Achey & Isteri Mahu Buka Kedai Runcit, “Doakanlah Urusan Dipermudahkan”

Share

Pelawak terkenal Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya bercadang mahu membuka sebuah kedai runcit. Akuinya Pandemik Covid-19 memberi kesan bukan saja dari segi kesihatan malah juga ekonomi.

Sebagai selebriti Achey juga terkesan dan pendapatan dalam bidang seni juga turut susut kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun dia dan isteri tidak berpeluk tubuh malah berhasrat mahu membuka kedai runcit.

Achey & Isteri Mahu Buka Kedai Runcit Biasa

Difahamkan Achey dan pasangannya sudah lama berhasrat mahu membuka kedai runcit. Malah dia juga berasa seronok melihat kejayaan selebriti lain yang menjalakan perniagaan runcit seperti penyanyi, Lan Solo.

Contohi Lan Solo yang berjaya membuka kedai runcit, SOLO BORNEO MART (sumber foto-Instagram Lan Solo).

“Sebelum ini, saya memang berhasrat mahu membuka kedai aksesori motosikal, tetapi agak sukar pada musim pandemik Covid-19 ini.

“Jadi, saya ada berbincang dengan isteri untuk menjalankan perniagaan yang setiap masa memang diperlukan, iaitu kedai runcit.

“Seperti penyanyi, Lan Solo mempunyai barang khusus dijual, tetapi saya mahu membuka kedai runcit yang biasa sahaja. Saya sudah pun melihat beberapa kawasan yang sesuai. Doakanlah urusan saya dipermudahkan,” ungkapnya.

Baca Disini Juga:

Isteri Achey Aktif Berbasikal Kuruskan Badan “Kena Sihat & Steady, Bersedia Untuk IVF”

10 Tahun Menyimpan, Achey Berjaya Beli Rumah Impian Tiga Tingkat

Belum Capai Status Jutawan

Pada waktu yang sama, Achey juga menjelaskan dia belum mencapai status seorang jutawan, namun jika dihitung pendapatannya sejak mula berkecimpung dalam dunia seni, dia sudah bergelar seorang jutawan.

“Kalau dikira-kira dari tahun 2013, saya sudah jutawan tapi sejak kebelakangan ini susut sedikit pendapatan.

“Bukan hanya kesan daripada PKP, tapi saya banyak tanggungan terutama ibu bapa dan mentua.

“Adik-beradik pun kalau ada masalah kewangan saya akan tolong.

“Tapi, saya bukan boleh tolong semua. Saya akan tanya mereka susah dari segi apa, kalau boleh bantu saya akan bantu,” katanya seperti mana dipetik menerusi portal Harian Metro.

“Saya Rupa Paras Pun Tiada”

Achey baru-baru ini telah dilantaik sebagai duta Palut’s Superhero (produk Nangka Sangrai Crispy) bersama Saharul Ridzwan dan Zoey Rahman turut menyatakan kesyukuran walaupun kurang dari segi rupa paras namun bijak dalam mempromosikan sesuatu barang sehingga ada yang memberi kepercayaan melantik dirinya sebagai duta produk.

“Dari segi rupa paras pun tiada. Kita tahu industri hiburan ini memerlukan pakej. Jadi, saya cari mana pakej saya.

“Mungkin kelebihan saya dalam dunia media sosial saya dan cara mempromosikan sesuatu barang. Mungkin juga disebabkan itulah ada pihak yang nampak kelebihan saya.

“Alhamdulillah inilah kelebihan saya, jadi gunakan kelebihan ini untuk kelangsungan hidup,” akhirinya.

Sumber: Portal Harian Metro
Sumber Foto: Instagram Achey Kintangkintung

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh