Setiap wanita mempunyai kecantikan yang tersendiri namun ia memiliki definisi dan pengertian yang berbeza bergantung pada adat budaya dan kepercayaan sesuatu suku kaum diseluruh pelusuk dunia. Mungkin ada yang kita rasa pelik, namun bagi mereka itulah lambang kecantikan yang sebenar.
Berikut merupakan definisi cantik dan modifikasi tubuh yang dilakukan;
Wanita daripada suku Mursi yang berasal daripada Ethopia ini akan ditindik pada bibirnya pada usia yang muda sebagai persiapan untuk perkahwinan di masa hadapan.Pada seawal usia enam atau 12 bulan, sekeping piring yang diperbuat daripada kayu akan dimasukkan di bahagian bibir bawah kanak-kanak perempuan ini. Saiz piring itu kemudiannya akan ditambah seiring dengan usia kanak-kanak tersebut sehinggalah mendapat ukuran bukaan yang ideal.
Di lembah Ziro di Arunachal Pradesh, wanita dariapda suku Apatani ini dianggap wanita paling cantik di antara ke semua suku yang ada di wilayah itu. Bimbang bakal diapa-apakan oleh pihak musuh, para wanita akan membuat diri mereka terlihat tidak menarik dengan memakai subang yang bersaiz besar pada hidung mereka.
Di Myanmar, perempuan dari suku Kayan akan mengenakan gelung keemasan yang diletakkan di leher mereka yang bertujujan untuk kelihatan lebih langsing. Para wanita mula mengenakan gelungan ini pada seawal usia lima tahun dan bilangan gelungan ini akan bertambah seiring dengan usia mereka.
Pada usia yang sangat muda, kanak-kanak lelaki dan perempuan daripada suku Dinka akan menjalani sebuah proses yang dikenali sebagai scarification wajah bagi memberikan identiti yang berbeza di kalangan suku-suku mereka dan juga untuk tujuan kecantikan bagi wanita-wanita mereka.
Tradisi ini begitu popular di China. Pelbagai wanita dari kalangan menengah dan atas melakukan tradisi bonsai kaki untuk membuat kaki mereka menjadi lebih kecil. Sebelum abad ke-20 tradisi ini sudah sangat popular. Kaki dengan saiz kecil dianggap sebagai simbol kecantikan wanita.
Suatu ketika dulu, ukuran berbentuk sebuah jam pasir sangat menjadi kegilaan setiap wanita dan bagi menjadikan kegilaan mereka ini suatu kenyataan, mereka akan memakai sejenis korset yang memiliki ukuran pinggang sekecil yang mungkin selama berhari-hari.
Memilki saiz payudara yang besar memang menjadi idaman setiap wanita di dunia. Namun bagi sebuah suku daripada wilayah terpencil di Afrika, memiliki payudara merupakan suatu perkara yang memalukan, apatah lagi untuk memiliki ukuran payudara yang besar.Bagi mengatasi masalah ini, wanita daripada suku ini akan menyeterika payudara anak-anak perempuan mereka sebaik saja mencapai usia akil baligh bagi bertujuan untuk memberhentikan tumbesaran payudara.
Para wanita Mentawai di Indonesia menganggap wanita yang memiliki gigi yang runcing akan kelihatan lebih menarik.
Bagi sesetengah suku di dunia, memiliki cuping telinga yang panjang dan labuh melambangkan kematangan dan kecantikan seseorang wanita itu.
Sumber: taikotai