Ramai orang yang berpendapat anak orang Perancis sangat sopan, bijak dan aktif. Anak mereka biasanya makan apa saja yang disajikan tanpa mengeluh dan sangat ramah bertegur sapa dengan jiran.
Tetapi kenapa anak-anak kita pula jenis suka tantrum dan marah-marah bila kehendaknya tidak dipenuhi?
Agaknya apa yang menjadi rahsia mak ayah orang Perancis sampai anak-anaknya boleh membesar macam itu sekali? Ok, jom semak…
Kaum ibu di Perancis akan kembali kepada rutin kerja mereka seawal 10 minggu selepas bersalin walaupun undang-undang membenarkan mereka duduk di rumah menjaga anak. Setelah cuti berakhir, biasanya anak akan diasuh oleh misi. Dari usia kecil, bayi sudah boleh biasa dengan orang luar yang mana akhirnya anak akan membesar dengan cara berdikari.
Anak-anak di Perancis dibiasakan dan dididik tidur di bilik mereka sendiri, tak adanya macam kita nak letak katil kecil di sebelah. Kalau anak terjaga dan menangis tengah malam, biasanya mak ayah akan biarkan dulu sama ada perlu dijenguk atau tidak. Lama-lama anak akan biasa tidur sendiri.
Mak ayah orang Perancis selalu memberi kebebasan penuh untuk anaknya sesuai dengan kemampuan si anak dalam mengatasi masalahnya. Jarang nak tengok mak ayah bermain di taman permainan dengan anaknya die Perancis. Mereka tak akan ikut campur dengan urusan anak-anak, mereka biar anak-anaknya mengatasi masalahnya sendiri.
Mak ayah kena tahu bezakan kesalahan yang berlaku atas kecuaian si anak atau kesalahan yang memang anak berniat nak buat. Hanya yang betul-betul teruk anak akan dikenakan hukuman agar anak boleh bezakan setiap kesalahannya.
Dengan kata mudah, mak ayah orang Perancis tak menghukum anaknya dengan sesuka hati.
Peranan nenek dan atuk dalam membesarkan cucu hanyalah sebagai pembantu. Biasanya di Perancis, ahli keluarga akan berkumpul bila hujung minggu. Apa yang berlaku, orang tua sibuk makan dan minum tanpa bimbang menguruskan anak mereka yang masih kecil.
Kalau kita? Nak marah anak depan atuk nenek nya pun risau, kadang mak ayah yang kena marah balik. Itu biasa!
Jam makan merupakan waktu yang paling penting di Perancis. Malah makan tengah hari sahaja mereka akan menghabiskan waktu selama 2 jam. Orang Perancis menganggap bahawa kesempatan untuk makan bersama sangat susah, jadi mereka akan betul-betul menghargai waktu makan bersama.
Lepas itu, apa yang lagi bagus anak mereka makan apa yang mak ayah mereka makan. Tak ada menu khusus yang macam orang kita nak hias-hias menu makanan jadi rupa kartun untuk si kecil. Mak ayahnya tak paksa anak makan menu yang mereka tak suka, tapi berusaha pujuk anak mencuba sajian apa yang sudah dihidangkan. Sekurang-kurangnya cuba dulu!
Sikap dan perangai yang baik akan membawa kita ke mana saja dan anak-anak Perancis sedar benda ini. Mereka dididik untuk memberi sapaan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah, bersikap tenang dan mereka diajar untuk selalu memberikan tempat duduk mereka bagi orang yang lebih tua ketika berada di tempat umum. Haaa… tak adalah sikap pentingkan diri sendiri jenis buat tak tahu bila nampak orang tua berdiri.
Dari kecil anak-anak mereka sudah diajar sebut 4 perkara mudah ini, ‘terima kasih’, ‘selamat pagi’, ‘sama-sama’, dan ‘jumpa lagi’.
Di Perancis, anak-anak yang berumur 5 tahun belum pandai membaca. Namun mak ayah mereka tetap tenang, tak ada kes nak paksa anak pandai membaca. Bagi mereka, masa kanak-kanak adalah waktu terbaik yang mana mereka belajar untuk bermimpi, melihat dunia dan belajar untuk menjadi sopan serta bertanggung jawab. Bila dah masuk 6 tahun, baru mereka akan belajar membaca dan mengira.
Hari minggu adalah hari yang sesuai untuk pergi berkelah bersama keluarga, BBQ atau bermain basikal. Mak ayah di Perancis akan bersedia awal dan selesaikan segala pekerjaan mereka sebelum hari minggu muncul. Jadi, berusahalah untuk penuhkan masa bersama anak-anak!
Ketika belanja di mall atau kedai, anak tak sibuk ganggu mak ayah dengan nak beli itu ini, tetapi mereka akan membuka dompet sendiri untuk membeli apa saja yang mereka mahukan. Anak di Perancis mula menerima wang suka sejak usia mereka 7 tahun. Banyak mana wang yang mereka terima selalunya akan sesuai dengan peringkat umur. Tak adanya anak kecil pun dah nak bagi RM100 sehari. Itu belum lagi kira orang kita yang jenis bagi hadiah mahal-mahal pada anak. Eh!
Haaa… ternyata orang Perancis mendidik anak itu jauh lagi bagus berbanding denga kita. Bab agama itu, mak ayah kena selitkan lah. Apa yang elok dalam didikan orang Perancis, mak ayah boleh cedok dan amalkan pada anak-anak. In shaa Allah, moga anak-anak kalian membesar jadi anak yang berdikari dan tak menyusahkan orang lain.