Ada 5 Cara Lenyapkan Blackhead Dan Jerawat Guna Baking Soda

Baking soda bukan saja berguna untuk masakan, tapi mencantikkan wajah pun dia ‘champion’. Dengan 5 cara merawat wajah guna baking soda ini, mak-mak akan dapat kulit yang halus dan licin. Tapi ada syarat, kaedah ini cuma sesuai untuk mereka yang kulit jenis normal.

Mereka yang ada kulit jenis terlalu sensitif tak digalakkan mencuba tutorial yang dikongsikan oleh Rohani Ahmad (Ciknie) ini.

Siyes la awakkkk. Mula mula ciknie ingat baking soda untuk buat kek je. Hari tu ciknie lepak kat gugel, saja nak cari resepi meng-cantik kan muka ni secara natural. Muka ciknie memang tak ada jerawat hinggap tapi sometimes blackhead dan whitehead timbul tenggelam juga. Rasa tak syiok bila pegang kulit muka sendiri sebab menggeretu macam jalan tar.

Nak tau kenapa Baking Soda BERKESAN mengurangkan blackhead dan jerawat? Okay macam ni Baking Soda atau juga di kenali sebagai Natrium Bikarbonat bekerja sebagai agen pengelupasan kulit. Ia mengandungi ZERO bahan kimia, dan bekerja sebagai pembersih yang berkesan membuatkan kulit kita lembut dan licin.

5 Cara Licinkan Kulit Muka Guna Baking Soda

Ciknie guna campuran Madu + Baking Soda + Garam. Siyesss, licin gilaaa muka aiii. Uolsss patut try tau! Dah cuba nanti share la dengan ciknie macam mana resultnya, boleh?

Penting : Selepas penggunaan mask ni di sarankan pakai pelembap muka ya. Sebab baking soda sedikit mengeringkan kulit muka. Kalau kulit terlalu sensitif Ciknie tak galakkan ikut tutorial ni.

Yang ni campuran yang Ciknie buat.

Ads

Campurannya:

1 sudu teh baking soda
1 sudu teh madu
2 sudu teh garam halus

Lumur pada tempat bermasalah dan massage manja-manja, biarkan selama 5 minit lepas tu cuci dengan air suam. Lepas tu pakai juga pelembap muka ya.

Baca Sini : Soda Bikarbonat Kalau Sapu Di Muka Hilang Habis Jeragat, Syaratnya Guna Masker Skrub 2 In 1 Ni

 

Ads

 

Ada 5 Cara Lenyapkan Blackhead Dan Jerawat Guna Baking Soda
Ciknie lumur muka dengan campuran tadi tapi ciknie suggest uols sapu pada muka dengan cara bulatan kat tempat yang bermasalah. Jangan kasar sangat ya nanti hakis kulit muka. Buat manja-manja gitew.

 

 

Ada 5 Cara Lenyapkan Blackhead Dan Jerawat Guna Baking Soda
Campur kan baking soda + air sampai jadi paste. Lumur kat muka biarkan selama 3 minit lepas tu massage secara lembut dan manja kat tempat yg ada blackhead & whitehead. Baru la cuci dengan air biasa dan pakai pelembap muka.
Untuk muka berjerawat sapukan paste tadi kat tempat yang berjerawat dan biarkan ia kering baru cuci. Amalkan seminggu 2 atau 3 kali, jerawat tu akan mengecut. Insya Allah.

 

Ads

 

Ada 5 Cara Lenyapkan Blackhead Dan Jerawat Guna Baking Soda
Campurkan baking soda + cuka epal sampai jadi paste dan lumur pada muka, biarkan ia selama 30 minit baru cuci.
Amaran: Jauh kan dari kawasan mata.

 

Baking Soda Campur Ubat Gigi Pun Menjadi!

 

Ada 5 Cara Lenyapkan Blackhead Dan Jerawat Guna Baking Soda
Campurkan baking soda + ubat gigi sampai jadi paste. Lumur pada tempat bermasalah dan ambil berus gigi yang bulunya paling lembut sekali, gosok gosok manja kat tempat berkenaan selama seminit. Cuci dengan air biasa dan pakai pelembap muka.

 

 

Ada 5 Cara Lenyapkan Blackhead Dan Jerawat Guna Baking Soda
Yang ni pula campuran:
2 sudu makan gula
2 sudu makan baking soda
1/4 jus lemon
Gaul sampai jadi paste dan lumur manja pada tempat bermasalah. Biarkan ia selama 15 minit dan cuci dengan air suam. Pelembap muka jangan lupa sapu.

 

Sumber/Foto : Facebook Rohani Ahmad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI