Hiburan

Aafiyah seronok dapat main piano, Siti Nurhaliza belum terfikir bawa anak serius bidang muzik

Share

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak terfikir untuk membawa anaknya iaitu Siti Aafiyah Khalid untuk bergiat secara aktif dalam industri muzik.

Malah Siti tidak berselindung bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, juga agak keberatan untuk membenarkan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah, 6, bergelar penyanyi.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/datuk-siti-nurhaliza-taja-20-pasangan-program-ivf-warga-maya-puji-usaha-murni-bantu-usaha-miliki-zuriat/

Meskipun Siti Aafiyah buat kali pertamanya muncul mengiringi persembahan Siti dengan bermain keyboard, menerusi lagu Nadi 

di Konsert Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan, Sabtu lalu, ia bukanlah ‘tiket’ untuk Aafiyah menceburkan diri dalam dunia seni. Aafiyah muncul di pentas ditemani  adiknya, Muhammad Afwa.

Siti berkata tujuan dia memberi peluang kepada Aafiyah bermain piano sewaktu Konsert Cinta di Awan pada 10 Ogos lalu adalah kerana ingin mendedikasikan lagu baharu berjudul Nadi itu kepada dua anaknya itu.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/tunku-azizah-kongsi-kisah-sedih-siti-nurhaliza-hampir-maut-ketika-lahirkan-aafiyah/

“Cuma untuk konsert itu saja sebab saya sampaikan lagu itu adalah untuk anak saya. Menurut Siti lagi, buat masa ini, minat Aafiyah lebih cenderung ke arah bermain alat muzik, manakala adiknya, Muhammad Afwa, 3, pula suka menyanyi.

“Semasa raptai dia menangis selama setengah jam tetapi Alhamdulillah, terima kasih Aafiyah. Terima kasih Afwa,ujar Siti Nurhaliza.

“Permulaan dan muzik dia (lagu) Aafiyah belajar bersama gurunya itulah yang mencipta lagu itu,” katanya kepada Mingguan Wanita ketika ditemui di sidang akhbar sempena konsert Festival Hausboom yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di KL Base, Kuala Lumpur.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/baju-sarat-mesej-pilihan-dato-sri-siti-nurhaliza-pereka-fesyen-dedah-simbolik-gaun-berlian-bersulam-tangan/

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 

 

 

Published by
Rosmah Idayu