9 Sebab Mak Kena Bagi Anak Main Origami, Sebelum Tu Ajar Dulu Lipat Baju Seawal 3 Tahun

Seni melipat kertas atau Origami ini asalnya dari Jepun dan berkembang menjadi satu seni moden. Ada yang diperbuat dari kertas malah kain membentuk flora dan fauna yang bersegi-segi.

Ianya satu hasil kerja yang berseni, tapi ketika mak-mak bermain dengan anak-anak, kita layankan saja bentuk-bentuk yang anak hasilkan. Puan Hayati Nawawi berkongsi 9 kebaikan aktiviti Origami bersama anak-anak.

Bentuk Perkembangan Anak-anak

Origami adalah seni melipat kertas yang berasal dari negara Matahari Terbit. Seni origami sebenarnya banyak membantu perkembangan anak-anak. Membuat origami bersama anak -anak bukanlah kita mencari kesempurnaan. Tetapi asas kepada proses anak-anak melembut dan melakukan gerak-geri halus.

Ads

Sebagai permulaan membantu ibu bapa melipat kain baju juga adalah latihan awal sebelum di ajar origami. Biasakan anak-anak melipat kain baju seawal umur 3 tahun.

Ads

Kelebihan Origami

Ini antara kelebihan beraktiviti dengan anak dengan melakukan aktiviti origami

Ads
  1. Origami mengajar anak untuk mengendalikan bahan yang halus dan rumit dengan berhati-hati. Seni lipatan origami ini memahirkan tangan anak-anak untuk melipat dengan sabar dan berhati-hati bagi membolehkan lipatannya berhasil menjadi objek yang diingininya.
  2. Origami mengajar anak keseimbangan dan simetri. Lipatan-lipatan origami memerlukan latihan agar anak-anak mahir melipat dan memastikan lipatan tersebut betul-betul simetri bagi menghasilkan objek yang sem[urna.
  3. Origami meengajar anak ilmu matematik berkaitan geometri, setengah , seperempat bentuk dan saiz. Sambil kita menjalankan aktiviti ini bersama anak, ringan-ringankanlah mulut kita untuk bersembang dan menerangkan kepada anak-anak akan proses tersebut.
  4. Membuat origami adalah salah satu cara mendidik anak melaksanakan sesuatu tugasan itu dengan tertib dan sempurna. ‘Step by step’ cara lipatan tersebut harus di ikut sehingga sempurna terhasilnya objek tersebut.
  5. Walau macamana jua hasilnya hasil daripada lipatan mereka. Biasanya kita akan lihat keterujaan dan kesungguhan mereka. Hasil yang indah pada pandangan mereka hasil dari lipatan tersebut pasti menjadi keseronokan. Lebih-lebih lagi jika mendapat pujian dan kata-kata semangat darui ibu bapa.
  6. Prosedur, tahap demi tahap dalam membuat lipatan tersebut secara tak langsung mengajar anak disiplin dan mengikut peraturan.
  7. Kreativiti yang terhasil daripada aktiviti lipatan kertas origami ini mampu membentuk ketrampilan, kreativiti dan imaginasi anak-anak.
  8. Origami memiliki bahasa pendidikan yang menyeluruh @ universal, mudah di fahami dan disukai orang diseluruh dunia dari pelbagai budaya, agama dan status sosial.
  9. Origami juga boleh dijadikan aktiviti santai bersama keluarga atau kawan-kawan

Boleh Cari Origami Di..

  • Aktiviti origami ini tidak memerlukan kos yang mahal.
  • Saya biasa membeli kertas origami ini di kedai Mr DIY atai Daiso di AEON.
  • Untuk tutorialnya pula saya biasa lihat di Youtube.
  • Untuk anak-anak kita mulakan peringkat beginner dahulu dengan lipatan-lipatan yang mudah.

Sumber: Blog Hayati Nawawi via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI