Ramai mak-mak yang ada masalah nak turunkan berat badan. Lagi-lagi bila umur dah meningkat ini. Buatlah macam-macam cara, nak naik itu memang macam kilat, tapi nak turunnya ‘slow’ yakmat.
Bila mana Cikgu Sarifa Redzuan, Trainer di World SPA Therapy & Consultancy ini maklumkan yang beliau berjaya turun berat 5kg dalam masa 6 hari, ramai yang mahu beliau berkongsi rahsia.
“Cikgu macam mana boleh turun 5kg 6 hari tu, kongsi plz..”
Rahsia Turun Berat 5 Kilo Dalam 6 Hari
Ini rutin yang cikgu Sarifa amalkan:
1. Hari hari cikgu sental badan sweet surrender body polish yang dalam set limited edition miracle love potion.
2. Selang sehari cikgu mandi ais dan masukkan sedikit Miracle oil love potion dan miracle salt love potion.
3. Setiap hari cikgu akan urut perut dan kaki sebelum tidur dengan minyak herbal.
4. Stop dulu air air yang manis dan bergas.
5. Lebihkan minum air kosong.
6. Kurangkan makan daging dan ayam. Cikgu suka makan ikan dan sayur.
7. Selang 2 hari wap badan dengan herba atau daun daun seperti serai, daun kunyit dan sebagainya.
8. Sehari dua kali minumlah air detox sama ada jus buah buahan atau jamu detox.
9. Sarapan dan lunch wajib ambil tau. Namun, elakkan makan tengah malam.
Cubalah!
TEKNIK KETIGA ( URUTAN PERUT)
Cara urut perut cikgu kongsi kat bawah ni.
Selepas mandi wap. Lap sahaja badan awak tu. Jangan mandi lagi. Terus Buat urutan di perut tu.
Teknik Urut Untuk Abdomen
Langkah 1
1. Gunakan minyak yang dipanaskan di dalam Burner (Boleh beli di kedai HIN0DE)
2. Mulakan dengan meletakkan kedua tangan awak di perut dan beri tekanan sambil menolak perut dari atas ke bawah. Buat beberapa kali (Rujuk gambar pertama)
Langkah 2
Mengikut arah jam buat putaran sekitar perut awak dengan satu tangan berikut yang lain dalam bulatan, menggunakan seluruh permukaan tangan anda. Buat beberapa kali (rujuk gambar ke-2)
Langkah 3
Gunakan hujung jari anda untuk tekan di point yang bertanda x seperti yang ditunjukkan oleh gambar ke 3 , dan slide ke bawah perlahan-lahan. Seperti menolak atau melurut ke bawah. Buat beberapa kali (Rujuk gambar ke-3)
Langkah 4
1. Gunakan ibu jari atau jari anda untuk tekan kedua-dua point yang bertanda x dengan kiraan 5 saat secara perlahan dan tambah tekanan apabila mengulangi langkah ini.Buat beberapa kali (Rujuk gambar ke-4)
2. Teruskan sambil membuat pernafasan (deep breathing) semasa awak menekan di point tersebut.
Langkah 5
Perlahan-lahan buat gerakan seperti memerah di pinggang awak seperti menarik kulit.Buat beberapa kali (Rujuk gambar ke-5)
Langkah 6
Urut ke atas dari tepi pinggul ke atas. Buat beberapa kali. (Rujuk gambar ke-6)
Cubalah!
Nota rajin : Memang kena rajinlah.
Sumber/Foto : Sarifa Redzuan II
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI