Zaman sekarang kalau kenal jiran rumah sebelah-sebelah pun kira bertuah. Tapi kalau nak cerita pasal masalah jiran memang tak akan pernah habis. Dalam banyak-banyak hal, anda pernah tak terkena jiran macam ni…
1. Kaki ‘kepochi’
Tak salah sibuk atau bertindak sebagai ‘jaga tepi kain orang’ bila hidup zaman sekarang sebab macam-macam kes jenayah boleh berlaku. Tapi janganlah sampai sibuk nak komen lebih-lebih bab susun atur dalam rumah. Pasal orang beli barang baru… Aduhai, bengkak hati orang kalau dengar bab ini.
2. Suka ambil parking
Pernah terkena tak? Baru nak parking depan rumah, tetiba dengan slumber ada jiran letak keretanya. Sudahlah kalut nak masuk rumah, tetiba nampak situasi ini. Lagi sakit hati kalau orang yang buat tak tinggal nombor telefonnya langsung!
Ads
3. Jenis pengotor
Yang ini mungkin anda selalu kena, tambah kalau bab sampah. Sesetengah jiran suka buang sampai letak tepi tong sampah. Sudahnya binatang rabakkan plastik dan akhirnya bau semerbak. Lagi teruk kalau sampai berterabur dan jadi ‘makanan lalat’. Ini pengotor! Kalau diri sendiri pun buat, silalah berubah.
4. Kenduri tak berjemput
Selalunya orang hormat bila bab kenduri sebab esok-esok nanti kita pun nak kenduri sama. Tetapi agak-agaklah kalau buat kenduri, guna kawasan tanpa jemput kenduri. Terasa ‘menyengat’ kalau situasi ini berlaku. Tolonglah belajar tegur-mengur dan tanam sikap minta izin dalam bab ini. Ini menyusahkan orang lain kalau sampai laluan nak masuk rumah pun dipenuhi dengan dengan khemah. Sila memahami…
Ads
5. Bising
Mulut bising memang dah biasa tetapi kalau hari-hari memekak dengan pasang lagu kuat, itu dah masuk kes ‘pencemaran bunyi’. Ya, masalah ini selalu berlaku bila kenduri atau anak muda yang suka berkaraoke di rumah. Kadang kena hormatlah situasi orang lain, mungkin jiran kita ada anak kecil yang tidurnya langsung tak boleh bising. Nak selesaikan masalah ini, sila beritahu awal kepada orang sebelah rumah. Senang dia nak ‘lari’ atau bawa anak ke tempat yang lebih selesa buat sementara waktu.
6. Bela binatang tapi tak tahu jaga
Alahaaiii… ini memang serba salah. Tambah yang suka bela kucing atau kambing. Tuan yang bela binatang kena ambil tahu juga kot binatang kesayangan ada ‘membuang’ merata. Atau mungkin makan tanaman orang. Kalau berlaku, anda wajib bersihkan dan pastikan binatang anda tak buat hal.
Ads
7. Sombong tak ingat
Buat hal masing-masing tak jadi masalah tapi apa salahnya bertegur-sapa dengan jiran sendiri. Nak minta tolong pun senang. Orang dulu-dulu, kalau nak tinggal rumah siap boleh bagi kunci pada jiran sebelah suruh tengokkan rumah. Begitu indahnya sikap yang disemai. Tapi kenapa nilai positif itu mula dilupakan dan lebih memilih buat hal sendiri. Hmmm…
8. Sidai kain
Ada juga jenis main belasah sidai kain rumah orang tanpa minta kebenaran. Balik-balik dari bercuti tengok tempat sidai kain penuh dengan pakaian. Itu ok lagi, yang sakit hati kalau dapat jiran yang tak cakap sepatah pun tapi dia sidai kain penuh kat pagar rumah kita. Allah….! Belajarlah jaga sikap sikit. Kalau rosak pagar tu macam mana, nak ganti?
Mana satu masalah yang anda selalu ‘hadap’? Ingat… tidak semua orang akan suka dengan tingkah laku kita tetapi kalau hidup berjiran biar ada adabnya. Jangan sampai orang sebelah pun tak senang dengan sikap buruk kita. Jom, berubah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bella Hadid bukan lagi duta Dior, dipecat kerana lantang bersuara isu Palestin. Mempunyai 60.8 juta pengikut di instagramnya, @bellahadid, supermodel berdarah Palestin – Amerika, Bella Hadid kini bukan lagi duta Dior.
Ini kerana syarikat kosmetik mewah antarabangsa ini tidak meletakkan Bella sebagai wajah kempen terkini mereka sebaliknya menggantikannya dengan seorang model Israel, May Tager. Semuanya kerana Bella lantang membela nasib Palestin dalam setiap hantaran di media sosialnya.
Bella Hadid Bukan Lagi Duta Dior
Bella yang menjadi wajah kempen Dior sejak 2016 sememangnya terkenal kekal bersuara isu Palestin yang amat dekat dihatinya. Bahkan dirinya pernah memaklumkan tidak kisah jika kehilangan kontrak bernilai jutaan ringgit kerana lantang bersuara isu Palestin.
Di sebalik pemecatannya, supermodel terkenal ini menerima pelbagai hujahan komen dari pengikut-pengikutnya. Namun dirinya memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berkaitan hal ini.
Dipecat Kerana Lantang Bersuara Isu Palestin
Sebelum ini, Bella Hadid mendedahkan dia menerima mesej ugutan dan nombor telefon peribadinya juga telah tersebar luas. Mengakui dia sering diganggu malah kehidupan mereka sekeluarga juga menerima nasib yang sama.
“Saya tidak boleh berdiam diri lagi. Ketakutan bukan pilihan. Rakyat dan anak-anak Palestin khususnya di Gaza tidak mampu untuk berdiam diri. Kami tidak berani – mereka berani.”
DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami tersayang, hasrat pelakon jelita, Hannah Delisha untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mengalami keguguran baru-baru ini.
Perkongsian Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, dalam Instastory miliknya menyatakan keadaan terkini dirinya di samping perkongsian menyuntik semangat kepada wanita lain yang berhadapan situasi serupa agar tidak patah semangat.
“Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini. Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah keguguran.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami ramai wanita tetapi tidak dikongsi.”-Hannah Delisha
Sebelum itu, aktres kelahiran Singapura itu memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang dirawat di hospital, namun tidak mendedahkan sebarang infomasi.
Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah atau Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 35, pada 18 Februari 2021.
“Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini dapat beri kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian,” katanya menerusi aplikasi X.
Menerusi ciapan sama, Hannah turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan dan kekuatan selain berharap dapat bertemu permata hatinya di syurga kelak.
“Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati dengan ketenangan. Insya-Allah jumpa di syurga nanti sayang,” tulisnya.
Majlis resepsi kenduri perkahwinan yang sepatutnya diadakan di dewan terpaksa dibatalkan sebaliknya pengantin memilih untuk bersedekah lauk kenduri di pusat pemindahan banjir. Murni sungguh pasangan pengantin, keluarga dan katerer yang terlibat dalam menyumbang dalam memberi makanan kepada mangsa banjir yang memerlukan di lembah Klang ini.
Bukan apa, hujung tahun selalunya di penuhi dengan majlis kenduri kahwin, namun gara-gara bencana banjir, perancangan asal majlis di lokasi sepatutnya terpaksa dibatalkan.
Majlis Resepsi Perkahwinan Terpaksa Dibatalkan
Menerusi perkongsian TikTok @erinerene, majlis perkahwinan pasangan pengantin tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab banjir. Mereka memutuskan membuat agihan makanan lauk kenduri kahwin di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Meru, Klang, Selangor.
Malah pihak catering juga turut turun padang memberi 300 pax makanan buat orang ramai.
Perkara tersebut mendapat perhatian ramai yang terharu dengan tindakan prihatin pengantin, malah ramai juga pada masa yang sama mendoakan semoga perkahwinan pasangan ini dirahmati.
Antaranya:
Mima Laily “Pasangan ini memulakan sesuatu yang membuka jalan keberkatan besar buat rumahtangga mereka kelak..takbir!”
chantek Disebalik dugaan, Allah limpah rezeki pahala buat pengantin. Alhamdulilah semoga kekal ke jannah
Broken Angel Ya Allah.. Lebih besar pahala jika sedekah ketika amat diperlukan. Tahniah pengantin dan keluarga. Allah pilih hambanya yang bertuah untuk berbuat baik.
Solihin Tahniah pihak catering.Percayalah anda akan dapat keuntungan yang berlipat ganda.Kepada pihak pengantin,Semoga berbahagia selalu!
Ell InshaAllah sakinah mawaddah warahmah rumahtangga kalian dimulakan hubungan dengan penuh barokah.
Adimus Putra Yamin Selamat Pengantin Baru.Semoga berkekalan hingga syurga cinta Allah, sesungguhnya kalian bertuah dapat doa kesyukuran dari mangsa banjir.
Mingguan Wanita: Tahniah buat pengantin sekeluarga dan pihak katering. Semoga mendapat keberkatan dalam memulakan rumahtangga dan dilipat gandakan lagi rezeki apabila membantu golongan yang memerlukan. Terbaik!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...