Inspirasi

Abdullah Amir Ruddin kembali ke tahfiz. Teruja teruskan pengajian

Share

Kisah  Abdullah Amir Ruddin, 15 tahun  yang terselamat dari kemalangan pada 1 September lalu sememangnya menjadi bualan ramai apatah buat masyarakat yang prihatin terhadap kehidupan Abdullah dan abangnya. Kemalangan tersebut telah meragut nyawa ibu bapa mereka, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43.

Selain Fatimatulzahrah dan Seri Khadijah Aqilah, dua lagi adik mereka Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut terkorban. Hanya Abdullah yang terselamat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat hampir sebulan selepas tidak sedarkan diri akibat kecederaan dalaman.

Abdullah Amir Ruddin kembali ke tahfiz

Remaja yang terselamat dalam kemalangan maut yang melibatkan kematian enam ahli keluarga di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan awal September lalu, Abdullah Amir Ruddin, 15, kini sudah kembali ke tahfiz untuk meneruskan pengajiannya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh ibu  saudaranya, Nora Hila melalui laman media sosialnya. Menurut Nora Hila,  Abdullah kini meneruskan pengajian di Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah, Parit Jawa, Muar, Johor.

Menurutnya lagi, Abdullah masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan suasana baharu dan sekali-sekala, Abdullah sebak dan menangis selepas melihat kelibat ibu saudaranya itu.

Teruja teruskan pengajian

Video yang dimuat naik akaun @rahilanoor, memaparkan perjalanan mereka pulang ke rumah.

Malah bekas pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Bukit Gambir itu nyata teruja setelah sekian lama tidak dapat menghadiri kelas sejak terlibat dalam kemalangan yang meragut enam ahli keluarganya pada 2 September lalu.

Tambahnya, Abdullah memulakan kelas tahfiz menghafal al-Quran secara ulang-alik kerana madrasah itu hanya terletak kira-kira dua kilometer dari rumah kediaman keluarganya di Parit Lapis, Parit Jawa di sini.

Ujarnya, Abdurrahmah akan menemani Abdullah untuk beberapa hari bagi membolehkannya menyesuaikan diri dengan rakan serta suasana sekolah baharu.

 

Published by
Rosmah Idayu