Covid-19 masih mengancam nyawa sesiapa sahaja apatah di kalangan orang berisiko terutamanya kanak-kanak, warga emas dan pesakit yang imunnya rendah.
Oleh sebab itu, mak ayah perlu sentiasa memastikan kehidupan harian sentiasa mengikuti norma baharu dan mematuhi arahan pihak berkuasa kerana virus jahat ini tidak mengenal siapa pun.
Begitulah yang terjadi pada allahyarham Ahmad Mohamad Talib yang meninggal dunia setelah dijangkiti Covid-19. Tentu sedih dia “pergi’ seorang diri di hospital kerana terikat dengan SOP.
Namun menurut anaknya, “Abah sempat minta maaf, minta semua jaga diri. Sebagai anak tentu sedih baca pesanan terakhir sebelum ayahnya pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Al-Fatihah.
Abah Sempat Minta Maaf, Minta Semua Jaga Diri
“Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua”
Itu kata-kata terakhir Ahmad Mohamad Talib, 58 kepada isteri dan anak-anaknya sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, pada Rabu lalu.
Gambar pesanan bapanya yang ditulis di atas dua helai kertas viral di media sosial selepas dikongsi anaknya Syafiqa Humairak, 32, di laman Facebook miliknya.
Syafiqa Humairak berkata, mereka sekeluarga tidak dibenarkan menyimpan kertas yang mengandungi pesanan bapa kerana dikhuatiri mengandungi virus Covid-19.
Menurutnya, bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang disahkan positif Covid-19 Khamis minggu lalu, sebelum dihantar ke HRPB untuk dikuarantin dan mendapat rawatan lanjut.
“Abah tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif (selepas dimasukkan ke hospital). Keadaannya juga bertambah teruk dan doktor memutuskan supaya abah dikomakan, Isnin lalu.
“Abah menulis nota itu sebelum dikomakan. Dia juga tidak mampu bercakap. Namun, kami sempat berhubung dengan panggilan video sebelum abah dikomakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ads
Ahli Keluarga Tidak Berpeluang Hadiri Pengebumian
Syafiqa Humairak berkata, semua ahli keluarga termasuk anak saudaranya yang berusia sebulan turut disahkan positif Covid-19, dan tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian bapanya.
Bagaimanapun, Syafiqa Humairak tidak dijangkiti virus berkenaan kerana dia tinggal di Pulau Pinang.
“Hanya saya yang dibenarkan hadir ke majlis pengebumian. Saya sangat sedih kerana tidak dapat mencium abah buat kali terakhir.
“Saya juga hanya dapat melihat jenazah arwah abah dari jauh. Covid-19 sangat bahaya, hanya dalam tempoh beberapa minggu ia ‘membunuh’ abah,” katanya. Sehubungan itu, katanya, masyarakat diminta sentiasa mengambil berat mengenai langkah keselamatan yang sudah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya, arwah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara di sini.
MW: Sedih sungguh bila ahli keluarga terdekat meninggal dunia di musim Covid-19 kerana kita tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian dan terikat dengan beberapa SOP. Oleh itu jagalah diri, jagalah keluarga agar kita semua dalam keadaan selamat dan terhindar daripada Covid-19.
Keluarga abang viva kembali bertaut. Perselisihan faham sudah diselesaikan cara baik. Air dicencang takkan putus. Ini perumpamaan yang sering dikaitkan apabila timbulnya isu pergaduhan dalam keluarga. Lahir dari perut mak yang sama, membesar dan bermain bersama-sama. Tentunya ada banyak memori untuk dikenang sampai bila-bila.
Perselisihan pendapat itu wujud namun ia juga ada titik noktahnya. Jika sebelum ini timbulnya salah faham dari perkahwinan Azwan Omar atau mesra disapa bang Viva bersama pasangan hidupnya, Evanoza yang didakwa tidak mendapat persetujuan keluarga dan diluahkan oleh kakaknya, Fauziyah Omar hingga kemelut itu diketahui umum, alhamdulillah, ianya sudah diselesaikan cara baik di mana Abang Viva sudah balik menemui keluarganya.
Alhamdullillah segala perselisihan faham telah diselesaikan. Dan kami menjadi seperti dahulu kembali. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan. Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi dan saya berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan.
Biarlah ape yang berlaku dan apa yang kami bincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami. Terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua. Dan saya juga berharap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya. Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban. Bukan keluarga saya.. Insha’allah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini.
Maaf juga kepada customer saya sebab tak dapat datang untuk basuh kereta korang dan mungkin saya bercuti dalam 1@2 hari lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya. Sumber : FB Azwan Omar
Serius, bulu mata yang wanita ini miliki cukup panjang dan menarik perhatian orang ramai. Biasanya ukuran normal bagi bulu mata seseorang itu adalah antara 0.8 hingga 1.2cm. Namun berbeza dengan wanita bernama You Jianxia ini yang memiliki bulu mata sepanjang 12.4 cm.
Kerana bulu matanya yang panjang itu, Jianxia menyandang gelaran sebagai Pemilik Bulu Mata Terpanjang di Dunia yang diberikan oleh Guiness World Records 2018. Terdapat sekitar 500 orang di seluruh dunia yang memiliki kepanjangan bulu mata yang tidak normal, namun tiada siapa yang boleh menewaskan panjang bulu mata pengarah syarikat pelaburan dari Shanghai itu.
Memetik laporan OddityCentral, Jianxia memberitahu wartawan China bahawa dia mulai menyedari bulu matanya terus memanjang ketika dia bersara dari pekerjannya sebagai ketua pelaburan jutaan dolar pada tahun 2013.
Bekas eksekutif kewangan tersebut benar-benar bangga dengan panjang bulu matanya. Bulu mata panjang adalah sangat indah bagi saya, melambangkan kesihatan dan umur yang panjang ujar Jianxia.
Bulu mata tersebut adalah sebahagian dari tubuh badannya dan saya selalu merawat, membasuh wajah saya dengan lembut agar tidak merosakkannya secara tidak sengaja, tamba
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya urusan jodoh adalah takdir dan ketentuanNya. Tanpa mengira cepat atau lambat, umur muda mahupun meniti penghujung usia. Siapa sangka, wanita warga emas yang menanti pasangan hidupnya selama ini, akhirnya bertemu jodoh pada usia 83 tahun. Lebih manis, tempoh perkenalan yang singkat selama 10 hari, membibitkan rasa cinta hingga ke jenjang pelamin.
Pasangan warga emas dari Phetchabun, utara Thailand, bernikah semalam selepas mengenali antara satu sama lain hanya selama 10 hari. Pasangan sejoli itu bertemu di Empangan Pak Huay di Khon Kaen dan tidak lama kemudian mereka memutuskan untuk berkahwin dan tinggal sesama sendiri pada usia tua mereka.
Persetujuan Berkahwin
Majlis perkahwinan diadakan secara sederhana di rumah pengantin perempuan di daerah Lom Sak di Phetchabun semalam.Pengantin lelaki akan berpindah ke rumah pengantin perempuan dan tidak membawa apa-apa barangan lain, selain daripada dirinya dan sebuah motosikal.
Pengantin lelaki Nuan Mala berusia 72 tahun juga tidak memberikan mas kahwin atau ‘sod dosa’ kepada pengantin perempuannya, Moot Jamkham yang berusia 83 tahun. Sekadar meminta persetujuan bersama untuk berkahwin.
Majlis Perkahwinan Ringkas
Perkahwinan itu adalah majlis yang ringkas tetapi meriah, dihadiri oleh saudara-mara pengantin lelaki. Nuan mempunyai 3 anak dengan isteri terdahulu tetapi Moot berkata dia langsung tidak pernah berkahwin atau mempunyai keluarga sendiri sebelum ini.
Nuan berkata dia “100% kagum” dengan pengantin perempuan itu dan berjanji akan menjaganya sentiasa.
Pasangan bahagia itu berkata mereka sedang bercinta dan melalui saat bahagia dalam perkahwinan.
Mingguan Wanita: Urusan jodoh tak siapa yang tahu ketentuanNya. Tak kiralah lambat ataupun cepat. Siapa sangka di penghujung usia, memasuki usia warga emas wanita ini ditakdirkan bertemu jodoh.