Cameron Highland terkenal dengan suasana nyaman, udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Nak bawa anak-anak dan keluarga bercuti disini pun sesuai sangat sebab Cameron Highlands banyak tempat-tempat yang menarik yang sesuai untuk dikunjungi.
Tapi bagi sesiapa yang biasa datang ke sini, tiket kemasukan ke beberapa tempat popular disini boleh tahan juga harganya. Kalau pergi seorang dua boleh tahan lagi, boleh pejam mata. Tapi kalau pergi sekeluaraga jika dikira-kira dah berapa?
Sebenarnya, tak perlu bimbang lari bajet. Mak ayah boleh lebih berjimat dan tetap menikmati keseronokan di Cameron Highlands dengan memilih tempat-tempat menarik yang menawarkan kemasukan PERCUMA sahaja!
Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas.Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang.
Ladang teh yang terletak di Sungai Palas, mempunyai keluasan 8 ribu ekar. Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.Tidak seperti Ladang Teh Bharat,yang terletak di Tanah Rata dan Boh Tea Garden yang terletak di Ringlet, jalan ke Ladang Teh Sungai Palas ini agak berliku-liku, mencabar dan sempit.Jadi lebih berhati-hati iya.
Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang proses membuat uncang Teh Boh.Tapi kalau cuma mahu melihat panorama, boleh juga berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di anjung kafe yang disediakan.
Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands
Mengidam makan Strawberi segar baru sahaja dipetik? di Big Red Strawberry Farm anda dapat merasa nikmat makan Strawberry segar.Kebanyakkan stawberi yang dijumpai di Malaysia datang dari Cameron Highland dan di sini anda dapat melihat bagaimana proses menjaga pokok strawberi. Dengan bayaran yang kecil anda juga dapat memetik strawberi anda sendiri.
Selain dari strawberi, di sini juga terdapat Café, kedai cenderamata dan ladang sayur organik dan bunga segar. Kena cuba waffle strawberi kat sini, sangat sedap!
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30am – 6.00pm)
Lokasi: Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland.
Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah tapak ke Sungai Ruil berdekatan Golden Hills.Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang.
Apa yang membezakan Pasar Malam ini dari pasar malam yang lain dinegara ini adalah di sini anda dapat membeli hasil keluaran penduduk tempatan Cameron Highland seperti teh, sayur dan buah-buahan segar.Pasar malam ini juga merupakan salah satu destinasi tempat makan menarik di Cameron Highlands yang mempunyai makanan sedap dan santai.
Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yg popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, “apple Cameron”, jagung mutiara.
Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah – Setiap hari
Lokasi: Jalan Sungai Ruil, Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland
Fragrance Nursery merupakan destinasi yang sesuai untuk penggemar bunga sejati. Mereka sudah lama menjadi bembekal tumbuhan pasu terkenal di Cameron Highland yang telah beroperasi selama 25 tahun.
Antara bunga yang dipamerkan disini adalah Lavender, Rosemary, Orkid, Ros, Kekwa dan 100 jenis tumbuhan flora yang lain. Baru-baru ini mereka juga telah mula menanam anggur.Sambil jalan-jalan boleh ajar anak-anak kenal pelbagai jenis bunga yang ada disini.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00pm)
Lokasi: Batu 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.
Mossy Forest pula merupakan destinasi khas buat mereka yang datang untuk menikmati kecantikan alam semulajadi yang ditawarkan oleh Cameron Highland.Gabungan udara yang sejuk dan lembab, menjadikan atmosfera di dalam hutan sesuai untuk tumbuhan seperti fern, moss, lichen dan bunga orkid.
Jika tidak mahu mendaki dan hanya mahu ber jungle trekking boleh berjalan di platform kayu sepanjang 150m yang disediakan oleh Jabatan Hutan Cameron Highlands.Di sini anda ada kawasan hutan sejuk yang penuh dengan lumut — dari tanah hinggalah batang kayu, semuanya diliputi lumut hijau yang menyerap air seperti span basah.Permandangan yang sangat cantik untuk bergambar!
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Mossy Forest, Brinchang, 39000 Cameron Highland
Ladang Lebah Eu Feng Gu boleh dijumpai 3.5km dari pekan Brinchang berhampiran dengan Equatorial Resort. Di sini anda dapat belajar sedikit sebanyak tentang proses menghasilkan madu dan cara betul menjaga lebah.
Selain daripada itu disini juga terdapat galeri membeli-belah yang besar dan tempat permainan kanak-kanak, muzium mini dan café. Boleh juga membeli madu-madu segar yang dihasilkan oleh lebah-lebah diladang ini. Ada juga ruangan tempat membeli produk lebah seperti madu, losyen madu & juga sabun-sabun yang diperbuat daripada madu.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 7.00pm)
Lokasi: 75, Batu 43, Green Cow, Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands
Kea Farm antara yang menjadi tumpuan utama di Cameron Highland.Lokasinya hanya lebih kurang2-3km dari Tringkap. Pelbagai jenis jualan boleh diperolehi di sini.Seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran,barangan cenderahati, strawberi segar, madu dan harganya agak murah, jika dibandingkan dengan harga jualan di pasar malam Brinchang.
Jadi, jika terlepas untuk ke pasar malam, masih boleh singgah di Kea Farm lokasi ideal untuk mencari cenderahati seperti buah-buahan dan sayuran segar untuk dibawa pulang. Namun terkini, lokasi Kea Farm telah dirobohkan dan telah berpindah ke lokasi baru berhampiran.
Waktu Operasi: 8.00am – 6.00pm
Lokasi: Brinchang, 39100 Cameron Highlands
Merupakan sebuah kebun yang mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus baik yang besar mahupun yang kecil didalam pasu. Lokasi ini sesuai untuk dijadikan destinasi lawatan dengan anak-anak untuk lebih mengenali pokok-pokok berduri yang eksotik ini.Disini juga mempunyai beberapa tumbuhan pokok bunga yang tidak kurang menariknya. Bolehlah beli pokok kaktus kecil sebagai cenderahati disini.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm
Lokasi: Brinchang, 39100 Cameron Highlands
Selain popular dengan kebun strawberi, Cameron Highland juga terkenal dengan kebun anggur yang terletak di Bertam Valley mahupun Blue Valley.Namun kena datang sini pada musimnya. Anggur hanya berbuah dua kali setahun sekita Mac atau September.
Selain bergambar, pengunjung boleh merasai pengalaman memetik buah anggur dan beli sebagai buah tangan.Harga sekitar RM20-23 sekilo bergantung kepada harga pasaran semasa.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
Lokasi: Jalan Sungai Royang-Ringlet(6km dari Stesen Petrol Shell di Simpang Ringlet) Cameron Highlands
Jadi, jika merancang mahu bawa anak dan keluarga pergi bercuti di Cameron Highland, Pahang, jangan lupa singgah 9 tempat menarik ini. Lebih best kemasukan pula adalah PERCUMA! Jimat bajet!
Sumber: caridestinasi.com