Kita fikir bersedekah hanyalah dengan memberi duit kepada orang yang tidak berkemampuan. Tak kisah berapa jumlah duit asalkan seikhlas hati. Itulah yang sering bermain dalam fikiran. Sedekah hanyalah dengan memberi duit sahaja.
Jangan fikir itu sahaja untuk bersedekahsebab ada bermacam-macam cara yang kita tidak sedar dalam memberi sedekah. Mungkin dengan memberi air kepada anak kecil pun dikira sedekah. Jangan sempitkan pemikiran dengan mengatakan sedekah hanyalah berasaskan duit semata-mata.
Sebenarnya, ada banyak cara yang boleh kita lakukan dalam memberi sedekah. Mungkin dalam sehari-hari kita tidak sedar, apa yang kita buat itulah dikatakan sedekah. Jom, kita tengok cara kreatif dalam memberi sedekah.
Ada kebanyakan masjid yang kita pergi untuk solat seperti ada kekurangan sabu macam kekurangan sabun. Kadang-kadang tasdas pun agak berbau kerana tidak ada pewangi. Jadi, ada baiknya kalau kita dapat belikan pencuci atau sabun pewangi. Letakkan di masjid yang berhampiran. Insya Allah, ramai yang dapat pakai. Itulah dikatakan sedekah.
Selain itu, masjid juga kekurangan selipar yang kita sellau gunakan untuk mengambil wuduk atau masuk ke dalam tandas. Apa kata, belikan beberapa pasang selipar jepun dan letakkan di masjid untuk kegunaan orang yang datang solat.
Biasa kita akan kumpul duit kertas, tapi, baki duit syiling selepas membeli itu bolehlah dikumpul atau simpan dalam tabung. Apabila tiba hujung minggu, keluarkan duit syiling tersebut dan sedekah kepada sesiapa sahaja.
Inilah yang paling mudah untuk kita lakukan. Contohnya, ketika membeli nasi lemak atau kuih muih yang berharga RM2. Kita buat bayaran dengan duit RM5. Bolehlah beritahu makcik atau pakcik simpan wang baki bayaran itu. Buatlah sekali, lama-lama jadi habit.
Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau pusat membeli belah, surau stesyen minyak dan masjid. Moga ia memberi manfaat untuk digunakan bersama. Selain itu, masjid dekat rumah kita, mempunyai banyak telekung tapi kotor. Kita boleh bawak balik basuh di rumah atau hantar dobi.
Baca Artikel Lain Menarik Di Sini: Sedekahlah Setiap Hari Walaupun Kita Hampir Tiada Apa-Apa. Besar Hikmahnya
Sedekah Terbaik Adalah Sedekah Pada Keluarga. Jangan Abai Nafkah Isteri Dan Anak
Info Lebih Menarik DI SINI
Walaupun kita tak bela kucing, kita boleh beli makanan kucing dalam paket kecil. Standby letak dalam kereta. Bila kita turun ke RnR atau mana mana perhentian untuk makan, ternampak kucing terbiar di tepi jalan boleh bagi makan kucing. Berbuat baiklah pada kucing makhluk kesayangan Rasulullah.
Allah S.W.T kurniakan kita kenderaan agar boleh berikan manafaat kepada ramai orang. Kalau kita ada kawan atau jiran yang nak pergi ke destinasi yang sama, tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep ‘carpool‘ pergi kerja juga salah satu konsep sedekah yang sangat bagus.
Mana-mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, biasanya mereka yang mendengar tidak membawa sebarang pen dan buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 dan diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manafaatnya sangat besar insha Allah
Sedekahkan Al-fatihah kepada suami, kedua ibu bapa kita, sahabat dan kenalan kita yang masih hidup dan yang telah meninggal.Jangan lupa bacakan al-fatihah untuk diri kita sendiri juga. Doakan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa.
Contoh, masa di airport kita ternampak ada suami isteri ini bertengkar. Kita terus submit doa semoga Allah lembutkan hati dan datangkan kasih sayang supaya mereka dapat cari jalan untuk selesaikan.
Bersedekah yang paling baik ialah kita dapat berikan sesuatu yang orang perlukan. Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik daripada sedekahkan naskhah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.
“Setiap kebaikan adalah sedekah”
Hadis Riwayat Muslim
MW: Ada macam cara yang kita boleh lakukan. Ini hanya 10 cara kreatif kita, mungkin ada cara lain yang biasa kita buat dan tanpa kita sedar. Allahu’alam
Sumber: Majlis ilmu