Zaman sekarang kalau kenal jiran rumah sebelah-sebelah pun kira bertuah. Tapi kalau nak cerita pasal masalah jiran memang tak akan pernah habis. Dalam banyak-banyak hal, anda pernah tak terkena jiran macam ni…
Tak salah sibuk atau bertindak sebagai ‘jaga tepi kain orang’ bila hidup zaman sekarang sebab macam-macam kes jenayah boleh berlaku. Tapi janganlah sampai sibuk nak komen lebih-lebih bab susun atur dalam rumah. Pasal orang beli barang baru… Aduhai, bengkak hati orang kalau dengar bab ini.
Pernah terkena tak? Baru nak parking depan rumah, tetiba dengan slumber ada jiran letak keretanya. Sudahlah kalut nak masuk rumah, tetiba nampak situasi ini. Lagi sakit hati kalau orang yang buat tak tinggal nombor telefonnya langsung!
Yang ini mungkin anda selalu kena, tambah kalau bab sampah. Sesetengah jiran suka buang sampai letak tepi tong sampah. Sudahnya binatang rabakkan plastik dan akhirnya bau semerbak. Lagi teruk kalau sampai berterabur dan jadi ‘makanan lalat’. Ini pengotor! Kalau diri sendiri pun buat, silalah berubah.
Selalunya orang hormat bila bab kenduri sebab esok-esok nanti kita pun nak kenduri sama. Tetapi agak-agaklah kalau buat kenduri, guna kawasan tanpa jemput kenduri. Terasa ‘menyengat’ kalau situasi ini berlaku. Tolonglah belajar tegur-mengur dan tanam sikap minta izin dalam bab ini. Ini menyusahkan orang lain kalau sampai laluan nak masuk rumah pun dipenuhi dengan dengan khemah. Sila memahami…
Mulut bising memang dah biasa tetapi kalau hari-hari memekak dengan pasang lagu kuat, itu dah masuk kes ‘pencemaran bunyi’. Ya, masalah ini selalu berlaku bila kenduri atau anak muda yang suka berkaraoke di rumah. Kadang kena hormatlah situasi orang lain, mungkin jiran kita ada anak kecil yang tidurnya langsung tak boleh bising. Nak selesaikan masalah ini, sila beritahu awal kepada orang sebelah rumah. Senang dia nak ‘lari’ atau bawa anak ke tempat yang lebih selesa buat sementara waktu.
Alahaaiii… ini memang serba salah. Tambah yang suka bela kucing atau kambing. Tuan yang bela binatang kena ambil tahu juga kot binatang kesayangan ada ‘membuang’ merata. Atau mungkin makan tanaman orang. Kalau berlaku, anda wajib bersihkan dan pastikan binatang anda tak buat hal.
Buat hal masing-masing tak jadi masalah tapi apa salahnya bertegur-sapa dengan jiran sendiri. Nak minta tolong pun senang. Orang dulu-dulu, kalau nak tinggal rumah siap boleh bagi kunci pada jiran sebelah suruh tengokkan rumah. Begitu indahnya sikap yang disemai. Tapi kenapa nilai positif itu mula dilupakan dan lebih memilih buat hal sendiri. Hmmm…
Ada juga jenis main belasah sidai kain rumah orang tanpa minta kebenaran. Balik-balik dari bercuti tengok tempat sidai kain penuh dengan pakaian. Itu ok lagi, yang sakit hati kalau dapat jiran yang tak cakap sepatah pun tapi dia sidai kain penuh kat pagar rumah kita. Allah….! Belajarlah jaga sikap sikit. Kalau rosak pagar tu macam mana, nak ganti?
Mana satu masalah yang anda selalu ‘hadap’? Ingat… tidak semua orang akan suka dengan tingkah laku kita tetapi kalau hidup berjiran biar ada adabnya. Jangan sampai orang sebelah pun tak senang dengan sikap buruk kita. Jom, berubah!