Perjalanan nak menjadi wartawan ini bukan mudah. Bukan boleh menulis sudah boleh dipanggil wartawan. Tak sama sekali. Kerjaya ini datang dengan pakej tanggunjawab yang sangat.. sangat.. berat. Bukan cerita wartawan itu yang mahu dihighlightkan tapi sebagai pengenalan supaya taklah terkejut membacanya. Ini kisah abah saya.
Abah saya bukanlah ada harta yang mewah macam sesetengah orang lain. Tapi walaupun abah tak hebat macam orang lain, abah tetap hebat di mata saya.
Dari kecil abah saya ini buta huruf, tak pandai pun membaca. Abah tak pernah cerita pun yang dia tak boleh membaca.
“Abah tak nampaklah.. tulisan kecik sangat.” Itulah selalu yang abah sebut. Beralasan agar anak-anak tak rasa rendah diri dengannya.
Saya tetap tahu. Namun, tak pernah salahkan abah. Sebab keadaan sukar keluarga abah buatkan abah terpaksa rela membiarkan dirinya tak bersekolah. Bantu keluarga.
Satu hal yang buat saya senang dengan abah. Dari saya kecil abah tak pernah nak marah-marah anak tak tentu pasal. Isk! Memang tak adalah. Kalau saya dan adik-adik nakal sekalipun, abah denda saya berdiri berjam-jam dekat bucu katil.
Yang hairannya, saya boleh pula ikut apa abah suruh tu. Kalau saya praktik kat anak-anak mau anak-anak. Baru berdiri 2 saat lepas tu lari lintang pukang. Haish!
Tapi bila abah dah marah memang kitaorang takut tak jejak tanah. Pernah adik saya tak nak ke sekolah, abah ikat dia dekat pokok. Mak cerita sekali tak sedar rupanya ada kerengga gigit adik. Pernah juga adik saya yang lain kena rendam dalam air kolah. Hah! Kau ada? Mujur zaman itu tak ada makcik pakcik bawang.
Tapi kesan dari kisah itu, adik saya terus nak masuk sekolah. Lepas adik digigit kerengga itu, mak mandikan adik dan mak abah hantar semula adik masuk sekolah.
Ads
Moga Abah Sihat
Cuma rezeki saya dalam bab belajar ini mungkin murah sedikit Allah beri. Saya dapat sambung belajar di UiTM.
Bila saya jauh dari keluarga waktu itu. Tiba-tiba rasa sayang dekat mak abah tu makin mendekat. Mulalah abah jadi tempat saya mengadu waktu zaman belajar dulu.
Terutama pada cerita yang mak memang takkan faham dan tak nak faham.
Rahsia yang tak nak mak tahu, Abahlah orang pertama yang akan tahu.
Dalam usia 40 ini, saya masih dan tetap akan jadi anak manja abah.
Ads
Abah tak tunjuk sayang tu. Tapi saya tahu seluas lautan kasih abah.
Hobi abah malam-malam, duduk di satu sudut kerusi kegemarannya di dapur sambil petik-petik gitar.
Dengar lagu-lagu klasik yang menenangkan slow and steady.
Akhir-akhir ini abah selalu juga semput. Dulu pun sama semputnya. Tapi semput akhir-akhir ini makin ketara.
Seni Menulis Turun Dari Abah
Tapi abah tak pernah duduk diam.
Ads
Pagi-pagi sepie abah dah bangun bagi makan ayam, mesin rumput terus sambung buat rumah.
Abah masih KUAT buat RUMAH ORANG!
Sebabnya abah nak adik saya yang bongsu itu terus belajar dari dia. Ambil ILMU PERTUKANGAN orang lama-lama yang susah dah nak jumpa.
Ilmu buat rumah abah memang mahal. Dulu masa kecik saya tolong abah bancuh simen, angkat batu pasir. Ikut abah tolong kutip buah sawit.
Saya ingat, kemahiran menulis ini pun datang dari abah. Bezanya abah seni pertukangan buat rumah, saya tukang tulis.
Apa pun, semoga ABAH kuat.. sihat. Dan adikku.. belajar LAJU-LAJU, CEPAT-cepat ilmu mahal abah itu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hiasan karangan bunga, kalau nak beli, rasanya harga pun boleh tahan juga. Walaupun begitu, memang cantik bila dijadikan hiasan di rumah. Nak gantung atau diletakkan frame pun boleh. Ikut pada idea masing-masing.
Tak perlu nak pening-pening, hiasan karangan bunga nie rupanya boleh dibuat sendiri. Bahan yang digunakan pun diambil daripada sekita rumah. Akar-akar kayu dan penyakut baju. Bunga pula bolehlah dibeli di kedai atau guna sahaja bunga yang memang tak nak pakai.
Kali ini, Norpadilah berkongsi idea dalam membuat hiasan karangan bunga. Bolehlah mak-mak buat kat rumah. Tepek di dinding pun cantik.
“DIY hiasan karangan bunga ni sesuai untuk dinding atau pintu. Kos pun sangat-sangat rendah sebab kita una bahan-bahan terpakai yang ada di sekitar rumah. Cuma, kena gigih dapatkan akar kat semak la…”
Bahan Yang Diperlukan:
1. Akar kering yang melilit pokok.
2. Hanger baju
3. Cable tie
4. Hot glue
5. Bunga/daun artificial
6. Spray paint putih atau clear
7. Kayu pallet & hook ( addition ) klu nak buat frame
Step by step ada di bawah.
Akar pokok, hanger baju dan cable tie.
Spray ikut suka warna apa.
Kalau nak buat frame.
Kering cat boleh letak bunga pulak guna hotglue gun.
MW: Kreatif. Nanti bolehlh buat kat rumah. Tampal kat dinding untuk hiasan. Mesti cantik.
Musim persekolahan bermula, banyak belanja yang mak ayah perlu keluarkan untuk anak-anak. Selagi mana boleh berjimat, usahakan agar boleh digunakan kembali tak perlu membazir, serba serbi nak beli baru. Salah satunya baju uniform sekolah anak-anak. Jika dinila dengan cara yang betul, baju putih tersebut akan nampak seakan baru. Malah nak lebih senang, mak-mak boleh nila je dalam mesin basuh, kesannya baju cantik warna putih kebiruan sekata dan tak bercapuk.
Jemput baca perkongsian Puan Syaiful Ainiini sebagai panduan cara menila baju sekolah anak.
Nak share tips senang nak NILA baju sekolah anak. Saya nila baju sekolah anak guna nila cair Ujala macam dalam gambar. Setakat ni masih setia dengan baju jenama ‘Canggih’ sebab sukakan material dia yang sejuk dan cotton seakan licin (mudah iron dan mudah hilang kotoran) dan saya bukan jenis beli baju baru tiap-tiap tahun, akan pakai selagi boleh pakai.
Caranya:
1. Rendam Baju Sekolah, Basuh Guna Mesin Basuh
Basuh baju bersih-bersih, kalau ada yang perlu rendam boleh rendam dulu. Saya rendam baju sekolah anak guna vanish + dynamo + air suam-suam panas. Kadang vanish tu tukar guna sabun champaca. Hasil dia lebih kurang je. Basuh dengan mesin macam biasa je, saya tak rajin nak sental-sental baju anak, semua jenis masuk je dalam mesin. Basuhan biasa saya guna dynamo. Kalau setakat kotoran biasa, tak perlu rendam. Just basuh macam biasa je, memang akan hilang kotoran tu.
2. Isikan Air Nila Dalam Mesin
Dah siap basuh, bilas hingga bersih macam biasa dan spin. Kosong kan ruang basuhan untuk diisikan air nila. Isi air ngam-ngam boleh putar hingga tenggelam baju je. Kalau baju canggih tak yah risau untuk terlebih nila sebab biru yang melekat kat baju tu akan maintain cun je macam dalam gambar. Kalau nila baju biasa yang licin tu kan hati-hati sikit, jangan terlebih letak nila sebab nanti akan jadi biru pekat.
3. Masukkan Baju, Pusing, Bilas Dan Spin
Lepas dah isi air dan nila, putar je mesin tu hingga sebati air dan nila. Baru masukkan baju putih sehelai-sehelai dan teruskan je pusing sampai abis. Kalau mesin saya dalam 15 minit juga pusing. Dah abis pusing terus buang air dan bilas sehelai-sehelai dan masuk semula tempat spin. Spin macam biasa dan jemur hingga kering. Siap dah baju sekolah yang bernila. Insya Allah takkan ada nila yang bercapuk kat baju.
Gambar A tu baju abang yang lama dan baju adik yang baru. Baju 2019 tu dah pulun pakai setahun dah. Untuk abang tahun ni tak beli baju baru dah, guna baju lama je semua. Bila compare baju lama dan baju baru, tak jauh beza pun rupanya. Masih nampak seakan baru.
Gambar B tu baju baru dengan baju yang pakai 2 tahun dah. 2018 masa abang mula-mula masuk darjah 1. 2020 bagi baju tu ke adik. Ni gambar sebelum iron. Kain dan warna masih elok lagi walau dah pakai 2 tahun. Pelaburan berbaloi lah sebab tak perlu nak beli yang baru tiap-tiap tahun. Tapi kalau jenis anak cepat membesar, tak dan setengah tahun dah ketat tu kan lah kerap beli yang baru.
Sekian sahaja tips yang paling senang untuk menila baju tanpa risau baju bercapuk.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika baju sekolah anak masih elok, tak salah gunakan kembali dan tak perlu membazir beli baru. Ikut tip nila baju cara ni, tiada lagi masalah baju anak bercapuk dan baju pun seakan baru.
Tarik Buang Kulit Hijau, PETUA Masak Sayur Keladi Supaya Tak Gatal Bila Makan! Sayur batang keladi memang sedap apabila di masak lauk kampung seperti Asam Pedas Utara, Asam Rebus, Masak Lemak Cili Api dan sebagainya.
Namun nak siang sayur batang keladi ni ada caranya. Jika salah teknikya, tekak boleh jadi gatal-gatal bila dimasak kuah nanti.
Petua nak masak sayuq keladi tak jadi gatai senang ja. Petua ni aku dapat masa tahun pertama aku berniaga Nasi Ulam & Sayur Keladi Asam Pedas Utara.
Makcik di market bagi petua. Makcik tu memang dok juai keladi di market. Petua dia ;
1. Kena tarik buang kulit hijau yang ada dekat batang keladi tu. Walaupun perniaga keladi dah tarik dekat kita siap-siap. Tapi masa dok basuh tu, tarik mana yang perniaga keladi tu terlepas pandang. Masa handle keladi pakai sarung tangan or plastik ok.
Kalau tak pakai nanti tangan jadi gatai.
2. Basuh bersih dan toskan. Tonyoh-tonyoh sikit keladi tu masa basuh tau.
3. Masak ayaq buh asam keping 3-4 keping dan buh garam kasaq sikit. Masak ayaq tu sampai mendidih.
4. Masuk batang keladi. Masak sampai empuk/lembut. Masa masak tu ampa balik-balik kan bagi semua bahagian keladi kena ayaq rebusan tu. Masak la sampai keladi lembut/empuk. Toskan. Buang ayaq rebusan dia. Siap. Confirm batang keladi ampa takkan gatai.
Pastu tahan ayaq, blend bahan nak buat asam pedas rebuih naik sampai mendidih dan masuk batang keladi yang kita dh siap tos tadi.
Aku guna cara ni ja, memang keladi aku masak tak jadi gatai lepaih dah siap masak. Sebelum juai, kami akan rasa kuah dan ambik keladi yang kecik untuk gigit dan rasa.
Memang tak gatai dah. Terima kasih pada ilmu yang makcik tu turunkan.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...