Covid-19 masih mengancam nyawa sesiapa sahaja apatah di kalangan orang berisiko terutamanya kanak-kanak, warga emas dan pesakit yang imunnya rendah.

Oleh sebab itu, mak ayah perlu sentiasa memastikan kehidupan harian sentiasa mengikuti norma baharu dan mematuhi arahan pihak berkuasa kerana virus jahat ini tidak mengenal siapa pun.

Begitulah yang terjadi pada allahyarham Ahmad Mohamad Talib yang meninggal dunia setelah dijangkiti Covid-19. Tentu sedih dia “pergi’ seorang diri di hospital kerana terikat dengan SOP.

Namun menurut anaknya, “Abah sempat minta maaf, minta semua jaga diri. Sebagai anak tentu sedih baca pesanan terakhir sebelum ayahnya pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Al-Fatihah.

Abah Sempat Minta Maaf, Minta Semua Jaga Diri

“Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua”

Itu kata-kata terakhir Ahmad Mohamad Talib, 58 kepada isteri dan anak-anaknya sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, pada Rabu lalu.

Gambar pesanan bapanya yang ditulis di atas dua helai kertas viral di media sosial selepas dikongsi anaknya Syafiqa Humairak, 32, di laman Facebook miliknya.

IKLAN

Baca Juga Di sini:

SEDIH Tiada Peluang Keluarga MELIHAT Jenazah Pesakit Covid-19, HANYA Minta Petugas Merakam Gambar

Tinggalkan Lima Anak Dan Suami, Selepas 18 Hari Bertugas Positif Covid-19

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Syafiqa Humairak berkata, mereka sekeluarga tidak dibenarkan menyimpan kertas yang mengandungi pesanan bapa kerana dikhuatiri mengandungi virus Covid-19.

IKLAN

Menurutnya, bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang disahkan positif Covid-19 Khamis minggu lalu, sebelum dihantar ke HRPB untuk dikuarantin dan mendapat rawatan lanjut.

“Abah tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif (selepas dimasukkan ke hospital). Keadaannya juga bertambah teruk dan doktor memutuskan supaya abah dikomakan, Isnin lalu.

“Abah menulis nota itu sebelum dikomakan. Dia juga tidak mampu bercakap. Namun, kami sempat berhubung dengan panggilan video sebelum abah dikomakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahli Keluarga Tidak Berpeluang Hadiri Pengebumian

Syafiqa Humairak berkata, semua ahli keluarga termasuk anak saudaranya yang berusia sebulan turut disahkan positif Covid-19, dan tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian bapanya.

IKLAN

Bagaimanapun, Syafiqa Humairak tidak dijangkiti virus berkenaan kerana dia tinggal di Pulau Pinang.

“Hanya saya yang dibenarkan hadir ke majlis pengebumian. Saya sangat sedih kerana tidak dapat mencium abah buat kali terakhir.

“Saya juga hanya dapat melihat jenazah arwah abah dari jauh. Covid-19 sangat bahaya, hanya dalam tempoh beberapa minggu ia ‘membunuh’ abah,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, masyarakat diminta sentiasa mengambil berat mengenai langkah keselamatan yang sudah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, arwah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara di sini.

MW: Sedih sungguh bila ahli keluarga terdekat meninggal dunia di musim Covid-19 kerana kita tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian dan terikat dengan beberapa SOP. Oleh itu jagalah diri, jagalah keluarga agar kita semua dalam keadaan selamat dan terhindar daripada Covid-19.

Sumber: myMetro / Fika Maira

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI