Dikala pihak sekolah dan guru-guru bertungkus lumus membuat persiapan akhir sempena pembukaan sekolah, demi memastikan keselesaaan murid-murid dan para pelajar dalam menghadapi persekolahan norma baru. Sungguh malang tidak berbau, jasa dan keringat guru ini hingga ke akhir hayat. Dilaporkan seorang guru lelaki tergelincir dari balkoni ketika sedang melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah semalam.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga guru Matematik tergelincir dari balkoni belakang tingkat satu di SK Batu Gajah, ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah itu.
Mangsa yang terjatuh pada ketinggian tiga meter parah di kepala akibat terkena longkang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan pemeriksaan air bagi memastikan setiap sinki di dalam kelas berfungsi.
“Mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter.
“Mangsa mengalami kecederaan di kepala berikutan terkena bahagian longkang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Tanah Merah.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya di balkoni berkenaan manakala terdapat guru lain dalam kelas itu.
“Terdapat guru yang melihat kejadian berkenaan dan kami dimaklumkan kesemua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan
sekolah esok.
“Mangsa yang mempunyai lima orang anak mengajar Matematik di sekolahnberkenaan sejak 17 tahun lalu,” katanya.
Zainuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Muhammad Zulhakim, 21, anak kepada guru, Rosle Abdul Aziz, 54, ayahnya seminggu sebelum kejadian ayahnya lebih kerap meluangkan masa dengan anak-anak dan tak menyangka ia antara petanda sebelum meninggal dunia.
“Abah selalunya tidur awal, namun sejak seminggu lalu, dia sanggup meluangkan masa dengan anak sehingga kami semua masuk tidur pada 12 tengah malam.
“Memang agak pelik dan tidak menyangka itu petanda abah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” luah Muhammad Zulhakim Rosle.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, kira-kira setengah jam sebelum kejadian, mangsa menghubunginya meminta dokumen persekolahan
adiknya dan dia sempat ke sekolah berkenaan pada 12 tengah hari.
“Saya sampai ke sekolah dan hanya adik keluar bertemu abah untuk menyerahkan dokumen. Kami tidak sangka tidak lama kemudian, mama menghubungi saya memaklumkan kejadian menimpa abah.
“Abah sebelum ini ada menceritakan setiap kelas di sekolahnya memasang sinki sebelum pembukaan sekolah esok dan abah memang minat bertukang.
“Walaupun kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian ini, namun kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan
Hospital Tanah Merah (HTM), hari ini.
Muhammad Zulhakim turut menyifatkan kehilangan bapanya sangat dirasai mereka sekeluarga kerana arwah sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarga dalam setiap urusan.
“Abah kami memang terbaik. Abah bagi komitmen penuh kepada kami dengan memberi pendidikan seimbang sama ada sekolah dan pendidikan agama.
“Setiap hari abah hanya menghabiskan masa dengan keluarga, abah tidak suka lepak di kedai kopi seperti orang lain.
“Saya perlu kuat demi adik dan berdoa kami semua dapat menempuhi ujian ini dengan baik,” katanya yang menuntut di Universiti Malaysia Pahang
(UMP).
Katanya, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pisang Gala.
MW: Besar pengorbanan guru demi memastikan keselesaan murid-murid sebelum masuk ke sekolah. Salam takziah buat keluarga arwah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.
Sumber: Hmetro