Walau dah 12 tahun berlalu, kejadian pengasuhnya tinggalkan anak kecilnya yang umur setahun di rumah tanpa pengawasan orang dewasa buatkan ibu ini tak boleh nak lupa sampai hari ini. Dekat 6 bulan anaknya itu perlu melalui trauma sebegitu hampir setiap hari.
Memori menyayat hati ini Cik Puan Ammy kongsikan dengan Mingguan Wanita. “Dah pagi, mata tak mahu lelap. Tiba-tiba cerita tentang ‘pengasuh mental’ lalu depan wall. Sebenarnya Ammy pun pernah juga la terkena. Nasib baik tak lama dan Allah SWT melindungi anak Ammy.”
Kejadian 12 Tahun Lepas Segar Bugar Dalam Ingatan
“Anak sulung lelaki Ammy yang baru berumur 1 tahun, hantar pada seorang pengasuh umur dalam lingkungan 40-an. Waktu itu anak baru seorang dan kami suami isteri bekerja. Menetap pula di Melaka.”
Hampir 6 bulan makcik tu mengasuh anak Ammy. Sampai satu hari tu, tergerak hati nak ambil anak awal.
Suami call Ammy dan minta Ammy dapatkan kebenaran daripada majikan untuk balik awal. Suami jemput kat tempat kerja dan terus ke rumah pengasuh.
“Terkejut Ammy bila melihat anak Ammy masih pakai baju pagi tadi dan pampers penuh dengan najis ditinggalkan bersama anak berumur 8 tahun.”
Ibu Selalu Keluar Jam 8 Pagi, Tinggal Adik Sorang Sorang
Bila ditanya ibunya ke mana? Dia menjawab, “Ibu keluar pergi tolong pasang wayar kat rumah jiran…”
Anaknya becerita lagi, “Ibu selalu keluar jam 8 pagi. Tinggal adik sorang-sorang dengan susu. Kunci grill. Ibu pergi pasang wayar. Kalau saya balik sekolah, saya lah yang jaga adik sampai ibu balik pukul 5 petang. Nanti ibu balik bagi susu dan mandikan adik.”
Terkedu Ammy, patut lah masa Ammy jemput anak jam 5.30 petang, anak bersih je, wangi je. Nasib baik Allah SWT jaga anak Ammy.
Bila ditanya, makcik tu selamba je jawab, “Alaa… Makcik tinggal pun, pintu kunci. Selang 1 jam Acik balik jengok anak kau bagi makan. Bagi susu… elok je hidup.”
Ammy terdiam, masa itu suami Ammy dah gelisah tahan marah. Makcik tu buat anak Ammy ni macam haiwan. Kurung dan bagi makan. Kemudian tinggal macam tu je.
Kadang Benjol Kat Dahi, Tercalar Kat Tangan
Patut la anak Ammy kadang-kadang ada benjol la kat dahi, tercalar lah kat tangan, jari jemari ada kesan tersepit pintu.
Makcik tu kata anak Ammy lasak suka panjat almari. Lari sana, lompat sini. Bulat – bulat Ammy percaya. Ya Allah… Tak dipantau rupanya.
Patut la kadang kala anak Ammy meragam sakit perut, cirit birit dan adakalanya perut ada bunyi seolah – olah masuk angin.
Ditinggalnya dengan susu yang mungkin akan basi jika tidak diminum habis. Tak dapat Ammy bayangkan waktu – waktu anak Ammy jatuh tu, mesti dia meraung kesakitan sebab sendirian tiada yang pujuk.
Atau waktu jari dia tersepit, macamana dia lepaskan jarinya, pada umur yang sebegitu kecil. “Allahu… maafkan mama dan baba sayang.”
Suami Ammy tanya kenapa buat macam tu, tinggalkan anak sendirian, tak cukup ke gaji kami bayar sehingga boleh pergi buat kerja luar.
Makcik tu cakap cukup dan dia bukan pergi kerja. Dia tolong kawan – kawannya pasang wayar sebab bosan duduk ruma. Dan dia suka melepak dengan kawan-kawan di rumah jiran-jiran.
Apa kalian fikir… “Adakah makcik itu normal atau sebaliknya?”
Sumber/Foto : Cik Puan Ammy
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI