Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, selebriti versatil, Acong Sweetchild mencari inisiatif lain demi kelangsungan hidup.
Akui pendapatannya terjejas dan wang simpanan semakin berkurangan disebabkan kekangan untuk keluar bekerja berikutan penyanyi, pelakon dan pelawak ini mendapat idea menjual pai keju.
Idea menghasilkan pai keju untuk dijual secara dalam talian oleh isterinya, Marya Zuraida, ternyata memberi harapan baharu kepada vokalis Sweetchild itu untuk menambah pendapatan.
Menurut Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat, 48, dia tidak menyangka pai keju pelbagai perisa hasil air tangan isterinya itu, mendapat sambutan ramai.
“Saya berterima kasih kepada isteri kerana sama-sama cuba mencari jalan keluar daripada masalah kewangan ketika PKP kali ini.
“Kami berdua sering berbincang kerana sebahagian besar perbelanjaan harian kini menggunakan duit simpanan yang semakin susut.
“Apabila isteri bersemangat cuba menjual pai keju yang dipelajari daripada adik angkatnya, saya terus bersetuju dan alhamdulillah ia mendapat sambutan di luar jangkaan kami,” ujarnya yang turut menghantar sendiri barang jualan kepada pembeli seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Acong turut menerangkan dia tidak pernah malu berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.
“Sejak dulu lagi, saya tak pernah malu pun berniaga kecil-kecilan untuk mencari pendapatan tambahan demi keluarga.
“Cuma bezanya dulu saya berniaga secara fizikal dengan menghadiri pelbagai ekspo jualan sehingga ke Singapura untuk menjual Kerepek Pisang Tanduk dan Cendol Santan Sawit yang diusahakan bersama isteri dan ibu.
“Ketika itu bila kita buka gerai jualan, memang orang terus datang serbu, tapi dalam talian situasinya berbeza. Jadi saya kena biasakan diri menggunakan pendekatan berbeza menarik pelanggan,” kata Acong yang menggunakan platform Instagram untuk mempromosikan produk jualannya.
Meluahkan rasa syukur apabila usaha tersebut membuahkan hasil, Acong berhasrat meneruskan perniagaan tersebut meskipun PKP berakhir nanti.
“Dua PKP terdahulu saya hanya berharap kepada duit simpanan untuk menampung kehidupan. Apabila memasuki PKP ketiga, saya mula bimbang sekiranya keadaan itu berterusan, kami akan berdepan masalah kewangan yang teruk.
“Jadi saya kira perniagaan ini adalah permulaan yang baik untuk kami. Insya-ALLAH saya berhasrat untuk terus mengembangkan perniagaan ini meskipun akan kembali sibuk dengan kerja-kerja seni selepas ini.
“Sokongan peminat dan pelanggan terhadap jualan pai keju kami cukup dihargai, sekali gus memberi semangat baharu kepada saya untuk terus bekerja keras pada masa akan datang,” ungkapnya.
Sumber Foto: Instagram Acong Sweetchild
Sumber: SinarPlus
Baca Disini Juga:
8 tahun Jadi Artis Sendu, Hati Tak Tenang & Jiwa Kosong, Hidayah Allah Sangat Mahal
“Ada Rezeki Lebih, Bantu Apa Yang Mampu Supaya Ramai Boleh Merasa” Elly Mazlein
Adab Jual Beli Durian, Mahal Atau Murah Usah Pertikaikan, Belilah Mana Yang Mampu
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com