Tak susah sebenarnya nak dapatkan pahala sunat pada hari raya. Tapi itu lah dikala kita sedang sibuk dengan segala persiapan raya, adakalanya kita terlupa dan terlepas pandang dengan perkara-perkara sunat yang amat digalakkan untuk dilakukan pada hari raya ini.
1. Bertakbir
Menghidupkan malam hari raya dengan beribadah kepada Allah,seperti bertakbir,berzikir, solat sunat, membaca al-Quran, bertakbir, bertasbih dan beristighfar pada sepertiga akhir dari malam itu, dan yang terbaik ialah menghidupkan seluruh malam itu dengan amalan tersebut.
Ini berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:
(من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى محتسبا، لم يمت قلبه يوم تموت القلوب)
Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Korban, maka hatinya tidak mati pada suatu hari yang mana hati-hati orang lain mati.”
2.Lafaz Ucapan Selamat
Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘Selamat hari raya, Maaf Zahir Batin’.
Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :-
Ads
” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “Taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
3. Mandi Sunat Pagi Hari Raya
Disunatkan untuk berniat mandi sunat di pagi hari raya sebelum berangkat menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri.
4.Makan Sebelum Solat Aidilfitri
Disunatkan untuk makan sedikit pada pagi Hari Raya sebelum ke masjid. Disunatkan juga makan dahulu beberapa biji tamar (bilangan ganjil) pada hari raya Fitrah, dan dilewatkan makan pada hari raya Korban sehingga balik dari menunaikan solat.
Ini berdasarkan hadis Anas:
Ads
كان رسول الله لا يغدو يوم الفطر حتى يأكل تمرات
Maksudnya: (Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari raya Fitrah sehingga baginda makan beberapa tamar.)
أن رسول الله لا يخرج يوم الفطر حتى يأكل، وكان لا يأكل يوم النحر حتى يصلي
Maksudnya: Hadis Buraidah (Bahawa Rasulullah SAW tidak keluar pada hari Raya Aidilfitri sehingga baginda makan dan baginda tidak makan pada hari Raya Korban sehingga baginda solat.) Riwayat Tarmizi & Ibnu Majjah
Ads
5.Berjalan Kaki Menuju Tempat Solat Hari Raya
Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.Walau pun begitu, tiada halangan untuk pulang mengikut jalan yang sama.
6.Banyakkan Berdoa Malam Raya
Banyakkan berdoa kepada Allah pada malam Hari Raya kerana malam raya merupakan antara waktu mustajab doa dimakbulkan.
7.Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan.
Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.
8.Puasa Sunat 6 Hari Pada Bulan Syawal
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun. Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.
9.Bersedekah
Hari Raya dengan duit raya memang sukar dipisahkan. Sekiranya anda bercadang nak beri duit raya, berniatlah untuk bersedekah dan kerana mengikut sunnah Nabi SAW.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Serius! Nama apam comel ini memang Apam Manja. Mungkin cara pembuatannya yang memerlukan sedikit-sedikit manja membuatkan namanya jadi macam tu. Atau mungkin sebab bentuknya yang comel, gebu manja gitew.. Macam-macamkan nama makanan Malaysia ni. Itulah yang buatkan negara kita kaya dengan makanan yang enak dan pelbagai. Tak gitew?
Resepi Apam Manja Gebu ini dikongsikan oleh Puan Nurul Shahida Mamat. Stepnya pun taklah sesukar mana. Ada bantuan video bagi memudahkan pemahaman suri-suri sekalian. Boleh juga dinikmati masa bersarapan pagi atau minum petang.
?KUIH APAM MANJA GEBUS?
Bahan-bahan Untuk Kulit
2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur
2/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan air
2 sudu besar marjerin cair
2 cubit garam
Cara Membuat
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
Bahan-bahan Untuk Inti
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar kastard
1 cawan gula
3 cawan air
1 sudu teh pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
Cara Membuat Inti
1. satukan semua bahan tapis dan masak sehingga likat dan berkilat.
2. Kemudian, sudukan di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah & lipat, picit dan angkat.
Cuti Sekolah ni, ramai mak ayah yang rancang nak bawa anak-anak berjalan dan pergi bercuti.Antara negeri menarik yang boleh dipertimbangkan untuk bawa anak-anak adalah ke daerah Johor Bahru yang merupakan ibu negeri bagi Johor Darul Takzim. Tempat berbayar mahupun PERCUMA menjanjikan pengalaman percutian yang menarik di selatan tanah air ini. Jom semak!
Legoland
Di Legoland, tarikan utamanya ialah pelbagai binaan yang diperbuat berasaskan dan berkonsepkan lego.Terletak di Nusajaya, Taman Tema Legoland Malaysia merupakan taman tema terbesar di dunia.Harga tiket kemasukkan agak mahal tapi berbaloi dengan pengalaman yang akan dirasai.
Terdapat Taman tema, Taman air dan macam-macam lagi yang membuatkan anak-anak mesti suka datang sini, teruja dan tak nak balik.Selain taman tema, kalau ada bajet lebih bolehlah menginap di hotel Legoland sendiri yang mempunyai pelbagai tema menarik di dalam bilik seperti Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninjago.
2.Hello Kitty & Thomas Town
Jika ada anak-anak kecil yang tahan panas, mak ayah boleh bawa ke Taman tema dalam bangunan berhawa dingin iaitu di Hello Kitty & Thomas Town, yangb terletak di Puteri Harbour.Boleh masuk sendiri ke dunia Hello Kitty, dari bilik Kitty hinggalah ke Secret Closetnya.
Untuk anak lelaki di bawah 5 tahun yang biasa dengan Bob the Builder atau Barney, tempat ini bakal buat mereka tersenyum. Kalau di TV mereka hanya boleh melihat Bob, di sini mereka boleh menolong Bob di Bobsville.Untuk peminat Thomas and Friends dan Pingu, ada banyak tarikan yang bukan sahaja boleh dilihat, tapi juga dinaiki.
3.Angry Birds Activity Park
Watak kartun Angry Birds cukup popular satu ketika dahulu.Taman ini adalah taman tema ‘Angry Bird’ yang pertama di Malaysia, yang terletak di KOMTAR.
Di sini anak-anak boleh bermain permainan seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery and Captain Black Bird Ship bersama karakter-karakter comel dalam aplikasi permainan ‘Angry Bird’. Ada juga disediakan ‘Parent’s Lounge’ untuk ayang mahu duduk berehat dari melayan geng Angry Birds ini.
4.The Real Escape Room JB
Antara tarikan menarik di Johor Bahru yang terletak di Taman Sutera Utama, Skudai.The Real Escape Room, permainan di dalam bilik kurungan yang hampir realistik. Tempat di mana perlu menyelesaikan teka-teki dan masalah untuk melepaskan diri dari bilik kurungan dalam masa terhad iaitu 60 Minit.
Boleh memilih tema pembunuhan, tema seram, tema siasatan kes, dan sebagainya mengikut citarasa.Antara tema yang diinspirasikan daripada filem-filem dan siri-siri drama terkenal termasuklah Prison Break, Resident Evil, Da Vincci dan Saw.
5. Austin Heights Adventure Park
Austin Heights Park yang dipanggil taman edutainment terbesar Malaysia mungkin kurang dikenali ramai.Tapi ia cukup sesuai untuk mereka yang datang dengan anak kecil dan mahu berseronok bermain air atau memanjat halangan bertali.Terdapat Taman Air
dengan slide yang tinggi, Taman Adventure Land, halangan bertali setinggi 3 tingkat dan gelanggang Ice Skating
Selain dari 3 tarikan di atas, terdapat juga go-kart untuk berlatih skill Tokyo Drift anda, dan juga JumpStreet — untuk anda melompat-lompat.Boleh menjadi tempat yang menarik untuk keluarga.
6.Capital City
Capital City, antara tarikan terbaru menarik yang terletak di Tampoi, Johor Bahru.Ia merupakan taman tema tertutup terbesar di Johor yang baru dibuka secara rasmi pada 17 Oktober lalu.
Antara yang menarik disini ialah The ‘City of Glass’ (lantai kaca tertinggi dengan ketinggian 50 meter), Venice River(sungai terpanjang lebih dari 1 kilometer), Cartoon Planet
taman tema tertutup hiburan terbesar kanak-kanak yang memakan masa selama 10 jam untuk menghabiskan kesemua tarikan, Thematic Shopping District (setiap aras didatangkan dengan reka bentuk ‘thematic’ yang diinspirasikan dari pelbagai negara), Hipster Bazaar (tempat berniaga yang berkonsepkan secara terbuka yang direka bentuk seakan tempat berniaga di luar negara) dan Amphitheatre (dewan berkonsepkan stadium ‘baseball’ yang mampu memuatkan sehingga 1000 orang pada satu masa).
7. Kuso Trick Art Gallery
Kuso Trick Art Gallery terletak di Taman Mount Austin, Johor Bahru. Ia mempunyai pelbagai galeri lukisan minyak 3D yang unik dan realistik dilukis pada dinding-dinding galeri yang membuatkan terasa seolah-olah berada dalam situasi yang sebenar.
Ada pelbagai tema dan konsep yang menarik seperti ‘Be Funny’, ‘Horror Room’, ‘Romantic Love’, ‘Kindergarden’ dan sebagainya untuk dilawati dan bergambar dengan aksi dan gaya tersendiri.
Sementara itu, kalau tiada bajet untuk ke tempat mahal-mahal ni jangan bimbang. Ada juga tempat-tempat menarik yang tak perlu keluarkan duit pun. Boleh singgah 5 tempat ini dengan kemasukan secara PERCUMA jika datang Johor Bahru.
8. Masjid Sultan Abu Bakar
Jika ingin mendirikan solat, boleh singgah di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.Masjid yang dibina sebelum 1900 ini cukup lain dari kebanyakan masjid Malaysia. Bukan apa, rekabentuk binaannya bukan seperti di Timur Tengah, tetapi di Eropah.Dan gaya di dalamnya classy mesti rasa seperti masuk ke dalam istana zaman kolonial.Lokasinya terletak di atas bukit cukup memberikan pemandangan cantik dan ketenangan yang abadi.
9. Johor Premium Outlet (JPO)
Buat mak-mak yang kaki shopping, jika ke johor baru boleh singgah ke Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Senai. Harga yang ditawarkan disini dijual lebih murah berbanding di tempat lain.Terdapat lebih 120 kedai disini dengan jenama seperti Versace, Coach, Guess, Armani, Adidas, Nike, Michael Kors, Polo Ralph Lauren, Puma, Rip Curl dan sebagainya dijual dengan diskaun dari 25% sehingga 75%. Tapi kalau tak shopping pun, alang-alang dah sampai Johor Bahru tu boleh lah datang cuci-cuci mata, sebagai terapi diri. Ahaks!
10. Puteri Harbour
Puteri Harbour terletak di Iskandar Puteri (Nusajaya) yang cuma 5 minit dari Legoland Malaysia dan 10-15 minit pandu dari Bandar Bukit Indah, Nusajaya .
Nusajaya adalah nama lama sebelum dinamakan sebagai Iskandar Puteri sekarang, di mana Bandar Taman Bukit Indah merupakan “Central Business District” atau Prime Area bagi Nusajaya . Di sini pelbagai kemudahan ada daripada 3 buah shopping complex iaitu AEON, Tesco dan Giant, 10 buah bank, hinggalah kemudahan hotel, motel dan homestay premium dan lain-lain lagi
Boleh bersantai bersama anak-anak di tepi bot layar menikmati keindahan permandangan sambil mengambil gambar-gambar menarik sebagai kenangan.
11. Dataran Bandaraya Johor Bahru
Tempat ini ibarat Dataran Merdeka. Cuma bila waktu malam, ada warung-warung untuk menjamu selera. Sotong kangkung, cakoi sehinggalah steamboat ada sahaja dijual.Kalau datang dengan anak, ada badut dan permainan seperti belon gergasi dan rollerblade untuk mereka berseronok.Kalau anda mahu tempat bersantai, makan-makan dan melihat gelagat orang waktu malam, jom datang sini.
12. Danga Bay
Kawasan Danga Bay ini adalah kawasan bersantai popular di tepi laut yang wajib singgah bila ke Johor.Danga Bay ada pelbagai aktiviti dan tarikan yang berkonsep glamor dan mewah di samping kawasan membeli-belah dan restorannya. Ia juga adalah pusat rekreasi terbesar di Johor Bahru dengan tempat dan aktiviti yang sesuai untuk semua golongan.
Danga Bay ialah wajah Johor Bharu. Di sini boleh melihat budaya sebenar orang-orang Johor dan melihat sendiri perbezaan budaya dan adat mereka berbanding di tempat lain.Seronok datang Danga Bay ini waktu malam, apabila dipenuhi dengan kerlipan lampu. Memang cantik!
13. Taman Rekreasi Hutan Bandar
Sesekali datang johor bahru nak menikmati keindahan alam boleh singgah di Hutan Bandar. Disini, selain berjogging dalam taman redup, boleh juga bawa anak-anak untuk mandi di kolam buatan dan bermain di taman permainan.
Hutan bandar juga terkenal kerana adanya food court untuk sarapan yang juadahnya sedap-sedap.Boleh cuba char mee, mee rebus, mee kolok atau lontong kering disini.
14. Pasar Karat
Jika anda bosan duduk di bilik dan nak jalan-jalan pada waktu malam, boleh singgah Pasar Karat di Jalan Segget.Tempat ini hampir sama seperti mana-mana uptown di Malaysia.Jika pasar malam asyik menjual t-shirt dan jeans, pasar karat JB ini ada menjual barangan antik yang susah nak jumpa.Dan jika anda lapar, ada mee siput, aiskrim dalam pasu bunga dan sengkuang calit untuk dicuba!.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kongsikan pada yang nak ke Johor Bahru tu.
MW: Jika ada plan nak jalan-jalan ke Johor Bahru, bolehlah masukkan tempat-tempat menarik ini dalam senarai. Tak kira lah tempat yang berbayar mahupun percuma, apa yang penting nikmati masa berkualiti bersama-sama keluarga tersayang.
Tak dapat bayangkan perasaan pasangan ini begitu sabar menanti kehadiran cahaya mata dan akhirnya berhasil. Segala penat lelah usahanya turunkan berat badan untuk sihat akhirnya berbaloi kerana berita yang dinanti-nantikan akhirnya menjadi kenyataan.
Berita ini dikongsikan dalam TikToknya, @ayshaalams dan posting ini menjadi viral kerana rata-rata netizen turut menumpang rasa bahagia kerana bukan mudah buat @ayshaalams untuk hamil.
Sebak hati seorang suami bila isterinya telah hamil.
Pernah obes dan berat badan badan mencapai 200 kg serta pernah dengan beberapa masalah kesihatan membuatkan empunya diri sukar hamil pada awalnya.
Malahan dengan tekad dan usaha yang kuat, wanita ini dilihat bersungguh-sungguh menurunkan berat badan. Bukan semata-mata untuk kurus sebaliknya untuk kembali sihat.
Pernah obesiti dan beratnya pernah mencapai 200 kilogram.Selepas turunkan berat badan.
Ternyata usahanya yang memakan masa lapan tahun akhirnya berbaloi apabila dia hamil dan menjadi detik manis buat @ayshaalams dan suami.
Syukur Akhirnya Disahkan Hamil
Dalam videonya, @ayshaalams mengatakan bahawa ini saja yang mampu hadiahkan buat suami. Tetapi sudah tentu hadiah ini tidak ternilai harganya dengan barangan mewah lain.
Reaksi suami @ayshaalams juga menyentuh perasaan. Sama-sama bersusah, senang sudah tentu bukan satu perjuangan yang mudah. Namun pasangan ini buktikan jika ada usaha, pasti ada jalannya.
Ramai yang turut mendoakan @ayshaalams dan pasangannya.
Mingguan Wanita : Benarlah kunfayakun, jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka jadilah ia. Semoga @ayshaalams terus kuat semangat!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...