Ramai mak-mak menggunakan puting sebagai alat penenang kepada bayi semenjak dahulu lagi. Walaupun hari ini ibu bapa banyak didedahkan kepada keburukan penggunaan puting, namun ia tetap digunakan secara meluas dan semakin meningkat. Malah melalui satu kajian melaporkan bahawa dua per tiga ibu menggunakan puting.
Lazimnya puting diberi kepada bayi berusia dua hingga tiga bulan. Bukti juga menunjukkan bahawa ibu bapa cenderung memberikan puting jika bayi itu bayi pertama atau jika bayi itu lelaki. Berikut pro dan kontra terhadap penggunaan puting
Seiring peningkatan kematian mendadak kepada bayi, puting dipercayai dapat menyelamatkan nyawa bayi. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan mak ayah harus segera memberikan anak puting ketika baru menangis. Apabila berhenti menangis, lepaskan puting untuk mengelakkan menjadi kebiasaan.
Jika bayi anda jenis yang mudah menangis dan puting satu-satunya yang boleh membuatnya berhenti menangis, sebaiknya berikan puting kepadanya. Ini membantu menenangkan buah hati anda.
Bagi mereka yang pro puting, puting mampu memberi kepuasan refleks hisapan bayi. Ada juga ibu baru yang tidak bersedia menerima risiko ketika memberhentikan penyusuan badan. Jadi puting adalah satu-satunya alat memuaskan hasrat menyusu bayi.
Menghisap puting juga boleh membantu sesetengah bayi pramatang. Jika mereka diberikan puting untuk dihisap sebelum meminum susu, mereka mungkin boleh beralih dengan lebih senang daripada melalui tiub kepada penyusuan botol. Bayi pramatang yang diberi puting sebelum menyusu menjadi lebih selesa dan tenang semasa disusukan dan selepasnya.
Puting dipercayai menyebabkan jangkitan telinga pada bayi. Menghisap puting menambah kemungkinan jangkitan berpindah dari mulut ke tiub eustachia iaitu saluran berisi udara yang menyambungkan telinga tengah dengan bahagian belakang tekak.
Puting telah dikaitkan dengan risiko tinggi mendapat simptom seperti muntah-muntah, demam, cirit-birit dan kolik.
Doktor gigi tidak menggalakkan penggunaan puting kerana boleh menyebabkan beberapa masalah apabila gigi tumbuh.
Penggunaan puting tidak membolehkan bayi membebel yang merupakan langkah penting dalam mereka belajar bertutur. Ia juga tidak menggalakkan bayi berlatih berceloteh yang diperlukan mereka untuk membina kemahiran berkomunikasi.
Bukti juga menunjukkan bahawa ibu yang menggunakan puting lebih cenderung untuk bercerai susu lebih awal. Penggunaan puting telah dikaitkan dengan masa yang lebih singkat bagi penyusuan badan secara eksklusif.
Sebenarnya ada mak-mak terpaksa bagi puting kosong kepada anak kecil hanya sebab mahu anaknya diam atau berhenti menangis.
Namun bimbang juga kalau anak susah nak lepas dan ini boleh bagi kesan yang buruk kepada pertumbuhan gigi si kecil.
Perkara penting ibu bapa perlukan tekankan bagi anak yang suka hisap puting, pastikan anda menekankan ciri-ciri keselamatan seperti ini…
Usah pandang remeh, anda kena steril puting kosong sama seperti puting botol. Apatah lagi puting kosong kerap digunakan bayi.
Sebaiknya anda menggantikan puting kosong bayi secara kerap. Pastikan puting tidak pecah atau berlubang yang boleh menjadi punca kuman merebak. Kalau tengok ada kesan itu, gantikan dengan puting baru secepat mungkin.
Jangan terlalu bergantung kepada puting, bimbang sekiranya penggunaan puting kosong untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan infeksi kepada telinga. Jika bayi diserang kolik atau sedang menangis, anda boleh bagi puting.
Beri puting kosong apabila bayi anda memerlukan puting kosong sahaja. Jangan biarkan anak anda terlalu bergantung kepada puting, risau jadi satu tabiat dan payah nak ‘cerai’ hisap puting.
Cuba pisahkan anak anda daripada puting kosong kesayangannya sebelum usia satu tahun. Seeloknya sebelum gigi kekal keluar dan jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat.