“Abah Dah Janji Dengan Umi…”, Bertuahnya Umi, Abah Jaga 24 Jam – Nurasiah

Share

Bertuahnya bila pasangan tidak pernah berkira atau jemu menjaga walaupun dalam keadaan susah atau senang sekalipun. Bukan sesuatu yang mudah untuk seorang suami menjaga isteri sakit, apatah lagi diuji dengan penyakit strok.

Bukan sebarangan suami yang mampu dan boleh menjaga isteri sakit. Bertuahnya kerana suami tidak langsung berkira dan sanggup susah senang bersama.

Biasa yang kita dengar, isteri sanggup bersusah payah menjaga dan mencari nafkah kerana suami tidak sihat, lumpuh atau terlantar di katil. Mungkin itu biasa yang kita tahu.

Berlainan dengan pasangan ini, isterinya mengalami strok setahun yang lalu. Dialah yang menjaga 24 jam dengan menukar lampin, membersihkan badan dan sebagainya. Boleh dikatakan bertuahnya isteri kerana suami ada bersamanya sepanjang masa.

Inilah yang diceritakan oleh anaknya Astiey Nurasiah Che Ibrahim tentang keadaan uminya yang diserang strok dan abahnya yang sanggup berada di samping isterinya 24 jam tanpa jemu untuk menjaganya. Bertuahnya umi dapat sebaik abah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami, Jangan Terlalu JAGA HATI Isteri Sampai Lupa Jasa MAK Dan Adik Beradik

Masih Ramai Suami Mithali, Sanggup Jaga Isteri Sakit

Info Lebih Menarik DI SINI

Bertuahnya Umi, Apa kebaikan Umi Pada Abah

Kalau yang follow kak as tahulah tentang mak kak as yang diserang strok bulan 11tahun lepas. Luluh hati Allah sahaja tahu.

Umi kak as dari awal kahwin hanya surirumah sepenuh masa. Tak bekerja. Gaji abah tak besar. Tapi abah sedaya upaya penuhi apa hajat si isteri.

Sampai pernah kawan kak as datang rumah tengok almari baju umi kak as dan bertanya

“Umi kau kerja ke?”

Sebelum pencen abah ada cakap

“Abah pencen ni abah nak bawak umi ronda2 satu Malaysia. Pergi rumah anak-anak”
Elok 2minggu lagi abah nak berpencen umi kena serangan strok.

Sampai sekarang umi kak as terlantar dan tak boleh bercakap. Ada sebutir dua perkataan yang kadang kami sendiri sukar nak faham.

Tapi umi bertuah. Umi ada abah yang 24jam tak lepas umi. Bukan hari ni saja dan bukan di usia tua ini sahaja tapi sepanjang masa.

Masa kak as umur 15 tahun umi buang rahim. Tak dapat mengandung. Abah 24 jam teman umi. Abah guru. Balik sekolah terus ke hospital. Tidur di kaki lima hospital. Balik rumah tukar baju terus ke sekolah.

Masa kak as umur 18 tahun umi kena breast giant tumor. Kes terpencil sampai medik TV datang masa tu untuk interview. Abah halau tak nak umi malu.

Ada yang nak buat pembedahan bagi breast umi terbentuk elok balik. Abah tak bagi dan abah kata

“Kita tak nak tengok isteri kita sakit dah. Yang tu tak ada kita tak kisah”

Sampai di usia sekarang.

Beli Barang Kemas Untuk Isteri

Masa umi strok abah beli set barang kemas kat umi.

“Abah dah janji dengan umi. Abah kena tepati”

Itu ayat abah

Dan abah buatkan bilik yang sangat selesa kat umi.

Kami jadi tukang deko. Kak as sediakan pembantu kemas rumah dan fisio therapist.
Belikan katil baru untuk abah. Kalau ikut abah tidur sekatil dengan umi pun tak apa.

Masa umi sihat abah suka sangat bergurau dengan umi. Ada sahaja yang dia menyakat nak timbulkan suasana.

Sampai sekarang ini abah akan menyakat umi walau keadaan umi macam ni.

Kadang kak as tersipu malu waktu abah tukar baju umi dan lap badan umi, abah geletek ketiak umi. Sampai terbahak-bahak ketawa umi tanpa ulas kata.

Kadang abah sakat umi

“Tak berat ke nak angkat tangan itu barang kemas banyak-banyak”

Yelah. Orang strok tapi barang kemas kat tangan.

Jaga Kebersihan Umi

Jam 4 pagi abah dah bangun salin pampers umi. 8 kali sehari paling kurang abah salin
pampers. Punya dia jaga kebersihan umi. Cadar yang kak as belikan bertukar setiap hari. Belum kira bancuhkan susu. Bekas susu dibasuh bersih

Tv rosak kena air aircond abah dah kelam kabut bawak sidai tengah panas takut umi boring. Blackout abah dan gelisah takut umi panas.

Abah pernah mesej suami kak as

“Dengan orang perempuan ni kita kena banyak bersabar man”

Yea. Abah buat apa abah cakap. Umi emosi menjerit-jerit marah. Abah buat lawak untuk pujuk umi.

Entah apa kebaikan umi suatu masa dahulu sehingga dapat suami sebaik abah.

Setianya seorang suami pada isteri, sentiasa berada di sisi. 

MW: Bertuahnya seorang isteri bila suami sanggup susah payah bersama isteri tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun.

Sumber: Astiey Nurasiah

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?

Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.

Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.

Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.

Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora