Ramai yang ingin dilihat berjaya di mata orang lain. Tak hairanlah dengan menjual “air liur” dan menampilkan gaya hidup mewah, ramai yang percaya dan mula mengikuti termasuk mendaftar sebagai peserta. Namun saat ditanya apa bisnes diceburinya dan kejayaan dicapai, tiada jawapan yang keluar. Berbeza dengan sifu bisnes, Ifran Khairi.
Antara sifu dalam dunia perniagaan ialah Irfan Khairi yang menjadi mentor dalam dunia perniagaan digital dan digelar pakar perniagaan internet. Dirinya amat dikenali dan bagi yang ingin tahu bisnes apa pernah diceburinya sebelum dirinya mampu bercakap di khalayak ramai, inilah senarai bisnes pernah diceburinya.
Abang buat business apa?
Macam-macam dik. Dari gagal awal dulu sampai laaa sekarang ni.
Business pertama adalah sebagai designer. Lepas saya graduate dalam bidang design di Staffordshire University, UK, saya mulakan business online sebagai designer, design cover buku, logo, website dll. Tapi…
“Tahun pertama gagal. Dapat 3 pelanggan je setahun.
Masa tu la saya mula cari mentor. Dan mentor saya pertama namanya Corey Rudl seorang jutawan online yang jual accessories kereta.
Bagi saya, cari mentor ni penting. Lebih-lebih lagi mentor yang betul-betul terbukti berjaya dalam bidang apa yang saya nak belajar.
Kat situ la baru perniagaan online saya berjaya dan 2 tahun kemudian, Alhamdulillah jana RM1 juta dari perniagaan internet pertama sebagai designer.
*Ni sebelum saya mengajar orang ramai tentang perniagaan online lagi.
Dari dulu sampai sekarang saya mulakan pelbagai lagi perniagaan, jual sejadah, kurma, fintech, app development, luggage delivery, export abaya dari dubai, training and consulting dan ada lagi.
Dari mula perniagaan kecil, sekarang ni alhamdulillah perniagaan berkembang hingga Dubai, UAE.
Tapi, perniagaan kembang ke Dubai pun saya ada mentor, iaitu Tan Sri Dr Daud Bakar.
Dr Daud Bakar masa tu (hingga kini) ada perniagaan di Dubai sebuah konsultansi kewangan syariah, dan seperti yang saya kata tadi. Bila cari mentor, saya cari seorang mentor yang betul-betul berjaya dalam bidang saya nak capai.
So, saya follow Tan Sri Dr Daud Bakar, dan Alhamdulillah dah 6 tahun kembangkan perniagaan hingga Dubai. (ni gambar dengan Dr Daud masa saya muda.Masa tu beliau belum Tan Sri lagi ).
Tu la bagi saya, penting untuk belajar dari mereka yang betul-betul mempunyai pengalaman terbukti apa yang dilakukan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA SINI :– Pendapatan Pernah Cecah RM200K Sebulan, Industri Kereta Sewa Bukanlah Bisnes ‘Budak Tak Sekolah’
ARTIKEL BERKAITAN :- Bermodal RM50 Mulakan Bisnes, Wanita Ini Mampu Menukar EX5 Menjadi Kereta Idaman
Berjaya Dalam Bisnes, Aeril Zafrel Biarkan Isteri Uruskan Semua Duit Perniagaan!
Dan filosofi ini juga saya bawa dalam menyampaikan ilmu. Saya kongsikan berdasarkan ilmu dan pengalaman sebenar perniagaan online.
Contohnya, bila saya nak ajar buat video, saya pastikan saya berjaya dalam buat video hingga YouTube beri saya anugerah Silver Award.
Bila saya nak ajar peserta program saya buat video viral, saya pastikan saya pun dah hasilkan beratus-ratus video viral (yang positif!).
Bila saya nak ajar tentang perniagaan, InsyaAllah saya pun berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perniagaan pelbagai dari perniagaan gagal, hingga la perniagaan kini di bawa global.
Inilah filosofi dan cara saya.
Sooo… promote diri sikit…. sekiranya anda nak mulakan perniagaan online dari rumah macam saya lebih 20 tahun lalu, tapi tak tahu nak jual apa, nak mula di mana, sertai webinar PERCUMA bersama saya HARI INI di www.NakJualApa.com
Saya kongsikan caranya A-Z dengan anda…
-ik
dubai