Ramai yang masih keliru konsep penyakit darah tinggi. Perkongsian daripada Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini menjelaskan dengan lebih mudah akan gambaran penyakit ini. Jangan buat main-main atau buat-buat aku tak sakit, sebab penyakit ini boleh jadi pembunuh senyap jika tak dikawal dengan betul dari awal.

Ada Atau Tak Simptom Darah Tinggi Checklah BP Sebulan Sekali, Dr Ini Jelaskan Kekeliruan Konsep ‘Pembunuh Senyap’

Penyakit darah tinggi bermakna tekanan darah kita secara konsisten tinggi. Tak kisahlah ada simptom atau tak ada simptom. Konsep ini yang masih ramai keliru.

Ramai yang rasa OK, tak ade pening/sakit kepala, tak ada sakit tengkuk.. maka confident kata dia tak ada darah tinggi. Memang benar, majoriti yang tekanan darahnya tinggi, akan ada simptom simptom tu, tapi tidak semestinya kena ada.

Yang tak ada simptom ni yang bahaya. Banyak kali kita jumpa orang yang tiba tiba collapse / kena stroke, bila check BPnya 200+ ..sedangkan selama ni dia rasa OK aja..

So, camana nak kesan kalau tak ada simptom?

1. At every opportunity kalau jumpa doktor, check BP. Kalau doktor tu tak check, kau minta tolong dia check.

2. Ataupun, at least sebulan, 2 bulan sekali. Gi check BP. Saja je check. Sama ada kat klinik / farmasi / pinjam BP digital sedara punya.

3. Kalau tekanan darah ( blood pressure, BP) konsisten tinggi setelah diambil beberapa siri bacaan secara berkala, maka diagnosis darah tinggi akan dibuat. Bila BP didapati tinggi,maka pantaulah. 3 kali seminggu atau selang sehari. Kalau ada digital BP set sendiri, lagi senang, pantau hari-hari, buat catatan.

Single reading yang tinggi kita tak diagnose darah tinggi.

Mungkin masa tu tengah penat, stress, lepas gaduh dengan boyfren.
At least 3 reading yang kekal tinggi kalau ikut saranan pakar.
Pantaulah pada waktu yang berbeza, contohnya hari ni Isnin, check pagi, lusa Rabu check petang, Jumaat check malam. So kita boleh cover variasi normal perubahan BP kita. Sebab early stage darah tinggi, BP kita bukan sentiasa tinggi.

Dan make sure bacaan di ambil masa kita tengah fit, maknanya tak demam/ tahan sakit, tak penat,bukan baru lepas makan/berlari. Dan cara ikat cuff kat lengan ( bagi yang guna digital BP set kat rumah) kena betul. Aku susah nak ajar online, korang tanya doktor korang untuk hands on practical.

IKLAN

Kedua-dua tekanan atas ( systolic) & bawah ( diastolic ) perlu dikawal. Kalau tak ada masalah kesihatan lain, tekanan systolic tak boleh lebih 140, manakala diastolic tak boleh lebih 90. Kalau ada penyakit lain seperti diabetes, kawalan BP kena lebih ketat, systolic at least dapatkan 130 ke bawah, diastolic 85 ke bawah.

Ramai yang tanya, apa tekanan atas & bawah tu.

Systolic pressure tu ialah tekanan masa jantung tengah pam darah keluar…Diastolic pressure pula masa jantung tengah relax (sejurus sebelum mengepam semula, darah akan masuk penuhi jantung).

Betul ke kalau makan ubat darah tinggi, selalunya tak boleh stop?

Ya betul 😛
Sebab ramai yang tak mampu nak komited jaga makan + regular exercise. So nak tak nak kenalah makan ubat.

Boleh ke stop ubat?

Boleh, kalau dengan usaha istiqomah jaga makan + exercise, kita dapat kawal BP. So boleh stop ubat sebenarnya.

Boleh ke makan ubat on off / selang sehari / ikut suka aku?

IKLAN

Tak boleh. Memang kelakar, ramai yang makan ubat ikut simptom, rasa sakit kepala, dia makan. Jangan tak percaya, ada doktor yang aku tahu pun makan style camni tau..hahaha
Kalau makan, kena makan hari-hari ikut dose. Kalau tak makan, tak yah makan langsung.
Penyakit kronik macam darah tinggi / diabetes ni, cara makan ubatnya bukan macam kita makan Panadol. Kita rasa pening / demam, kita makan Panadol. Bila OK, kita stop. No, kalau makan ubat darah tinggi, tak boleh suka suki stop.

BP saya dah OK bila check. Saya dah sembuh ke darah tinggi? Boleh stop ubat?

Jawapannya, BP kau cantik sebab ubat. Boleh cuba stop ubat untuk seminggu, dan macam aku tulis kat atas, semasa stop ubat tu kau teruskan gaya hidup sihat ( jaga makan, exercise regularly , kawal stress, bla bla bla) dan pantau BP setiap hari. Genap seminggu pantau BP tak naik, so Insya Allah kau boleh stop ubat ( yakni darah tinggi kau masih ada, tapi terkawal dengan life style modification)

Saya takut makan ubat. Nanti buah pinggang rosak.

OK, ini dah acap kali aku bebel. Haha.
Buah pinggang rosak sebab komplikasi darah tinggi yang tak dikawal. Ubat tak rosakkan kidney, Kidney rosak sebab BP selalu tinggi. Dan sepanjang kita makan ubat-ubat untuk penyakit kronik ( contoh: darah tinggi / diabetes), memang secara berkala at least 6 bulan sekali kita pantau fungsi kidney & hati ( menerusi ujian darah). So, no worries.

Aku nak makan daun misai kucing / belalai gajah /etc etc

Jawapan aku: Silakan.Itu usaha kita, Tapi jangan pula kau terus stop ubat doktor sebab nak cuba teh misai kucing. Again, kalau stop ubat doktor dah seminggu dua, dan dalam tempoh tu kau ubah lifestyle + minum misai kucing, dan BP well controlled, so..go ahead la…stop je ubat darah tinggi.Keyword:Make sure sentiasa pantau BP. Jangan terus berpuas hati,langsung sebulan dua tak check BP.

Saya nak try product X. Ok ke?

IKLAN

Jawapan aku, wallahualam. Aku no komen. Tapi secara peribadi ( dan mana mana doktor pun akan jawab sama), toksah la percaya produk-produk ni.Kalau nak makan juga, up to u.

Ada Atau Tak Simptom Darah Tinggi Checklah BP Sebulan Sekali, Dr Ini Jelaskan Kekeliruan Konsep ‘Pembunuh Senyap’

5 Sebab BP Tak Mau Turun

Aku puas dah control masin….makan ubat doktor..tapi BP degil lagi takmau turun…apa masalahnya?

Banyak kemungkinan:

1. Tak Cukup Lagi Usaha Ubah Lifestyle

Maknanya, masih tak betul-betul jaga makan. Ingat ya, garam yang tersembunyi ni pun culprit. Kita tak rasa masin, tapi content garamnya tinggi. Kat mana? Kat makanan dalam botol / tin. Segala benda makanan macam ni, nak di preserve supaya tahan lama, memang letak garam. Tak caya? Baca ingredient pada botol sos tomato, mesti ada Sodium, padahal sos tomato tak masin pun.

Ataupun tak cukup exercise. Jogging sebulan sekali. Mana cukup. Kalau tak boleh seminggu 3 kali (minimum), at least usahakanlah dulu seminggu sekali.

2. Faktor Umur

Bila makin tua, saluran darah makin keras dindingnya. Jadi tak flexible, So, darah nak lalu kena high pressure. So,kalau umur dah 40 + ke atas, sometimes, jaga diet + exercise sungguh-sungguh but still BP tak cantik, memang maaflah..tak boleh buat apa…faktor fitrah dah tua…nak tak nak kena juga makan ubat.

3. Faktor Penyakit Lain

Ada keadaan kita panggil Secondary Hypertension. Maknanya, kita ada darah tinggi sebab kita ada penyakit lain. Contohnya, ada penyakit Hyperthyroid ( hormon thyroid terlebih), memang boleh ada darah tinggi. So, kena kawal penyakit hyperthyroid ni dulu, baru boleh terkawal BP.

4. Resistance Hypertension

Maknanya, memang kita diuji dapat sakit darah tinggi yang luar biasa. Yang memerlukan kombinasi 2-3 jenis ubat darah tinggi. Yang memerlukan rujukan pakar endokrinologi. Pesakit dalam kategori ni memang tak boleh buat apa, jogging jaga makan macam mana pun, kalau makan sejenis ubat darah tinggi, BP memang masih tak cun.

5. Faktor ubat

Sesetengah ubat bila diambil, boleh menaikkan tekanan darah. So, kalau makan ubat-ubat ni, kena pantau BP.
Contohnya ubat pil perancang.
Contoh lain, ubat tahan sakit, yang mana sesetengah orang bila makan pain killer ( contoh; Ponstan / Voltaren / Ibuprofen), menyebabkan air berkumpul dalam badan ( water retention), dan ini menyebabkan BP naik.
Caffeine. Ini kontroversi dan masih banyak on going study. Sebab ada yang kata ia boleh kurangkan BP, dan ada kata naik kan BP. Secara peribadi, aku advise toksah la ambil berlebihan. Janganlah togok air kopi pagi petang malam. Nanti diabetes pun boleh datang.

Sumber/Foto: Khairul Faizie Mohammad Kamar via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI