Hiburan

Abby Abadi Titip Kata Semangat, “Lawan Semua Dengan Doa, Mama Love…”

Share

Abby Abadi titip kata semangat, “lawan semua dengan doa, Mama Love. Ramai memperkatakan tindakan anak kedua Abby Abadi yang didakwa memilih suami orang dan menjadi isteri kedua.

Dakwaan Marissa Dania Hakim memilih Aslam sebagai pasangan hidup dan berkahwin di Songkhla tanggal 27 Disember tahun lalu dilihat satu tindakan mengejutkan kerana kesnya pernah hangat diperkatakan sebelum ini.

Abby Abadi Titip Kata

Dikatakan kedua ibu bapanya, Norman Hakim dan Abby Abadi ada meminta pasangan ini untuk berpisah namun keduanya enggan berbuat demikian.

Kisah pasangan ini mula menjadi bualan apabila satu perkongsian  kakak ipar Aslam iaitu Nadiah Mazlan di Instagran Stories (IGs) seolah-olah  mengesahkan khabar angin yang mendakwa lelaki itu berkahwin dengan anak Marissa apabila memuat naik babak drama Layang-Layang Perkahwinan tentang suami yang berkahwin dua tanpa izin isteri pertama selain menggambarkan adiknya dalam kesedihan apabila memuat naik quote sedih.

“Lawan Semua Dengan Doa, Mama Love…”

Dalam pada itu, di instagram Marissa Dania, anak kedua ini  dilihat masih aktif seperti biasa tanpa membuka ruangan komen. Sementara itu di IGs Abby Abadi pula, dirinya memuat naik pelbagai kata dan doa termasuk perihal ghibah atau disebut juga sebagai mengumpat kurang 24 jam lalu.

Mungkin menyedari kisah anaknya menjadi tumpuan ramai hari ini dan masih mengunci mulut akan dakwaan anaknya sudah bernikah di Thailand, perkongsiannya di IGs mengundang persoalan.

Abby menulis “Bismillahirohmanirohim. “Lawan Semua Dengan Doa, Mama dan memberikan tanda emoji love. Tidak pasti kata-katanya ini ditujukan kepada siapa dan ianya amat ringkas.

Sementara itu di IG Norman Hakim, dirinya berkongsi rutin sebagai bapa apabila memuat naik empat anaknya tanpa adanya Marissa di dalam video berkenaan.

Tulisnya, “In shaa Allah hari ni anak-anak last day sekolah kat @abedeen.academy

private & international school. Esok anak-anak dah start cuti raya cina. Betul ke?😅Ke @abedeen.academy je yang start cuti esok? Semua start cuti esok jugak,kan?

Anyway yang plan nak balik kampung,rancang perjalanan betul2 k utk elak kita ‘membesar’ dalam jem😂Kita orang lawan arus kot sbb weekend ni banyak lagi photoshoot raya nak kena settlekan utk @normey.hq pastu baru boleh plan🤘🏻

Alhamdulillah syukur nikmat,semoga kita semua sentiasa didalam jagaan & lindunganNya. Salam Israk & Mikrak tulisnya.

Di ruangan komen, ramai memuat naik kata-kata semangat buat keluarga ini di atas ujian dilalui.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Marissa – Aslam Didakwa Kahwin Di Thailand 17 Disember Lalu, Nikah Ketika Isteri Pertama Mengerjakan Umrah

Anak Dituduh Penyondol Rumahtangga, Nanti Saya Jawab – Abby Abadi

Tip Abby Abadi Didik Anak Celik Al Quran, Seawal 2 Tahun

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ajal terpisah sesaat. Seorang wanita @nurulmukminah berkongsi pengalaman terselamat dari maut dalam kemalangan ngeri nahas tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 288.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara laluan Gopeng-Simpang Pulai yang meragut nyawa dua nyawa semalam.
Jelasnya, ikutkan kenderaan dipandunya mungkin terperesok di bawah treler berkenaan namun pemandu kontena telah memesongkan treler dipandu yang mengalami masalah tayar pancit sebelum melanggar treler di sebelahnya.
Mengakui masih ngeri namun bersyukur Allah masih memanjangkan nyawanya sekeluarga.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros