8 Tahun Bercerai, Masih Tinggal Bersama Tanpa Rujuk. Pasangan Diserbu Pencegah Maksiat JAIM

Share

8 tahun bercerai, masih tinggal bersama tanpa rujuk. Pasangan diserbu pencegah maksiat JAIM. Apabila jatuhnya talak ke atas isteri, hubungan itu sudah menjadi asing iaitu wanita anjabi kepada bekas suaminya.

Dilarang sama sekali untuk tinggal serumah kerana ia boleh mendatangkan fitnah dan kemudhratan. Lainlah kembali rujuk. Meremehkan soal agama mungkin antara kejahilan manusia kerana islam itu diatur dengan sangat indah.

8 Tahun Bercerai, Masih Tinggal Bersama Tanpa Rujuk

Tindakan sepasang bekas suami isteri masih tinggal serumah walau sudah bercerai lapan tahun lalu tanpa rujuk mengundang padah apabila diserbu pencegah maksiat di Melaka.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Penat Ambil Jubah Konvo, Alasan Mahasiswi Ditangkap Khalwat Bermaksiat Dalam Hotel

Panggil SAYANG Terhadap Lelaki Bukan Suami, Secara Tersembunyi Atau Terang-Terangan Adalah Maksiat & HARAM

Solat TAPI Masih Lakukan Maksiat, Tandanya Kita Belum SOLAT Dengan SEMPURNA Jadi Perbaiki

Dua Kali Diserbu Pegawai Pencegah Maksiat, Gaya Macam Nak Pecah Pintu Punya Rempuh!

Memetik laporan Harian Metro, sekali pun pasangan ini sudah bercerai sejak lapan tahun lalu, namun masih tinggal sebumbung dengan bekas isteri dan dua anak tanpa rujuk.

Itu tindakan seorang kontraktor berusia 48 tahun yang menerima padah apabila dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi cegah maksiat di Limbongan, di sini, awal pagi tadi.

Pasangan Diserbu Pencegah Maksiat JAIM

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pemeriksaan dilakukan hasil aduan awam daripada Ahli Rakan Setiaku JAIM (RASEIM) mengenai pasangan itu yang tinggal sebumbung walaupun sudah bercerai.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menyerbu ke lokasi terbabit kira-kira jam 1 pagi sebelum mendapati lelaki itu dan bekas isterinya berumur 52 tahun, tinggal bersama anak lelaki dan perempuan berusia 14 dan 17 tahun.

“Semakan mendapati mereka sudah bercerai pada 2015 namun terus tinggal bersama walaupun tidak pernah merujuk semula.

“Justeru lelaki itu dan bekas isterinya yang juga peniaga makanan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman,” katanya dihubungi di sini.

Che Sukri berkata, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

“JAIM berterima kasih kepada orang awam dan ahli RASEIM (Rakan Setiaku JAIM) yang terus membantu menyalurkan maklumat bagi mengekang aktiviti tidak bermoral dan maksiat.

“Kita mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai RASEIM melalui link https://t.me/RASEIM bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Negeri Melaka secara dalam talian,” katanya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

TAK PERLU DAPAT TANDA TANGAN ISTERI PUN UNTUK BERPOLOGAMI. INI PENJELASAN PEGUAM SYARIE

Published by
Almaswa Haji Che Ros