Beruntungnya mak ayah yang dapat menyemai perasaan kasih sayang buat anak-anak semenjak mereka masih kecil. Lebih bertuah apabila mempunyai anak yang masih kecil namun sudah tahu tanggungjawab, bersikap melindungi pada adik beradik sendiri sehingga sanggup bergadai nyawa.
Pengorbanan kanak-kanak ini yang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan adiknya mungkin tidak mampu dilakukan orang dewasa lain.
Baca Lagi Disini:
Tolong Siap Sedia Tanam 6 Cara Ini Dalam Diri Anak Sejak Kecil
Ibarat Air Dicincang Yang Takkan Putus, Ini 10 Tip Rapatkan Hubungan Adik Beradik
Difahamkan kejadian yang berlaku pada 9 Julai lepas ini apabila si abang Bridger Walker,6 tahun berusaha menyelamatkan nyawa adik perempuannya daripada diserang anjing.Dalam usia yang masih muda dengan beraninya hero cilik ini melindungi adik perempuannya daripada digigit anjing hingga dirinya sendiri yang cedera teruk.
Dilaporkan Bridger menerima gigitan di muka dan kepala dalam usaha untuk menyelamatkan adiknya namun sanggup ‘melawan’ semula, memimpin tangan adik perempuannya dalam terus berlari bersama-sama memastikan adik perempuannya selamat.
Bersikap matang, melindungi dan sanggup bergadai nyawa sendiri demi adik walaupun usia masih kecil wajar dipuji.Menurut Bridger, sekiranya terdapat individu yang sepatutnya terkorban dalam insiden tersebut, beliau sanggup menjadi mangsa berbanding adik perempuannya sendiri.
“Jika seseorang perlu mati (dalam kejadian ini), biarlah saya orangnya” ujar Bridger.
Tragedi ngeri ini menyebabkan Bridger menerima lebih 90 jahitan pada bahagian gigitan tersebut. Keadaan Bridger dilaporkan stabil dan kini sedang berehat di rumah melalui proses pemulihan.
Kisah penuh inspirasi ini dikongsikan semula oleh ibu saudara beliau menerusi laman Instagram serta melabelkan keberanian Bridger setanding para ‘Avengers’.
Perkongsian mengenai keberanian Bridger ini mendapat perhatian ramai. Ramai yang terharu dan tidak putus-putus memberi komen serta mengucapkan tahniah atas keberanian yang ‘hero’ cilik ini tunjukkan. Tidak ketinggalan Bridger turut mendapat ucapan istimewa daripada para pelakon watak superhero seperti Chris Evans (Captain America), Mark Ruffalo (Hulk), Tom Holland (Spider-Man).
Tahniah diucapkan buat Bridger yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan adik perempuannya meskipun baru sahaja berusia 6 tahun. Semoga cepat sembuh!
MW: Hebatnya anak ini. Walaupun usianya masih kecil dah tertanam sikap bertanggungjawab dan melindungi adik-adiknya. Semoga anak-anak kita juga memiliki sifat sebegini, kasih dan sayang pada adik beradik sendiri.
Sumber: Instagram nicolenoelwalker