Dalam pada seluruh negara meraikan kemenangan Malaysia menentang Bangladesh untuk kelayakan Piala Asia 2023, rupanya ada momen ‘sweet’ yang jadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Antara cameraman dengan sekumpulan penyokong Malaysia yang menyaksikan perlawanan.
Pengguna TikTok, saifudinahmad94 berkongsi video memanggil jurugambar bertugas di stadium. Jeritan demi jeritan agar ‘abang cameraman’ merakam wajahnya dan rakan-rakan yang berada di tempat duduk penonton di tingkat atas.
“Kenapa susah sangat abang cameraman. Kawan saya nak mati dah bang pekik.” Tulisnya turut disertakan emoji lucu.
Demi sekeping gambar itu, masing-masing tidak berputus asa memanggil dan akhirnya ‘abang cameraman’ terdengar jeritan mereka.
@saifudinahmad94 Kenapa susah sngt abang cameraman 🥺 kawan saya nk mati dh bang pekik 🤣 #snbj #malaysiavsbangladesh #asiaqualifiers #ultrasmalaya #harimaumalaya #fyp #fypage #fypシ゚viral #fypシ #um07 ♬ bunyi asal – saifudinahmad94
Perkongsian anak muda ini kemudiannya menjadi viral dan mendapat respons daripada jurukamera tersebut.
Bukanlah jurugambar itu sengaja tidak mendengar. Sebaliknya ada kisah yang jadi yang menyebabkan jurugambar ini tidak dapat ‘menangkap’ jeritan anak-anak muda ini ketika berada di dalam stadium.
Walaupun dalam jarak yang dekat.
Baca sini : ‘Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa’ Fahamkan Liriknya Sebelum Buat Konten
“Ni lah gambar mereka yang viral jerit dari atas tu, maafkan saya tak sempat tukar lens panjang, dan saya minta maaf lambat detect arah korang jerit.
Sebab saya ni pekak sebelah kanan berpunca daripada saraf telinga rosak kerana sakit meningitis dulu. InsyAllah ada rezeki kita shoot dekat-dekat, terima kasih femeskan abang cameraman tak seberapa ni.”
Tulis jurufoto sukan, Jurnalmil di laman instagramnya.
Bila mana tahu akan keadaan abang jurugambar ini, ada yang mendoakan agar petugas itu sembuh dari penyakitnya.
Sumber/Foto/video : saifudinahmad94 , jurnalmil