90 Hari Cuti Bersalin, Itu Bonding Ibu Bersama Bayi Dan Penyusuan

Apabila Belanjawan 2020 KHAS buat wanita, yang dibentangkan meluluskan tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 ke 90 hari bermula 2021, pelbagai reaksi mula diterima.

Bagi mak-mak, tentunya inilah doa yang amat diharapkan sungguh-sungguh. Kerana, tempoh 60 hari untuk melengkapkan penyusuan bayinya masih belum mencukupi sebenarnya.

Tetapi tidak bagi sesetengah majikan swasta yang menyifatkan perlaksanaan ini akan membebankan syarikat terutama syarikat-syarikat kecil.

Cuti Bersalin, 90 Hari Terlalu Panjang..

Malah, mengulas bajet yang dibentangkan itu, di Astro AWANI, usahawan wanita Christy Ng dan pengasas Christy Ng Shoes beranggapan tempoh yang diberikan itu terlalu panjang.

Perkara yang saya tidak gembira ialah peningkatan cuti bersalin. Ia mungkin ada baik dan buruk.

Seorang pekerja wanita yang cuti selama tiga bulan adalah terlalu lama dan saya juga merasakan ia menyebabkan masalah kepada majikan untuk meletakkan pekerja berkenaan di kedudukan tinggi.

Ia mungkin bukan sesuatu yang baik.”

IKLAN

 

90 Hari Cuti Bersalin, Itu Bonding Ibu Bersama Bayi Dan Penyusuan

 

Itulah Tempoh Bonding Ibu Bersama Bayi Dan Penyusuan

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Hannah Yeoh menerusi twitternya membidas pendapat pereka kasut ini.

IKLAN

Ujarnya, nilai cuti bersalin tak boleh dilihat daripada perspektif majikan sahaja.

Lagi pula, ia bertujuan untuk bonding ibu bersama bayi dan penyusuan. Yang mana, 90 hari itu adalah jumlah asas dan minimal. Dan ia tidak keterlaluan.

Ini dilihat menerusi kadar kesuburan yang semakin merosot. Dari tahun 1957, dicatatkan 6.6 menurun sehingga 1.91 pada tahun 2020.

 

IKLAN

90 Hari Cuti Bersalin, Itu Bonding Ibu Bersama Bayi Dan Penyusuan

 

Majikan Swasta Yang Enggan Akur Akan Dikenakan Hukuman

Sementara, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran menegaskan majikan swasta perlu mematuhi perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020.

Yang mana, majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan.

MW : Semoga mak-mak akan memanfaatkan tempoh 90 hari bercuti itu untuk melengkapkan penyusuan susu ibu kepada bayinya.

Sumber/Foto : Astro Awani , twitter Hannah Yeoh, Malaysiakini

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI