9 Hari Makan Telur Rebus, Ini Yang Rider Lalui Bila Pilih Rawatan Di Kemboja

Share

Pengembara bermotosikal, ini alami kemalangan semasa kembaranya di bumi Kemboja. Membuatkan dia terpaksa membuat pilihan, mahu tinggal di hospital yang serba serbi lengkap atau sebaliknya.

Bagi pemilik akaun Facebook, Pengembara Miskin ini, yang penting adalah merasai bagaimana sukarnya rakyat setempat meneruskan survival mereka ketika menerima rawatan di hospital.

Dan itulah pun sebenarnya, tujuan kembaranya sampai ke luar dari negara tanah kelahiran, Malaysia. Kisah 9 hari ditempatkan di Hospital Kratie yang terletak di wilayah Kratie, Kemboja ini mengundang rasa insaf yang mendalam.

Betapa bertuahnya, Malaysia yang mewah dengan kemudahan perubatan dan servis perkhidmatan hospital yang lengkap.

 

Pengalaman 9 Hari Di Hospital Kratie Kemboja

Hospital Kratie juga dikenali dengan nama Hospital Perancis. Tanggal 17 Februari 2018, ‘rider’ ini kemalangan jalanraya.

Kalau di Malaysia dok Hospital Pantai KL bilik persendirian semua lengkap dalam bilik. Nak TV, Astro, nak bilik air panas, makan pagi-pagi; dibagi list nak masakan Melayu, Cina, Western tu semua cukup.

Lagi minta misi tapau dari kedai tomyam lagi. Bilik aircond.. saya bukan kaya, ni insurans bayarkan.”

Berbeza dengan keadaan masa rider ini ‘accident’ di Kemboja. “Saya saja pilih dok Hospital Kratie. Walau saya boleh pilih hospital yang lebih baik kerana ada insurans travel

.”

Tapi sebab nak bersama-sama rasa rakyat marhaen Cambodia (Kemboja). Banyak cerita dan pengalaman di hospital ini.”

 

Hospital Kratie.
Katil macam ni saja. Lipat seluar ride jadikan bantal. Malas beli tikar selimut bagai.
Guna batang kayu tu sebagai tongkat. Itu pun ada yang kesian gi carikan tengok payah sangat nak gerak ke tandas sebab kaki sakitt. Nak beli tongkat takde jual kawasan hospital ni.
Walau miskin hati baik.

Doktor Kata Perlu Rehat Sebulan, Tapi Ini Yang Jadi

Asalnya ‘rider’ ini mahu saja ikut cakap doktor. Rehat sebulan di hospital sampai sakitnya benar-benar sembuh.

Cuma sempat 9 hari saja tinggal di hospital. Keadaan wad yang tiada kipas, aircond bagai. Tikar, bantal, selimut semua kena bawa sendiri.”

Makanan, ada masakan disediakan oleh sukarelawan pada jam 3 petang. Nasiblah.. kalau tak sempat atau tak cukup. Jangan harap halal.. memang tak halal seratus peratus.”

Ada bangsal dapur untuk keluarga pesakit masak sendiri. Nak hisap rokok jangan dalam wad saja. Dok kat pintu hisaplah..”

Katil asas saja disediakan. Wad campur-campur lelaki, perempuan, bayi, kanak-kanak dewasa dan orang-orang tua.”

Hospital masih kenakan bayaran, jika pesakit tak mampu kena buat rayuan untuk dikecualikan bayaran. Kena pergi temuduga.”

Dan di atas kekurangan itu, ‘rider’ ini terpaksa mengalah. Kembali dapatkan lokasi rawatan yang lebih baik lagi.

 

Ni laa makanan untuk alas perut saja bukan hari-hari depa datang jual.

Hari-hari Makan 5 Biji Telur Rebus

Ternyata, pengalaman 9 hari itu dapat dikumpulkan dengan baik dan dikongsikan juga dalam bentuk bergambar.

Katanya, “Di sana hari-hari makan 5 biji telur rebus. Jika ada orang Islam datang melawat, dapatlah makan nasi.

Pesannya walaupun cuma sehari travel ke luar negara, sebelum meneruskan niat itu anda perlulah mendapatkan insurans travel terlebih dahulu.

Kerana, musibah boleh berlaku di mana-mana. Pengalaman ini tak menjadikan dia patah semangat malah akan terus memburu impiannya dalam kembara yang seterusnya.

Insaf.. Catatan Bergambar 9 Hari Dirawat Di Kemboja

 

Gambar lama, pengalaman duduk di Hospital Pantai KL yang serba lengkap.

 

“Kakak telur 5 biji tolong rebuskan ya.”
Dok kat pagar pital jerit kakak kedai runcit nak beli telur kendian minta dia tolong rebuskan. Nasib dia kesian.

 

Ubat ni lah telan pagi, petang, malam.

 

Yang Terima Rawatan Bukan Orang Senang

 

Budak nakal. Mak dia cakap. Dia ni suka seluk-seluk lubang-lubang tangkap ikan katak tikus. Sekali terseluk lubang ular kena patuk. Kulit macam kena bakar. Ambil kulit peha tampal.
Tanya dia nak seluk lubang-lubang lagi ker. Cepat-cepat kata tak nak. Kira serik dah tu.

 

Makan nasi dengan ikan masin dah sedap bagi budak-budak ni.

 

Kelambu bagai bawa sendiri.

 

 

Main jahit kat katil je.

 

Keluarga pesakit tolong lipat-lipat kain balut luka. Depa tolong-tolong je pihak hospital pagi-pagi.

 

Dapur masak. Keluarga pesakit kebanyakan masak kat sini. Untuk jimat. Orang-orang kampung tak mampu beli makanan hari-hari.

 

Makan sengkuang orang bagi.

 

Dapat laa makan nasi sekali. Dibelikan oleh orang Islam. Yang bila diaorang tahu, dia orang Islam, diaorang datang melawat dan belikan nasi.

 

Rare dengar lagu guna kaset.

Nak Selesa, Bawa Sendiri Kipas, Selimut, Bantal Dari Rumah

 

Mamat ni geng saya. Minta tolong ghi beli air kopi pagi petang. Dok pital jaga anak baru lahir ada masalah usus. Mula-mula datang dekat asyik citer pasai minum arak putih je buat tak minat senyap gak. Jika minta tolong cepat je dia tolong.

 

Nak selesa bawa la kipas sendiri.

 

 

Ni laa makanan untuk alas perut saja bukan hari-hari depa datang jual.

Hospital Ini Campur-campur Penghuninya

 

Budak baik. Ok tutup mata minum ubat. Nak minum ubat kena suruh tutup mata.

 

Pandai-pandai la nak tidur.

 

Umur16 tahun patah kaki sampai tersembul tulang masa kerja potong pokok. Kerja dengan bapa saudara. Bila kena langsung bapa saudara tak tengok dan hulur bantuan.
Hospital ni tak cukup peralatan. Doc nak bantu dengan buat surat hantar ke Phnom Penh semua ditanggung hospital ni. Tapi tak dapat nak pergi sebab tak ada duit makan minum masa dekat Phnom Penh hospital. Esoknya bawa keluar katanya nak ubat cara kampung. Sedih..

Sumber/Foto : Pengembara Miskin

Published by
Netty Ah Hiyer