“Abang Redha Dengan Kehidupanmu Seluruhnya Di Dunia Ini..“ Ucapan Sweet PU Amin Sempena Birthday Isteri

Share

Kebahagiaan dan matlamat utama seorang wanita setelah bergelar isteri ialah apabila mendapat keredhaan daripada seorang suami. Segala pengorbanan, penat lelah menguruskan rumahtangga dan anak-anak ternyata terbalas apabila suami mengungkapkan perkataan ‘redha’ pada isteri.

Baru-baru ini, pendakwah bebas PU Amin ada memuat naik gambar-gambar isteri tersayang bersama ucapan sweet yang menyentuh hati sempena hari lahir isteri tersayang yang ke 28.

Berikut antara perkongsian tersebut;

Yeeepii Bezeday buat kekasih dunia akhirat ku . Kami hidup dari level bawah , bermula dari seposen dua hinggalah dikurnia nikmat dalam pelbagai cara . Nak kata jatuh bangun dalam hidup, dia nilah yang banyak membebel, menasihat, menunjuk arah hingga jadinya saya sebagai PU Amin hari ini.

Saya selalu berdepan dengan tugasan luar, sejak dari shooting haramain backapacker musim 1 dan 2, shooting berbulan-bulan di negara luar, dia nilah yang saya harapkan menjaga, mendidik dan membentuk peribadi anak anak.

Alhamdulillah, berkat sabar dan pengorbanan dia sebagai isteri tiada kata lain yang boleh di ungkapkan, hanya :

“Abang Redha dengan kehidupan mu seluruh nya di dunia ini”

Semoga menjadi wanita sebaris dengan Khadijah , Asiyah , Fatimah , Hafsah dan Maryam di Syurga Kelak..

Selamat Hari Jadi ke 28 ❤️. Harap harap tak lah order banyak sangat dekat Lazada tu . Hihihi .

Ternyata ucapan tersebut meninggalkan kesan pada follower pendakwah ini. Ramai yang rasa sebak dengan ucapan tersebut,  serta turut mendoakan kesejahteraan suami isteri yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar ini. Tidak kurang ramai juga yang memuji kecantikan wajah isteri PU Amin.

yunisharif2 SUBHANALLAH.ALHAMDULILLAH.Kak yuni pula rasa touching dengan ucapan ustaz pada isteri.Semoga ustaz dan isteri bahagia till jannah dan dalam keberkatan Allah SWT. Aamiin3x.. semoga kami yang bergelar isteri-isteri semua dalam redha suami jua..Aamiin3x

norhafizahnur Saya baca caption ustaz jadi sebak dekat ayat keramat seorang suami “Abang redha keseluruhan hidupmu seluruhnya di dunia ini”… sebab setiap isteri mengharapkan redha suaminya,bila suaminya redha maka syurgalah buat sang isteri.

fadzilah1021 Cantiknya isteri.. jaga dan pimpin dia sebaiknya.. isteri solehah perhiasan dunia yang terbaik..moga menjadi bidadari didunia dan juga di Syurga buat @pencetusummah_amin .. Aamiin

kak_anie_jrm Allahuakbar…sweetnya ungkapan kata-kata ustaz tu… tak ternilai tu ustaz.. tiada apa lagi yang dimahukan oleh seorang isteri selain keredhaan dari suami… Selamat Hari Jadi untuk isteri tersayang..semoga semua doa yang baik-baik dari suami @pencetusummah_amin itu dimakbulkan Allah..Ameen

Pendakwah bebas Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 28 atau lebih PU Amin mula dikenali apabila menyertai rancangan Pencetus Ummah yang merupakan program realiti berunsur Islamik terbitan Astro Oasis.

Namun, nama PU Amin mula menjadi perhatian apabila lantang bersuara menerusi media sosial terutama dalam menangani isu LGBT.

MW: Sweet sungguh ucapan harijadi PU Amin ini buat isteri tersayang. Semoga ramai para suami yang turut mendoakan dan memberi keredhaan buat para isteri.

Sumber:pencetusummah_amin

Published by
Suhaidah Abd Wahab