Mengapa Latok atau Anggur Laut mula jadi pilihan ramai setiap kali mengunjungi Sabah? Sedapkah ia apabila dimakan? Dan apakah kebaikannya bila dimakan?
Latok atau Anggur laut secara saintifiknya disebut Caulerpa lentillifera dari keluarga alga hijau atau rumpai laut. Disebabkan rupa fizikalnya hampir serupa mereka dengan buah anggur hijau, ia disebut anggur laut.
Nama lainnya adalah sea grapes, umibudo, green caviar, arosep dan banyak lagi. Warna anggur laut berbeza dari hijau muda ke hijau tua. Kadangkala ia berwarna hijau zaitun atau kebiruan.
Anggur Laut ini boleh dimakan begitu sahaja. Biasanya ia dijadikan bahan dalam sushi, sup dan salad. Ia juga boleh dipadankan dengan ikan dan kadangkala dimakan dengan kekapis, tomato dan sebarang sayuran hijau.
Artikel berkaitan:
Bolehkah Guna Tomato Sahaja Sebagai Bahan Utama Menjaga Kulit?
Sumber Serat Berzat Tinggi, Patutlah Ramai Buat Sendiri Tauge Kacang Hijau!
TIGA Jenis Buah Tembikai Ini Khasiatnya TERBAIK, Sedap Tidak Terkata!
Anggur Laut dikatakan kaya dengan protein, kalsium dan asid lemak poli tak tepu yang ditemui dalam kumpulan omega3 (DHA, EPA, ALA), yang dikatakan berkesan dalam melegakan keradangan dan mengurangkan gejala-gejala arthritis.
Anggur Laut mengandungi asid lemak tak tepu seperti AA, LA, DHA, EPA dan ALA yang dikatakan mampu membantu menguatkan penglihatan dan ingatan, mengurangkan kolesterol, meningkatkan keanjalan saluran darah, mencegah pengoksidaan, mengekalkan struktur kolagen arteri, mencegah penyakit kardiovaskular seperti strok, aterosklerosis, dan infarksi miokardium (serangan jantung).
Anggur Laut, kaya dengan kalsium, kalium dan vitamin C, berkesan untuk mengurangkan tekanan darah kerana kemampuannya untuk mempromosikan perkumuhan dan mengekalkan tekanan darah normal bagi orang-orang dengan tekanan darah tinggi.
Selain vitamin C, Anggur Laut juga dikatakan mampu membantu mengawal kadar gula dan aktiviti radikal bebas, menurunkan pengumpulan sorbitol intrasel dan menghalang pengikatan glukosa dan protein, mengurangkan komplikasi diabetes.
Anggur Laut dikatakan amat rendah kalori dan gula, membolehkan bakteria baik untuk mencerna makan dan mengumuhkan bahan buangan dengan cepat sekaligus berkesan dalam mencegah sembelit.
100 g Anggur Laut mengandungi kira-kira 1.8 mg iodin. Pengambilan 30 gram Anggur Laut sehari dikatakan menyediakan iodin yang diperlukan oleh tiroid, sekaligus membantu mencegah goiter atau pembesaran kelenjar tiroid yang menyebabkan bengkak di bahagian hadapan leher.
Lemak di dalam Anggur Laut membantu melindungi membran sel, meningkatkan keanjalan dan menurunkan kebolehtelapan dinding pembuluh untuk mengurangkan gejala kulit kering. Kaya dengan vitamin A, C, Anggur Laut dikatakan mampu menghasilkan kolagen dan antioksidan yang dianggap sebagai kosmetik semula jadi yang membantu memperbaiki kulit, rambut dan melambatkan proses penuaan.
Anggur Laut dikatakan kurang gula tetapi kaya dengan kalsium, zink, besi, protein sayuran, vitamin C dan asid lemak poli tak tepu yang dipertimbangkan sebagai makanan selamat dan berkhasiat untuk mereka yang berdiet dan mempunyai berat badan berlebihan.
Fucoidan adalah bahan semulajadi yang banyak di dapati di dalam pelbagai bentuk rumpai laut. Ia dikatakan sebagai bahan antikanser.
Tidak ada sebarang kesan sampingan memakan Anggur Laut. Namun begitu seperti makanan-makanan lain,pengambilannya perlulah diambil secara sederhana bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Sumber: drhealthbenefits.com