanan tersebut. Tak kiralah walaupun kita tak suka sekali pun, diam-diam sudah. Tak salah kan.

Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop ini dan fahami apa yang dia sampaikan:

Itu Makanan! Jangan Sampai Menghina Rezeki Tuhan

“Sorry la. Tak makan ikan sungai. Hanyir”.

“Aku takkan makan petai plastik tu. Hancing”.

“Eiii…kuatnya bau tempoyak ni. Pening”.

“Makanan sini semua tak sedap. Tak puas hati langsung aku”.

“Ikan jenis macam tu aku bagi kucing aku je makan”.

Ada. Memang ada orang macam ni. Apa saja yang dia punya, bagus. Apa saja yang orang ada, tak elok. Menghinanya tu bukan setakat terhenti pada sifat dan barang, lalu akhirnya jatuh pada menghina rezeki Tuhan. Makanan.

Jangan Menghina Kesukaan Orang Lain

Saya ingat lagi seorang kawan ni. Suka makan rebung. Satu hari masa dia tengah makan dekat dalam pantri, ada kawan lain masuk. Kawan yang ni kata,” Eh…apa bau hancing ni?”. Saya tengok kawan ni tutup bekas makanan dia. Perlahan-lahan pergi buang dalam tong.

Lepas tu setiap kali makan, dia duduk di kaunter atau kantin. Makan sorang-sorang. Malu nak join makan dalam pantri lagi.

Ada Benda Kena Belajar Tahan Mulut

Dulu ada seorang kawan ayah saya pernah datang ke rumah. Dia bawa makanan 2, 3 bekas dari kampung. Kawan tu suruh panaskan, makan sama-sama. Masa nak panaskan tu, salah satunya basi.

Saya tengok ayah ambil, simpan dekat tempat beku.

Masa kawan itu tanya mana lagi satu lauk, ayah saya bukak peti dan tunjuk makanan dekat tempat beku tu.

“Ni lauk dah banyak. Yang ni aku simpan tempat beku. Ini favorite aku ini. Aku panaskan sikit-sikit kemudian nanti”.

Baca Juga Di sini:

Supportlah Orang Berniaga Tepi Jalan Jangan HINA Mereka Cari Rezeki Untuk Keluarga!

Amalkan 5 Doa Ini Setiap Hari Untuk Dipermudahkan Rezeki Tak Putus-Putus

Amalkan Sedekahkan Al Fatihah Pada Orang Tua. Antara Petua Rezeki Melimpah Ruah

Bila kawan dia dia sudah balik, baru ayah buang lauk itu.

Dulu saya tak faham. Kenapa tak cakap jujur saja makanan itu basi. Kan berkata benar itu benar.

Sekarang bila saya sudah tahu masak. Sudah tahu penatnya masak. Dan sudah tahu penatnya cari duit untuk beli barang masak. Juga tahu masak itu bukan setakat masak tapi ada ingatan, kasih sayang, panas, letih dan semuanya, saya faham. Apa yang ayah buat itu betul.

Menjaga Hati Adalah Pilihan Yang Baik

Kita ada baki sikit pun makanan yang kita masak sudah tak elok, sayang dan sedih rasa nak buang. Apatah lagi kalau makanan satu bekas sudah rosak.
Tentu kawan itu pun akan suruh buang kalau tahu makanan itu basi. Pasti dia tak teragak-agak suruh letak dalam tong sampah.

Tapi memikirkan susah payah, ingatan, seronoknya, bahagianya dia masak nak bagi kawan jauh dia ni makan, menjaga hati dia adalah pilihan yang lebih baik pada masa itu.

Sifat ayah itu menjadikan kami rasa semua makanan sedap. Tak ada yang tak sedap. Semua okay. Masin, tawar, manis, pahit, cukuplah rasa di tekak. Lalu simpan di hati.

Tak Perlu Sebut

Suka, makan.
Tak suka, sorok-sorok letak tepi.

Ada benda. Kena belajar tahan mulut kita. Lagi-lagi benda milik orang. Yang kita, suka hati kitalah kita nak komplen apa. Yang orang punya, tahanlah.

Jangan sebut.

Itulah akhirnya tanda kita orang yang memiliki adab dan peribadi.

Siti Suryani Yaakop
#kaknis

MW: Kadang-kadang kita tak terniat nak melukakan hati orang lain, namun orang yang ditegur pasti terasa. Min pun pernah kena tegur makan petai, terus tutup bekas makanan dan terus hilang selera makan. Sentap!

Sumber: Siti Suryani Yaakop

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

 

Published by
Nur Syazwani Mehat