Khas buat mak-mak yang dah lama niat nak kecilkan peha dan punggung, sila segerakan semua tip ini. Bukan sejenis petua tradisional yang buat anda terpaksa buat air rebusan bagai tetapi cuma perlu amalkan gaya hidup yang sihat jaga pemakanan dan buat sedikit senaman yang sesuai.
Apa yang best Hakak sendiri dh cuba, daripada seluar yang ketat yang amat terus jadi longgar. Bahagia kejap!
Ramai yang jenis bedal makanan asal kenyang, tetapi sebenarnya nak tak nak anda kena kurangkan pengambilan kalori sehari 500kcal dari sepatutnya. Protein pun kena cukup untuk kekalkan otot peha masa nak turun berat badan.
Lagi elok makan snek khasiat macam kekacang atau buah-buahan.
Senaman ada untuk peha depan dan peha belakang. Biasa POPULAR ‘Lunges‘ dan ‘Squat‘. 3 kali seminggu dah boleh tengok kesan.
Masih liat nak mulakan? Guna tali skipping pun dah ok tapi kalau mampu jogging, 3 kali seminggu pun dah cukup untuk tengok result.
Bila jogging dalam bentuk tenaga cara paling last buang lemak dan selulit di bahagian peha.
Lepas dah jogging kena rehat sebab tisu-tisu bahagian kaki akan baiki otot peha lepas jogging. Tidur pun kena cukup. Tak boleh lebih dan kurang.
Ini yang paling basic dan tipulah kalau anda tak larat nak cuba yang ini. Cuma perlukan tangga dua flight (dua deretan tangga). Haa… dua flight ada 24 anak tangga.
Buatlah dalam 5 kali naik turun tangga, tak susah kan?
Wajib buat dalam 30-50 per day, tetapi jangan buat hari pertama tu dah tibai sampai 50 squats. Nanti esoknya bangun sakit-sakit badan! Mula-mula mungkin akan rasa susah sebab nak squat dan turun habis bawah tapi serius cara ini membantu kecilkan peha dan punggung dengan cepat.
Perangai orang kita, suka sangat mencuba makanan viral yang kadang rasanya manis melampau! Terutama sejenis kek dan minuman hipster. Haaa… sila perlahan-lahan kurangkan gula dalam makanan dan minuman ya, rasa pada lidah kita ni sebenarnya boleh dikontrol. Jadi kenalah kurangkan gula dalam minuman dulu, nanti dah biasa anda akan rasa tak suka makan makanan manis-manis.
Ini paling penting, ada yang buat senaman bagai nak rak pun tak guna kalau menu fast food tetap dibalun. Kalau boleh, sila belajar masukkan serat dalam diet harian. Sebab lagi banyak makanan berserat, lagi cepat kita kenyang. Tolongkan kurangkan pengumpulan lemak tepu di bahagian peha dan punggung ya. Lebihkan buah dan sayur itu lagi bagus.
Sambil-sambil tengok tv pun boleh buat! Mula-mula buat agak susah, tapi kalau buat sambil mata seronok tengok tv kat ruang tamu tak adalah terasa sangat.
Haa… itu saja yang selamat, ok jangan lupa tanya diri sendiri nak kecilkan peha dan punggung ke tidak? Mesti boleh buat!