Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 48 yang lebih dikenali sebagai Raja Azura atau Kak Engku merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio yang cukup berbakat. Ramai yang merindui penampilan Kak Engku di kaca TV. Agak lama menyepikan diri, tahun 2020 membuka tirai selebriti ini kembali mewarnai bidang seni apabila kembali berlakon dan menerima tawaran pengacaraan.

Kembali Aktif Di Kaca TV

Setelah berehat dalam 4 tahun dalam bidang pengacaraan dan 9 tahun tidak berlakon, Raja Azura ibarat ‘melepaskan geram’ dengan lakonan berkesan apabila kembali berlakon drama dalam bersiri 30 episod “Jujurlah Nikahi Aku” yang disiarkan baru-baru ini.

“Untuk tahun 2020 saya bermula dengan drama dahulu. Berlakon drama itu ibarat saya ‘melepaskan geram’ setelah 9 tahun saya tidak muncul di kaca TV berlakon drama.Dan kini saya berlakon drama balik. Maka bermulalah episod saya untuk tahun 2020.Insya Allah mudah-mudahan diharap permulaan 2020 ini memberi keberkatan buat saya dan kita semua. Saya pun dah mula (aktif) balik, insya Allah saya berjanji akan membuat yang terbaik untuk Mingguan Wanita,” ujar Raja Azura.

Hos Baru Mingguan Wanita

Penampilan Kak Engku sebagai salah seorang hos baru di Mingguan Wanita Talkshow musim ketiga yang telah bermula siarannya pada 17 Februari, ternyata mengubat rindu para peminatnya yang rindu dengan celoteh selebriti ini. Sekaligus menjawab teka teki dan persoalan penonton setia program ini, salah seorang diantara 3 hos baru yang menjadi pilihan.

Kak Engku akan bersiaran pada setiap hari Selasa, mengendalikan segmen gaya hidup dan pemakanan yang boleh ditonton di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 jam 12 tengahari hingga 1 petang.

“Saya berterima kasih dengan team Mingguan Wanita kerana menjadikan saya salah seorang daripada ‘ahli keluarga’ untuk Mingguan Wanita.”

“Saya akan bersiaran setiap hari Selasa sahaja. Hari ini (Isnin) sebenarnya adalah untuk merasai ‘flow’ bagaimana situasi nak ‘live’ nanti”, ujar Kak Engku.

IKLAN

“Dalam usia saya hari ini, saya rasa bersesuaian untuk buat program-program yang macam ni. Saya boleh ‘share’ pengalaman-pengalaman kita yang selama ini bukan sahaja kita mengetahui tetapi melalui situasi-situasi itu.

“Saya dapat kongsikan pengalamanan ini dalam Mingguan Wanita, saya rasa seronok dan saya terima tawaran ini,”

“Saya juga rasa gembira sangat sebab dapat bergandingan semula dengan Erra Fazira, dulu kami sama-sama dalam (rancangan) Primadona” ujarnya lagi.

9 Tahun Tak Muncul Di Kaca TV, Raja Azura ‘Lepas Geram’

Harap Dapat Buat Yang Terbaik

Menjadi pengacara yang mempunyai banyak pengalaman, ternyata mengendalikan rancangan ini tidak mengundang debaran hebat buat kak engku. Baginya sedikit cabaran yang perlu diambil kira adalah dengan mengetaui tahu selok belok rancangan yang dikendalikan.

IKLAN

“Antara cabarannya menjadi hos program ini, saya kena banyak membaca, banyak buat reseach sikit terutamanya apabila tanya soalan dan berhadapan dengan YB, VVIP dan sebagainya.”

“Mingguan Wanita merupakan satu program ilmiah yang boleh dikongsikan bersama wanita-wanita di seluruh Malaysia, dan banyak topik-topik yang boleh kita kongsikan.Sekurang-kurangnya ibu-ibu kat rumah sana, bukan sekadar baca suratkhabar, FB, youtube live tapi boleh juga dapat sedikit tip-tip daripada saya dan Erra Fazira serta hos-hos yang lain”

“Kepada team Mingguan Wanita saya ucapkan terima kasih banyak-banyak, Insya Allah doakan saya dapat buat yang terbaik dan mudahmudahan Mingguan Wanita akan mendapat tempat di hati semua penonton di Astro Prima dan Prima HD,” ujarnya Kak Engku lagi.

Mingguan Wanita Talkshow yang kini telah memasuki Musim Ketiga, masih mengekekalkan waktu siaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 12 tengahari hingga 1 petang. Serta format asal iaitu mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, kisah rumah tangga dan isu-isu kekeluargaan.

IKLAN

Musim ketiga ini juga turut menambah pengisian elemen baru bagi menambah baik lagi kandungan format asal agar kekal relevan, segar dan menarik untuk ditonton masyarakat masa kini.

Mingguan Wanita Talkshow juga masih mengekalkan pengacara musim kedua, Norman Hakim dan Erra Fazira untuk musim baru ini.

Selain kak engku, siapakah lagi 2 hos baru yang akan diumumkan? Nantikan kemunculan mereka bersiaran nanti!

Baca Lagi Di Sini:

Anak-Anak Kekuatan Terbesar Raja Azura, Jaga Mereka Ibarat Menanam Pokok!

Mingguan Wanita Talkshow Musim Baru Bakal Bermula, Nantikan Siapa Hosnya

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI