Kecantikan

8 Jenis Makanan Yang Patut Diamalkan Selepas Pembedahan, Bagi Mengelakkan Ovarian Cyst Berulang

Share

Ramai wanita yang mengalami penyakit seperti endometriosis, fibroid dan ovarian cyst. Menurut perkongsian oleh Dr Hamid Arshat, selepas melakukan pembedahan ini wanita perlu amalkan cara gaya hidup sihat. Adalah penting meningkatkan immuniti dengan pemakanan sihat untuk mencegah penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst tumbuh dan berulang kembali serta untuk meningkatkan peluang hamil.

Menurut beliau lagi, perlu ambil langkah untuk kurangkan stress. Lakukan senaman 30 minit setiap hari, banyakkan berzikir, baca quran 4-5 muka setiap hari.Kurangkan pendedahan kepada toksin. Jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorant.

Antara 8 Jenis Makanan yang disarankan diambil selepas melakukan pembedahan adalah seperti berikut;

1. Ambil Makanan Berkhasiat Elak Makanan Segera

Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti makanan segera, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih muih, ice krim , coklat dan sebagainya. Jauhkan minuman ringan, berkabnonat , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

2. Banyakkan Ambil Buah-Buahan & Sayuran

Makan 70 peratus bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan saperti betik, nenas, jambu batu, tembikai , buah naga dan lain-lain.Saya galakkan makan ulam-ulam , sayur-sayur bayam, bendi, terung, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

3. Amalkan Minum Jus Buatan Sendiri

Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 batang lobak merah, 2 batang celery . Atau 1/4 buah betik dan ¼ Nenas (khas seminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus

4. Amalkan Minyak Zaitun Dan Minyak Kelapa Dara

Selepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan beras perang.

5. Elakkan Makanan Bergula

Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang-kacang badam, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

6. Elak Makan Nasi Waktu Makan Tengahari

Makan tengah hari -Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.

7. Gantikan Beras Putih Dengan Beras Perang

Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar cuka epal. Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.Atau buat rojak/pecal dari sayur gtaugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .Gantikan nasi putih kepada beras perang.

8. Ambil Supplemen

Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda. Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Dr Hamid Arshat

Published by
Suhaidah Abd Wahab