Dalam pada seluruh negara meraikan kemenangan Malaysia menentang Bangladesh untuk kelayakan Piala Asia 2023, rupanya ada momen ‘sweet’ yang jadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Antara cameraman dengan sekumpulan penyokong Malaysia yang menyaksikan perlawanan.
Pengguna TikTok, saifudinahmad94 berkongsi video memanggil jurugambar bertugas di stadium. Jeritan demi jeritan agar ‘abang cameraman’ merakam wajahnya dan rakan-rakan yang berada di tempat duduk penonton di tingkat atas.
Demi Sekeping Gambar
“Kenapa susah sangat abang cameraman. Kawan saya nak mati dah bang pekik.” Tulisnya turut disertakan emoji lucu.
Demi sekeping gambar itu, masing-masing tidak berputus asa memanggil dan akhirnya ‘abang cameraman’ terdengar jeritan mereka.
Perkongsian anak muda ini kemudiannya menjadi viral dan mendapat respons daripada jurukamera tersebut.
Bukanlah jurugambar itu sengaja tidak mendengar. Sebaliknya ada kisah yang jadi yang menyebabkan jurugambar ini tidak dapat ‘menangkap’ jeritan anak-anak muda ini ketika berada di dalam stadium.
“Ni lah gambar mereka yang viral jerit dari atas tu, maafkan saya tak sempat tukar lens panjang, dan saya minta maaf lambat detect arah korang jerit.
Sebab saya ni pekak sebelah kanan berpunca daripada saraf telinga rosak kerana sakit meningitis dulu. InsyAllah ada rezeki kita shoot dekat-dekat, terima kasih femeskan abang cameraman tak seberapa ni.”
Tulis jurufoto sukan, Jurnalmil di laman instagramnya.
Ads
Bila mana tahu akan keadaan abang jurugambar ini, ada yang mendoakan agar petugas itu sembuh dari penyakitnya.
Sudahlah tertipu selama empat tahun, malah salah seorangnya turut menderita diseksa dan dipukul oleh ‘suami’ mereka yang rupa-rupanya perempuan.Dalam kejadian di daerah Nainital, Uttarakhand, India, polis menahan wanita 25 tahun yang menyamar sebagai lelaki itu kelmarin atas tuduhan melakukan penyamaran, penipuan dan pemalsuan.
Polis daerah Nainital, Superintendan Kanan Janmejay Khanduri berkata, wanita dikenali sebagai Sweety Sen itu menyamar sebagai lelaki sejak 2013.
“Wanita itu menyamar sebagai lelaki menggunakan nama Krishna dan memikat wanita melalui Facebook sebelum mengahwini mereka.
“Dia menggunakan nama Krishna Sen di akaun laman sosial itu dan memuat naik beberapa gambar berperwatakan sebagai lelaki,” katanya.
Menurut laporan media India, polis berkata, Krishna ‘berkahwin’ dengan seorang wanita bernama Kamini pada 2014.
Pada, 2016, Krishna berkahwin pula dengan wanita lain berusia 20 tahun di daerah sama dan berpindah tinggal dengan isteri barunya.
Menurut Indian Express, Krishna tidak membenarkan kedua-dua isterinya itu melihat tubuhnya dan menggunakan kemaluan palsu ketika hubungan seks.
Isteri keduanya, Nisha, dikatakan tahu suaminya adalah wanita namun berdiam diri kerana dijanjikan habuan wang.
Pada hujung tahun lalu, Kamini membuat laporan polis mendakwa dipukul kerana mas kahwin dan wang keluarganya diambil lalu polis memburu Krishna sebelum berjaya menahannya, kelmarin.
“Pemeriksaan perubatan juga mendapati dia sebenarnya seorang wanita,” kata Janmejay.
Polis turut memburu keluarga wanita terbabit yang dikatakan hadir di kedua-dua majlis perkahwinannya.
Nama Ahmad Fedtri Yahya atau lebih dikenali Fedtri Yahya,40 yang merupakan Pengacara dan Personaliti TV yang tidak asing lagi di dalam dunia penyiaran. Pantas masa berlalu, rupanya sudah sedekad Komposer dan penulis lirik lagu puitis ini mendirikan rumahtangga dengan isteri tersayang, Nurul Anati Ismail,36 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Hargai Pengorbanan Isteri
Sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-10 pada hari ini, 28 Mei, Fedtri menzahirkan penghargaan pada isteri tercinta. Sekaligus menghargai pengorbanan isteri yang bertarung nyawa melahirkan anak-anak mereka. Bagi Fedtri, setiap lelah dan pengorbanan isterinya dalam membina keluarga, hanya Allah yang dapat memberikan sebaik-baik ganjaran.
“Alhamdulillah, today is our 10th anniversary.Pantas waktu berlalu, sudah 1 dekad berjuang membina kehidupan bersama isteri dan 4 orang cahaya mata. 4 kali bertarung nyawa melahirkan. 4x juga pernah keguguran.
Pengorbanan isteri dalam membina keluarga ini, hanya Allah yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran. Rumah tidak lengkap dipanggil rumah, kecuali setelah ada wanita solehah dan ibu misali di dalamnya.
Terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan kami. Semoga kebahagiaan milik kita semua. Amin ya Allah,”ujarnya.
Terdahulu, Fedtri berkahwin dengan Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.Hasil 10 tahun usia perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan empat anak, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
MW: Tahniah dan selamat menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke-10 buat Fedtri Yahya dan isteri. Pengorbanan isteri memang tak terbalas dalam membina keluarga. Semoga mahligai yang dibina berkekalan dan bahagia hingga ke syurga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Sejak sekolah dibuka sepenuhnya, orang paling sibuk untuk memastikan murid mendapat makanan terbaik tentulah pengusaha kantin sekolah. Mesti pelbagai perancangan bagi memastikan anak-anak murid dapat makanan sebaiknya bila tiba waktu rehat.
Paling seronok, tentulah murid. Setelah sekian lama tidak membeli makanan di kantin sekolah dan sebelum ini masa rehat hanya makan di dalam kelas saja disebabkan pendemik covid-19. Mesti tak sabar nak tahu menu-menu menarik yang dijual nanti.
Tertarik dengan post di Facebook tentang seorang pengusaha kantin sekolah yang menjadikan seperti kantin ala cafe. Makanan yang dijual juga cukup menarik. Melihat pada gambar-gambar yang dikongsi pun kita boleh tahu betapa seronoknya murid bila banyak pilihan makanan.
Kantin Sekolah Ala Cafe Demi Kepuasan Guru & Murid
MW sempat menemubual pengusaha kantin ini, Mohd Fahmi Ahmad, 39 tahun yang diusahakan bersama isterinya, Nadirah Azizan, 38 tahun.
Menurut Mohd Fahmi, kantin SK Taman Seri Wang, Sg Petani ini kantin ke 3 dan sebelum ini pernah mengendalikan kantin di SKM Aman Jaya, Sungai Petani dan Sek Kebangsaan Pauh Jaya, Pualau Pinang.
“Tercetusnya idea ini kerana saya bermula dengan membuka cafe di Puncak Alam, Selangor. Apabila berhijrah ke negeri kelahiran, saya mendapatkan tender untuk menjadi pengusaha kantin. Dari situlah saya cuba untuk lakukan dan jayakan sebuah kantin sekolah menjadi ala cafe,” katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam pengusahaan ini.
Bagi memastikan kantin sekolah seperti ini, dia sanggup membuat ‘full renovation’ termasuklah dekorasi bilik makan guru dan tempat makan. Lebih membanggakan, segala pengubahsuaian ini menggunakan kos dia sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
“Malah, idea untuk membuat pengubahsuaian kantin ini kerana murid sekolah ini ramai dan ia memberi semangat untuk jadikan kantin lebih baik. Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting,” katanya yang telah berjaya menjadi Johan Kantin Terbaik Kebangsaan pada tahun 2019.
Kongsi Rezeki Dengan Pekerja
Dengan menu yang menarik seperti nasi berlauk, hidangan barat (chicken chop, spagetti, carbonara), nasi goreng, mee goreng, minuman dan sebagainya tentu akan terfikir berapa ramai pekerja dan masih sempat untuk sediakan semua hidangan ini?
Kata Mohd Fahmi, mereka bermula sewal jam 5.30 pagi dan mempunyai seramai 11 orang pekerja termasuk seorang chef yang kreatif. Mungkin akan terfikir terlalu ramai pekerja bagi sebuah kantin sekolah.
“Kebanyakan pekerja saya terdiri daripada ibu tunggal, B10 dan anak yatim. Dari sinilah saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Kita jangan kedekut untuk bayar gaji pekerja. Kerana mereka jugalah kita, pelbagai menu dapat disediakan,” katanya.
Bukan Mencari Keuntungan
Menjadi pengusaha kantin, sudah tentulah pelanggan terdiri daripada guru dan murid saja. Dengan pelbagai menu ini juga boleh dikatakan 90% guru dan murid akan membeli makanan di kantin.
“Bila kita harapkan guru dan murid, jadi dah tentulah kena pelbagaikan menu untuk menarik mereka datang membeli. Dari segi harga pun kami tetap standard seperti sekolah-sekolah lain.
Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.
“Jangan buat perbandingan. Baik sekolah bandar atau kampung, boleh saja buat cara ini. Nak seribu daya. Jangan anggap kantin yang kita usahakan itu hanya sekadar untuk cukup makan dan pendapatan yang biasa-biasa saja,” katanya yang mahu ubah dari biasa kepada luar biasa.
Biasa Ke Luar Biasa
Dalam pada itu, Mohd Fahmi turut memberi nasihat kepada pengusaha kantin di luar sana supaya tidak mementingkan keuntungan. Jadikan yang biasa kepada luar biasa dan lakukan usaha-usaha positif dengan perubahan yang baik.
“Jangan takut untuk buat menu baru atau banyak makanan. Selalunya, ada berfikiran, kalau buat menu baru murid tak makan. Sebenarnya, bila ada menu baru, murid seronok untuk cuba dan membeli,” katanya yang memegang prinsip menjual sambil bersedekah pada murid.
Mohd Fahmi juga memiliki perniagaan makanan di Jeniang, Kedah iaitu Restoran Nasi Kukus Ayam Cincang dan Manggo Shake yang sangat popular di situ.
Pemilik Ordinary Baker perjelas sebab saman adik beradik RM1.5 Juta, "orang nampak saman tak nampak pengorbanan. Sejak semalam kecoh di media sosial tentang kisah...