“Abang Janji Nak Balik Hari Ini..” Jenazah Jurulatih Tragedi Bom Lempar Selamat Dikebumikan

Share

Ajal, maut dan jodoh semuanya ditangan tuhan. Bagaimana sekalipun kita merancang, hanya Allah yang menentukan segalanya takdir yang tertulis. Meskipun sukar kehilangan orang tersayang, hati harus redha dengan setiap kententuan ini.

“Abang janji nak balik hari ini.”

Hanya ayat itu yang terbit sayu di mulut Nur Faziera Izam, 29, ketika menyiram air mawar di pusara suaminya, Koperal Udara Syuib Bidin.

Syuib, 33, yang juga jurulatih di Instar, Pangkalan Udara Sendayan meninggal dunia selepas insiden bom lempar meletup ketika latihan di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, semalam.

Arwah Mohd. Syuib meninggalkan seorang balu berusia 30an dan dua anak masing-masing berusia tiga dan satu tahun.

Koperal Udara Syuib Bidin

Nur Faziera yang sedih dengan kehilangan itu dilihat hanya mengalirkan air mata.Dia mahupun ahli keluarganya bagaimanapun enggan ditemubual.

Mohd. Syuib yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 6 petang manakala penuntut Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan, Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jenazah Selamat Dikebumikan

Jenazah Syuib selamat dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kapur Binjai, Kemaman kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Terdahulu, jenazah diterbangkan dengan Helikopter EC75 milik Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dari Kem 4 Rejimen Artileri Diraja Gemas dan mendarat di Kolej Vokasional Kemaman.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Binjai, Kemaman untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan dan turut diiringi Asisten Ketua Staf J3, Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Nur Hafis Abdul Karim.

Seorang lagi mangsa yang juga jurulatih, Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, berasal dari Kluang kini menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor di dalam pemantauan rapi dan dilaporkan stabil.

Mesti Baca:Tragedi Bom Lempar Meletup, Kakak Kongsi “Adik Dah Siap Kemas Nak Balik Raya Tapi Jenazahnya Yang Tiba”

Mingguan Wanita: Salam takziah buat ahli keluarga mangsa yang terlibat. Semoga kuat menghadapi ujian dan takdir yang tertulis.

Sumber: Hmetro, Kosmo

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab